30 May 2011

Anak Teruna Saya

Hari ni Muhammad Naim dah genap 10 bulan. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja masuk wad kena induce semalam. Naim keluar lewat 10 hari dari due date. Seronok duduk dalam perut ibu agaknya.

:: Ini adalah Naim masa umur 3 hari - Pic ni paling real macam masa baru keluar daripada perut ::

Baru-baru ni Naim dah start pegang-pegang bendul nak mula berdiri. Ada hati jugak nak panjat tangga. Kalau tak bagi tu, pandai dia marah. Besar dah anak ibu ni.

Macam-macam peel dah sekarang. Walaumacam manapun Naim adalah baby yang paling senang nak handle setakat ni. Nangis kalau nak susu & mengantuk aja. Kalau jumpa orang yang dia tak kenal pun dia tak kisah kalau orang nak dukung-dukung dia. Tak kisah kalau nak tinggal kejap-kejap pun. Tapi ibulah yang tak boleh kalau Naim tak ada depan mata. Setakat keluar tengok wayang tu bolehlah ibu tinggal Naim kat maktok sekejap. Tak sampai hati nak tinggal dia lama-lama. Yalah kan dah lah hari-hari pergi kerja tinggal dia.

Yang ibu paling bangga Naim cepat pick up apa yang kita ajar dia. Sekali dua kita cakap terus macam faham ja. Sayang sangat kat Naim busyuk ibu ni.

Setakat ni Naim dah kenal ibu, abah, maktok, tokwan, pakcik, paksu, pakngah, makcik & maksu. Kucing saya si Gearbox tu pun Naim dah kenal. Naim paling excited kalau nampak cicak. Terjerit-jerit dia suruh kita tengok sama. Kalau tengah minum susu boleh stoplah nak tunjuk cicak punya pasal.

Naim dah kenal car, kipas, bantal, buai & puting. Naim dah kenal diri sendiri jugak. Kalau tanya ja, mana Naim. Terus dia tepuk-tepuk dada dia. Haha good lah anak ibu ni.

Hari ni Naim sakit perutlah saya rasa. Tak membuang lagi. Tu yang merengek-rengek sikit tapi still aktif merayap satu hall. Ini mesti Cerelec beras merah punya pasal lah ni bagi Naim tak membuang lagi ni. Lain kali tak boleh belilah lagi Cerelec perasa ni.

Mak saya kata Naim maybe akan terus berdiri & berjalan. Tak merangkak dah. Memang tak ada tanda-tanda nak merangkak pun sampai sekarang. Terus nak try berdiri aja sekarang ni.

:: The latest pic of Muhammad Naim ::

Apa-apapun sebagai ibu saya mengharapkan hanya yang terbaik untuk buah hati saya.