Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

19 March 2015

Malessss Gitu

Assalamualaikum.
Lama betul tak mencatat, mencoret, melakar dan sebagainya dalam blog ni.
Bukan apa, mood hilang.
Ghaib uuuu
Tak tau pi mana :P

Perkembangan terkini.
Life masih berjalan seperti biasa.
Sibuk dengan anak-anak.
Hari-hari kena jadi sarjan.
Sekampung boleh dengar suara ibu ni haaa


Naim pun dah masuk 5 tahun this year.
Wahhh masa, cepat betul kan!
Masih di tadika yang sama.
Masih berkaraktor yang sama, nama ja abang tapi dia yang terlebih manja.
Kalah Medina.

Medina dah nak masuk 2 tahun 2 bulan pun.
Bijak, pandai, banyak betul akai :P
Pantang nampak henpon, tab.
Addicted gitu.

Tengah dalam proses nak control, hanyut teruk ooo kalo tab or henpon ada kat tangan dia.
Tak peduli keliling dah.
Kalau ibu dia ni balik umah, dia aim beg dulu, tu nak kidnap henpon.
Senang cerita, henponku ini milik dia bila dah sampai rumah.
Kadang-kadang saja kona-kona kot lain bagi dia lupa henpon.
Kalau Naim ada kat rumah tu kurang sikit berhenpon.
Dok ralit main bergaduh dengan Naim.
Haishhh penin kalau depa main berdua.
Mainnya sikit, gaduhnya yang lebih.
Maklumlah Medina tu nama ja pompuan, brutalnya kalah Naim.
Last-last Naim yang nangeh sakan. haha

Medina memang la budak penuh dengan akal.
Copy paste apa yang abang dia buat.
Sekarang ni kalau ibu panggil dan-dan menyahut, Yessss boss!!
hahaha ikut abang ler tu.
Cakap pun dah banyak perkataan.
Cumanya ada perkataan yang kitorang tak paham.
Tapi kekadang boleh la tangkap jugak. heheh

Madiha dah nak genap 10 bulan esok.
Bulan 5 ni setahun dah uuuu
Pantas betul.

20-26/2 hari tu admit ward lagi.
Masalah sama macam admit bln 11 hari tu.
Batuk, kahak.
Dan lelah jugak.
Yang ni mai mana pun tak tau sebab keturunan tak ada lelah-lelah ni kot.
Tak tau ler kalau ada dari hireki atas-atas dolu nun.

Lepas keluar ward hari tu dah masuk 3 minggu followup Lam Wah Ee tak berapa ok jugak nih.
Ingat nak kena cari alternatif/dokter lain mungkin.
Dan sekarang tetiga orang tu kena makan Omega Shaklee sekali sehari.
Haha busuk tau tangan bila nak kena cucuk campur dalam susu.
Botol susu pun bau hanyir ikan.
Ya la, dah bagi pun minyak kan.
Additional supplement nak try tingkatkan antibodi badan.
Ikhtiarlah kan mana tau serasi.
Ibu depa ni tak suka sebenarnya bagi anak makan ubat dokter ni.
Tapi kalau tak bagi melarat pulak, lagi penin.

Oklah, nanti senang-senang sambung lagi :P
Bila tahun, jangan ditanya. haha

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
EPHYRA



Promo Ephyra yang free skinbar tu dah habis yer uols.
Skinbar boleh dibeli dengan harga RM39 satu bar.

Harga Ephyra masih kekal RM500 untuk 3 kotak.
RM360 untuk 2 kotak.
Sekotak masih RM197.

Free postage Sem. Malaysia.
Free recycle bag, tapi bukan chop Ephyra ler. Plain sajo.
Yang printed hq dah tak keluarkan buat sementara waktu.
Free shaker jugak.
Wasap or SMS 019-559 3536 lelaju!

27 March 2014

Pariss Hotel, Skudai

8 Feb 2014 (Sabtu) hari tu kitorang dah start cuti-cuti Malaysia.
9 hari 8 malam kau. Amikkkk
hahaha

Memulanya plan nak pegi tempat yang boleh naik flight.
Sebab nak bawak Naim merasa naik flightlah kononnya.
Dulu-dulu naik masa dia baby lagi so dia dah tak ingat.

