Hari ke-3 adalah yang paling ditunggu-tunggu. Setelah dibanding-bandingkan pakej dalam brosur yang dapat masa kat airport, kitorang decide nak ambil pakej Island Hopping yang seorang RM35.00. Pakej ni ambil masa lebih kurang 4 jam melawat Pulau Beras Basah & Pulau Dayang Bunting. Ada jugak lain-lain pakej yang bawa pergi pulau-pulau lain & open sea, Laut Andaman. Macam menarik tapi dah bawak Naim ni tak berani la nak pergi yang jauh-jauh. Ambil pakej dekat-dekat sudah.
Orang travel agent tu ambil kitorang kat apartment lebih kurang pukul 9 pagi bawa ke Jeti Pelancongan, Kuah. Dekat ja. Sampai sana, buat bayaran dululah kan. Lepas tu naik bot. Ada lagi 3 penumpang join trip ni sekali.
|
:: Naim syok naik bot :: |
Berdebar jugak nak naik bot ni. Biasa naik feri Pulau Pinang ja. Yang tu besar, tak lah takut sangat. Yang ini kecik, muat untuk 8 orang saja. Laju pulak tu, sampai terlambung-lambung macam naik kuda.
|
:: Naim pun ada pelampung :: |
|
:: Muka hairan :: |
Pose dulu masa sampai Pulau Beras Basah. Masa pergi ni kan hari biasa, so pengunjung tak ramai. Saya sukalah. Lain kali nak pergi mana-mana kena pilih hari biasa jugak & yang pasti bukan musim cuti sekolah.
|
:: Pulau Beras Basah :: |
Naim sangat excited dapat main pasir. 1st time lepas dia main atas pasir macam ni.
|
:: Naim excited dengan pasir :: |
|
:: My name is NAIM :: |
Banyak kali kitorang cop-cop kaki Naim nak bagi dapat pic tapak kaki tapi asyik tak jadi ja. Bila angkat ja kaki dia automatik jari kaki dia akan kuis pasir tu. Maka dapatlah pic tapak kaki Naim yang macam ini saja. Jadilah kan. Heheh
|
:: We were here. Kiri sekali tu tapak kaki Naim yang telah dikuis..haha :: |
Semua orang sudah sunburn balik dari Langkawi ni. Pakai sunblock pun macam tak berkesan saja. Naim pun sudah gelap sikit.
|
:: Pelancong sesat pakai topi dalam air :: |
Dalam elok-elok mak & adik saya dok duduk kat kerusi yang disediakan, tiba-tiba ada sekor monyet nakal curi Sprite daripada family negro kat sebelah kitorang. Tak cukup dengan tu, siap tarik plastik yang ada kat tangan mak saya. Plastik tu ada baju ja bukan makanan pun. Dah jadi adegan tarik menarik antara mak saya dengan monyet ni. Oleh sebab monyet tu tak nak lepas jugak beg plastik yang menjadi rebutan tu, maka kepala monyet tu pun biul kena ketuk dengan mak saya. Pening jugaklah rasanya. Siap angkat monyet tu macam kita dok angkat belakang kucing tu. Bila pikir balik macam lawak gila. Hahaha
|
:: Monyet nakal :: |
Terus gerak ke tempat lain lepas adegan ketuk-ketuk monyet tu. Lagipun dah cukup masa untuk naik bot ke Pulau Dayang Bunting pulak.
|
:: Naim pun takut monyet jugak :: |
|
:: Mendarat di sini lepas lari daripada monyet :: |
Then wajiblah ambil gambar dengan signboard-signboard yang ada kan. Baru boleh ingat pic-pic tu tangkap kat mana.
|
:: Aktiviti Wajib :: |
Lepas tu singgah di tengah-tengah antara beberapa buah pulau, bagi helang makan. Pakcik bot tu baling kulit ayam mentah untuk panggil helang keluar. Memang sarang dia kat situ. Berkerumun ja datang sambar. Banyak betul.
|
:: Ingatkan sikit rupanya banyak helang ni :: |
Dah habis tengok helang, terus ke spot seterusnya. Pulau Dayang Bunting.
|
:: Naim layu ja angin kuat :: |
Kat bawah ni pic Bukit Dayang Bunting. Lalu ja kat sini, tempat mandi yang ada Tasik Dayang Bunting tu sebelah lain pulak. Memang reallah macam perempuan mengandung tengah baring kan.
|
:: Bukit Dayang Bunting :: |
Husband & adik-adik saya mandi kat Tasik Dayang Bunting ni. Saya tak beranilah nak berenang bila tengok dalam dia pun dah 10 meter. Tapi try jugak turun gayut kat tangga celup-celup badan. Itu pun celup sekali dua ja terus naik. Seramlah. Haha
|
:: Dugong tasik. Kahkahkah :: |
Kalau musim cuti sekolah saya tak dapat nak bayangkan macam mana penuh pelantar ni nanti. Tempat tak besar mana pun.
