14 May 2011

Cameron Highland Againnnnn

29 April - 1 Mei baru ni kami 3 beranak Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland. Bilik dah dibooking kat Century Pines Resort, Tanah Rata masa bulan Mac lagi melalui asiawebdirect. Masa pegi ni adalah peak hour, cuti weekend bersambung dgn cuti Labour Day so rate RM188.00/night termasuk breakfast boleh dikategorikan murah & sangat berbaloi.

Sebelum booking tu dah siap survey kat website lain, paling murah pun rate bilik kat Century Pines ni RM260.00 untuk 1 malam. Bilik adalah besar, tak macam hotel-hotel lain, kedekut space.

 :: Sebelum bilik ni bersepah kita bagi Naim posing dulu ::
Selalu kat rumah kan katil queen saja. Kalau time tidur bertiga tu confirm sempitlah. Dapat katil luas macam ni rasa fuhhhhh nikmat, 4 orang tidur pun muat.

 :: Ini sink ye, sebelah tu mangkuk jamban. Jamban pun ada curtain tau..haha ::
 :: Ni pulak bathtub. Naim sorang saja la yang mandi dalam ni sebab sink tak muat ::

 :: Bilik mandi asing dengan jamban, ada dinding pulak yang pisahkan dia dgn jamban ::
:: Lobby::
























































































































































:: Ahli rombongan Cik Kiah posing dalam bilik saja selepas boring jalan jem ::

Rombongan Cik Kiah sampai atas sana hari Jumaat dah pukul 6.30 ptg. Tak pegi mana la hari tu, cuma keluar dinner saja. Itu pun dah pukul 10.00 mlm baru makan sebab Naim tidur, tunggu dia bangun dulu. 

Esoknya konon nak ke strawberry farm & ladang teh tapi hampeh. Jalan jem memanjang. Siput jalan lagi cepat drpd kereta bergerak. Dari hotel, terus menghala ke Ringlet, pusing-pusing sana saja walaupun dah tahu Ringlet tu tak ada apa yang menarik pun. Motif utama adalah mengisi perut yang dah menyanyi macam-macam irama tu.

Ondaway ke Ringlet lalu Habu, sini ada lagi 1 ladang Teh Boh tp masa tu hujan lebat, mood tengok ladang teh pun dah hilang. Tuntutan perut lebih penting masa ni. Haha

Akhirnya jumpa la juga tempat untuk makan tengah hari lepas dah tak larat mencari. Kat astaka saja, oklah not bad. Harga pun murah. Lepas makan ingat nak pegi Brinchang, tapi bila tgk kereta berderet tak habis-habis, decide beli roti & balik hotel saja. Malaslah, masa tu pun dah pukul 4 ptg kalau nak pegi jugak konfem lewat petang baru nak sampai. Dah malam mana ada tempat nak pegi kecuali tempat makan.

Malamnya pegi Pasar Malam Brinchang. Malam pun jalan jem, tapi tak seteruk siang. Itu pun tak beli apa sangat. Beli jem Al-Mashoor 4 botol RM20.00. Saja try sebab dok tengok review kat forum orang kata sedap. Ok lah, memang sedap pun. Lain kali boleh beli lagi. Then beli souvenir sikit untuk bagi kat kawan-kawan.

:: Jem Al-Mashoor - ** Pic Google ::


Masa nak balik baru singgah sekejap kat Mardi, dekat saja dengan hotel tapi bila jalan jem jadi lambat la nak sampai. Nak juga singgah sini sebab tak ambil langsung pic Naim dengan strawberi. Takkan pegi Cameron tak ada pic strawberikan. So hasilnya dapat la Naim bergambar dengan strawberi kat Mardi yang ala-ala ada tak ada ni. Sebatu satu ada la sebiji strawberi dia.


Pic Naim dengan pokok-pokok semuanya kurang umphh sebab dia tak nak tengok kamera. Excited tengok pokok gamaknya. Maklumlah kat rumah yang ada pun pokok dalam pasu saja.

:: Budak ni kan tangan dia asyik duduk tak diam. Habis semua pokok dia nak tarik ::

Dekat Mardi cuma tangkap gambar sikit-sikit, beli jem & teh saja. Malas dah nak berhenti Bharat Tea. Mesti ramai orang nanti, parking pun tak banyak kat situ. Teh boh dah biasa rasa, so kali ni try Bharat Tea pulak. Ok la sedap jugak yang ini.

:: Bharat Tea - Exclusively Sealed Premium Tea Bags -** Pic Google   ::





:: Ini jem Mardi sebotol RM5.00. Last year pergi dah biasa beli yang ini. So kali ni beli terus beli brand ni. Tak payah pilih-pilih lagi - ** Pic Google ::

Masa pegi last year petik strawberi kat Big Red Strawberry, Brinchang. Buah banyak sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Kawasan pun best, tak payah susah payah panjat-panjat bukit macam sesetengah ladang tu. Lain kali kalau nak pegi kena plan hari biasalah. Baru puas hati. Orang pun tak ramai sangat, hotel pun murah.

:: Inilah Big Red Strawberry, Brinchang - **Sumber : Pic tahun lepas, Naim dalam perut lagi ::


:: **Sumber : Pic tahun lepas, Naim dalam perut lagi ::

Esoknya balik lalu Tapah sebab nak turun ke Senawang. Jalan adalah bengkang-bengkok. Sangat seriau, tapi kalau nak ke Selatan ikut Tapah adalah lebih dekat.

Sekian terima kasih. Haha