Punyalah survey.
Nak ke Langkawi asalnya tapi sebab nak cuti seminggu takkan nak duduk pulau tu sampai seminggu kot.
Jenuh mati kebosanan.
Lepas tu survey KK pulak.
Macam mahal la pulak bila pikir ke ongkosnya.
Tambah pulak husband nak kena spend untuk lawyer fee sebab beli rumah.
So cari yang save-save sikit.
Nak dekat 2 minggu punya gila survey.
Last-last ke Johor kita!
Main place haruslah Legoland!

8hb tu tak abih packing lagi sbenarnya.
Tup tap tup tap pukul 6 petang baru gerak dari rumah.
Lapar punya pasal singgah makan kat Kulim dulu.
Jalan pun rilex-rilex ja sebab hotel kat Skudai tu booking 9hb hari Ahad.
Kononnya nak stop Ipoh sebab co-pilot dah ngantuk sangat.
Tapi memandangkan drivernya ok lagi maka terus ja jalan sampai Senawang N9.
Sampai sana pukul 2 pagi gitu.
Cari hotel bajet sajo sebab nak tido sekejap ja pun.
Jumpalah hotel baru jugak sebelah kiri bila masuk susur keluar Senawang tu.
RM120 utk king bed.
Oklah not bad.
Hotel baru.
Facilities pun bau best ja.

Esoknya 9hb berangkat ke Johor.
Pun jalan relax-relax jugak.
Sampai sana pukul 3 petang gitu.

Memusing jugak carik jalan ke hotel.
Google map mengong, padahal dah nampak dah hotel tu depan mata.
Dok Pariss hotel u!
Tak pi Paris dok Hotel Pariss pun kira oklah jugak khennnn. Haha
2 malam kami dok sini.







Hotel ni 3 bintang kalo tak silap.
Yang penting ada kolam.
Dah ada anak ni hotel kena ada kolam.
Baru complete.
Kasik depa syok main air.



Kolam dia kecik ja tapi memandangkan bukan masa cuti sekolah atau weekend, maka tak ada orang pun kolam tu melainkan kami sefamily sajo ;)
Heaven!



Ini pic 1st day, ibu depa tak mandi.
Warm up ja dulu.
Amik-amik pic ja.
Esoknya baru join mandi sakan ;)

Pariss hotel ni saya book thru website dia sebab thru Agoda dll tak ada family room.
Katil biasa macam tak berapa nak selesa menampung 4 orang.
Jadiknya amik Family Jumbo Room.
Serius sangat berbaloi.
RM202/nite.
Katil dia lebar 8 kaki.
Selesa sangat untuk 4 orang.




Katil paling besar sepanjang sejarah dok hotel.
So kalau yang plan nak ke Legoland tu bolehlah pikirkan untuk menginap sini.
Nak ke egoland pun taklah jauh sangat.
Lebih kurang 20 minit macam tu ja.

Tapi tang breakfast tu biasa-biasa saja ler.
Basic-basic gitu
Pada saya still ok ja sebab lepas pada tu kitorang ada plan ke hotel lain yang dirasakan lebih best tang makananya.
So oklah, balance blk ;)

07 November 2013

Yehuuuuuu :D

Hati tengah manyak senang.
haha
Sebab esok husband mau balik.
Rindu wehh
Kali ni rasa lama sangat nak tunggu beliau balik.
Mungkin sebab rasa tak larat nak melayan Medina kot.
Nak berdukung ja.
Kalau abah dia ada tu oklah sikit.
Boleh pass-pass.
Dah la manja bebenor.
Pantang letak sikit berbunyi ja.

Dah hotel pun dah booking :P
Nak pegi short vacation next week.
Tiga hari ja :)
Tempat biasa.
Cameron lagi.
haha
Yang tu yang paling dekat dan tak makan cost sangat kot.

Act hari tu iya-iya plan nak bercuti 9 malam.
Amekaww
Iya-iya punya plan last-last laki plak tak konfem bila yang betul-betul boleh balik.
Cehh
Dan memang nasib baik pun tak booking hotel lagi.
Kalau tak, burn.
Nasibbbb.

Sebab plannya sebelum start cuti sekolah.
Maklumlah bila dah mula cuti sekolah orang pun ramailah.
Tak kuasa nak bersesak-sesak.
Plus hotel pulak mahal berganda.

Rasanya dah kali ke berapa tah pegi Cameron ni.
Sejak kawen ni tetiap tahun mesti pegi 2 kali.
Sampai dah blurr nak jalan mana kat Cameron tu.
Tapi tak kira.
Nak coti jugakkkk
hahaha

Ok tata!