|
:: Pelantar di Tasik dayang Bunting :: |
Sepanjang nak jalan naik ke atas bukit tu haruslah abah yang dukung Naim kan.
|
:: Buat-buat nak tangkap gambar tapi sebenarnya semput.. Haha :: |
|
:: Putera Dayang Bunting ni susah betul orang nak ambil pic dia :: |
|
:: Rombongan Cik Kiah pose dulu sebelum balik :: |
|
:: Lain kali kita datang lagi :: |
|
:: Naim dah nak layu dah time ni :: |
Naim dah tak larat tahan dah mata dia masa ondaway balik tu. Ditambah dengan angin kuat pulak, lagi bestlah dia tidur. Lagipun pukul 1 tu memang time dia tidur pun.
|
:: Tidur sudah :: |
Sebelum sampai jeti, bot pusing-pusing dulu depan Dataran Lang.
|
:: Bagi chance husband posing pulak :: |
|
:: Cik Kiah dah sampai jeti balik :: |
Petangnya kitorang jalan-jalan versi darat pulak. Kali ni tak lalu Padang Mat Sirat dah. Lalu sebelah atas, jalan tepi-tepi laut nun. Bird Paradise ni tak masuk pun. Lalu ambil gambar kat depan saja.
Terus ke Telaga Ayer Hangat. Tempat parking kosong ja. I loike!! Tak payah pening-pening cari parking. Letak ja kat mana nak.
|
:: Chakkkkk :: |
Mak saya rendam kaki sekejap kat kolam air panas tu. Yang lain-lain jalan-jalan pusing tempat tu saja.
|
:: Naim dengan baby sitter..Haha :: |
Yang macam longkang ni tempat batu refleksiologi tu. Kiranya sambil pijak batu sambil rendam kaki dalam air panaslah. Tapi punyalah kotor berlumut. Nak pijak pun tak lalu. Berlendir-lendir ja. Memang tak ada orang pegi pun lah kat bahagian tu.
Souvenir di Telaga Ayer Hangat ni adalah murah ok. Magnet peti ais jenis getah tu 3/RM10. Kat tempat lain 1/RM5.90. Lain-lain souvenir pun murah jugak kat sini. Kat Pekan Kuah pun mahal lagi.
|
:: Pilih-pilih :: |
|
:: Sekor helang ni dah selamat sampai Penang :: |
Oleh kerana pakcik yang jual souvenir ni rekemen suruh kitorang ke Pusat Kraftangan, maka pergilah rombongan Cik Kiah ke sana. Sebelum tu singgah makan dulu kat gerai dalam kawasan Pusat Kraf tu.
|
:: Dia pun nak jugak :: |
|
:: Alolo hensemnya. Anak sapa ntah.. Hahaha :: |
Masuk Pusat Kraftangan ni boleh tengok-tengok ja lah kan. Nak beli tu tak lah. Biasalah barang-barang kraf ni mahal-mahal belaka. Macam tak berbaloi nak beli. Selalunya tourist luar la yang akan beli.
|
:: Jalan-jalan saja :: |
Lepas tu singgah Faizy Crystal. Tengok dorang demo buat ikan kristal yang kecik-kecik chumel tu. Renyahnya tengok. Lama pulak tu nak siap sekor-sekor ikan tu. Padanlah mahal. Mak saya beli sekor ikan kristal yang sederhana besar. Oleh kerana sirip ikan tu reject sikit, harga dia tinggal RM70 saja daripada RM250. Berbaloi-baloi. Lagipun reject dia sikit ja, tak perasan sangat pun.
|
:: Faizy Crystal :: |
|
|
:: Penat tengok dorang buat ikan ni :: |
|
:: Ikan-ikan chumel :: |
Singgah pulak kat rumah tuan punya brand minyak gamat Hj. Din kat Kampung Ewa kat area Ayer Hangat jugak. Hj Din ni dah meninggal, sekarang anak-anak beliau yang ambil alih perusahaan gamat tu. Mak saya beli minyak gamat & minyak panas. Husband pulak beli balm & air gamat. Air gamat ni dorang pesan kalau yang warna putih jangan beli sebab yang tu gamat kering dicampur dengan garam. Kalau warna kuning-kuning sikit tu baru gamat fresh.
|
:: Air gamat yang sedang diperam. Tak lalu ok kalau tengok time ni :: |
Sebelum balik ke apartment singgah makan dulu kat Jala Tomyam. Dekat simpang 4 nak masuk ke Apartment Seri Lagenda. Kali ni order siakap stim jugak & siakap dia adalah sedap!! Tomyam pun sedap. Saya suka tomyam putih macam ni. Best!!
Sudah makan tu balik apartment packing-packing beg. Lepas tu apa lagi, kasi pejamlah!!