23 May 2011

Puting a.k.a Pacifier

Masa Naim belum kelur dari perut, antara hajat saya ialah tak nak bagi dia hisap puting. Sebab bila baca fakta dari segi perubatan, memang tak ada langsung kebaikan baby hisap puting.

Alkisahnya, 1 hari masa masih dalam pantang, Naim nangis tak nak stop. Bagi susu tak nak. Bagi air tak nak. Dodoi tak nak. Ketuk pintu ala-ala Ahmad Albab pun tak nak. Haha. Nasib baik dia tak nak jugak yang ni. Kalau tak jenuh la nak kena tukar nama buh Ahmad Albab pulak. Semua yang kita buat serba tak kena. Apa lagi kan, at last maktok pun suap jugaklah puting. Terus senyap.

:: Budak berputing sedang senyum ::
Tapi saya tak biasakan dia hisap puting 24 jam. Bagi masa nak tidur ja. Bila dah lena tu tarik keluar puting dia. Untuk makluman, puting elok ditukar baru setiap 3 bulan paling lama, termasuk untuk puting botol. Setakat hari ni, Naim bertukar pacifier ni dah 5 kali. Boring pakai warna sama lama-lama. Naim tak boring, ibu dia yang boring. Haha. Saya prefer brand Philips Avent, Orthodontic & BPA Free.

Untuk botol susu pun paling elok tukar tiap-tiap 3 bulan. Tapi kalau dah beli yang mahal sikit tu 6 bulan sekali oklah. Jenuh la kan tiap 3 bulan nak tukar botol. Tapi puting still kena tukar setiap 3 bulan. Bukan saya kata eh. Nurse yang kata macam tu.

Zaman dulu 1 botol tu pakai sampai lunyai kan. Sampai dah tak boleh guna baru ganti. Besar jugak kita. Macam emak saya selalu katalah, tak mati lah anak-anak dia tak tukar-tukar botol. Hidup sampai sekarang pun. Saya tak tau mak, nurse yang suruh. Hahaha



:: Chakkkk ::
 
:: Mood tengah elok ::