# mood bunga-bunga #
(",)
 ------'---@
@----,-----

30 October 2013

8++ Weeks

Alhamdulillah kandungan pun sudah masuk 8++ weeks.
Lebih kurang 2 bulan gitulah lebih kurang kiraannya.
Sabtu  2 minggu lepas ada keluar darah ketoi sikit.
Ada kot besar kuku ibu jari tangan.
Then Isnin tu pegi scan 4D kat Klinik Tan Bukit Jambul tu dia kata baby ok ja.
Siap dah nampak jantung dah ;)
Dah nampak bentuk jugak.
Last time scan nampak bulat ja.
Sekarang dah panjang.
17mm kalo tak silap.
Alhamdulillah.

Pregnancy dengan anak yang masih kecik macam Medina memang agak memenatkanlah jugak sebenarnya.
Ya lah Medina baru genap 9 bulan, belum boleh jalan.
Sikit-sikit nak berdukung.
Dan tengah aktif menjulur gitu.
Lasaklah sikit.
Then ibu dia ni nak melayan dia, abang Naim.
Dan melayan tekak yang asyik loya serba tak kena.
Serius penat sangat bila dah malam-malam tu.
Dapat tido tu memang heaven gilalah.
Lunch hour pun mesti nak terlelap jugak.
huhu

Banyak benda nak hapdate tapi tak berkesempatan.
Kalau kat umah nak taip pakai henpon memanglah malas.
Maklumkah touch screen, asyik-asyik typing error.
Panasss ja time nak taip cepat-cepat tu.

Nanti rajin ai hapdet lagi eh.
Tataaaaaaaa :P

18 October 2012

Naim Ngan Ibu Dah Rindu Abahlah

Cian Naim.
Pagi-pagi celik ja mata dah tanya "Nak amik abah ka?"
Ibu boleh gelak je la, semalam baru ja antar abah, belum 24 jam pun lagi hari ni Naim dah suruh pegi amik abah balik.
huhu cian Naim, rindu abah, tapi tak reti nak luah agaknya.

Dah tu, bila turun bawah dia teringat nak tengok kartun kot kat laptop.
Tengok-tengok atas meja tinggal netbook ibu ja.
Dia tanya " laptop abah mana?"
Selalu kot mana pun dia nak tengok thru laptop abah sebab screen besar n sound kuat sikit.
Tambahan pulak laptop tu kan dah jadik hak milik mutlak Naim.
Dah tak ada urup dah pun kebanyakannya dikerjakan dia.

Tengah hari ni pulak, sajalah tadi tanya dia lagi mana pi laptop abah.
Dia kata "laptop abah dah naik kapai tebang!" heheh
Cutenya anak ibu ni, ingatan tu kuat betoi ;)

Cakap banyak tau anak teruna aii tu.
Lancar pulak tu, jaranglah nak pelat-pelat.
kalo bercakap tu, sebijik-sebijik perkataan dia keluar.

Baru ni jam dinding dalam bilik kitorang tu bateri dah abis, so saya kasik turunlah, nak ganti bateri.
Tapi dah berhari-hari tak berganti-ganti lagi ni.
Asyik lupa je. heheh
Then Naim tengok dinding kosong, jam dah tak ada.
Dan-dan timbul soalan, "Mana jang? *jam.
Ewahhh macam pandai pulak dia nak nengok jam pukul berapa :P

Tapi yang heran tu mana mai tah kekadang dia sebut perkataan tu versi Tenganu.
Sebut ayam  jadik ayang. haha
Nak kata dulu mengidam nak pegi Tenganu tak kesampaian, idok ler pulak :P

huhuhu
Rindu abah Naimlah.
Bila jauh-jauh ni rindu dia lain macam sikit.
Seriously rindu sangat ;)
Take care naaaa abah Naim!
We lebiu alwayysssss.. mmuahhhhhh!! heheh

17 October 2012

Cedihnyaaaaa

Sob sob...Sedihnya
Abah Naim dah berangkat pegi Johor petang tadi.
Ada offshore punya course sampai next week then terus naik kapal. huhu
Insyaallah jumpa lagi dalam 7 minggu.

Phewwww
Lamanya, sabar sajalah menunggu.

Dulu biasa jugak berdepan keadaan macam ni.
Terpisah, jumpa balik, terpisah lagi atas dasar dan alasan tuntutan kerja.
Tapi masa tu belum kawen, masih berkasih-kasihan sampai bertunang saja.
So keadaannya adalah berbeza sebab masa tu kita belum 24 jam bersama.

Memula ingatkan saya kuat, tapi tak sebenarnya.
Merambu-rambu air mata duyungku.
Naim jugak yang steady, siap gelak-gelak lagi.
Ye lah kan dia bukan paham pun :P

Lepas sesi bubbye-bubbye tu, haruslah ibu yang kena amik alih tempat abah drive balik umah.
Naim jadik co-pilot.
Co-pilot tak duduk diam punya.
Geram aiiiii tau

Memula iya-iya dia pakai seat belt.
Tak sempat lepas kawasan airport dah kalut suruh bukak pulak.
Dah tu kejap lompat, kejap berdiri, kejap duduk kat arm rest tengah-tengah tu.
Kejap lagi dia sibuk nak pegi belakang.
Tekan lampu, tekan itu tekan ini. hadoiiiii

Lepas tu dia lompat ke depan balik, boleh pulak nak tarik-tarik stereng sekali dengan ibu.
Dia ingat ibu dia dok main kot.
Siap nak landing atas paha ibu lagi.
Jenuh jugak la tarik perhatian dia kat benda-benda lain takmau kasik dia kacau stereng.
Melelong jugak sikit tadi sementara nak neutralkan itu budak. huishhhh

Lepas ni kena pegi keja sendiri, pegi checkup sendiri. huhu
Selama ni kalo checkup perut tak pernah husband tak ada.
Sedihnya :(

Kalo pegi keja tu, datang time tak larat bawak keta or malas nak parking jauh-jauh, konfem ada husband tolong hantar, tolong amik.
Sekarang kenalah pandai-pandai sendiri.
Habislah lemak-lemak berkrimku ini.
Udahlah semakin perut besar semakin mengah ja napas.
Naik tangga sikit pun mencungap.

Ada jugak yang bertanya, tak kisah ke husband keja jauh-jauh.
Pompuan mana yang tak kisah tu mesti ada something wrong, sama ada dia tak ada perasaan or something else.

Bagi perempuan normal macam saya, of cozlah kalo tak banyak, sikit tu ada jugak keraguan.
Lelaki tu tetap lelaki uuu, walau sebaik manapun dia.
Majoritinya macam gitu.
Pantang ada peluang.
Berbeza dengan perempuan.
Perempuan lebih setia, tambahan pulak kalo dah kawen.
Laki kalo dah kawen pun dia kira kuota dia ada kosong lagi 3.
Bab tu semua nak ikut sunnah kan.
Bab lain, hmmmmm sendiri mau taulah.
** fakta ni : hasil kajian prof. fadelina. hahaha

Pendapat saya, dah laki nak pegi keja je pun kan, nak cari nafkah untuk keluarga, takkan nak halang kalau dah rezeki dan minatnya dalam bidang cenggitu.
So, go on sajolah.
Insyaallah sebagai isteri saya selalu support apa yang beliau buat walaupun saya tak paham sangat pun.

Tapi dah ada green light tu harapnya suamiku tidak menyalahgunakan kepercayaan yang dibagi. Insyaallah.
Harapnya beliau sentiasa ingat dengan tanggungjawab, bukan setakat keperluan material semata.
Pendek kata, sentiasa sedar status diri.
Dah ada keluarga jangan anggap diri tu bujang puleksssss

Saya tak mintak intan permata, tapi kalo dah nak bagi tu aiii terima sajo. haha

Saya mengharapkan suami yang setia sampai bila-bila.
Sebab bila kita dapat pasangan yang setia,
Insyaallah masalah-masalah berangkai lain akan dapat dielakkan.
Am i rite?
:P

Hadoi tak larat mengadap netbook lelama sekarang.
Kerap sakit belakanglah kalo duduk lama-lama ni, kat opis tu lagilah.
Asyik lenguh ja manjang.

Saya suka menaip sambil meniarap, tapi keadaan tak mengizinkan.
Baby dalam perut dah masuk 26 weeks.
Almost 7 moths suda.
By da time abah balik nanti baby pun dah tunggu time nak keluar kot.
Kalo operate jugaklah.
Operate 38 weeks dah masuk doc kan.

Kalo normal pertengahan bulan Januari.
Hopefully husband ada time bersalin nanti.
And hope sangat baby keluar secara normal, tapi kuarlah awal sket naaa baby.
Time abah ada lagi cun ;) heheh

03 December 2011

Tadaaaaa :P

Tadaaaaaaa

Nak kasik tayang tuan tanah dengan leopard belaannya kejap!

Pic malam semalam nih.
Kat Kenny Rogers.

Cantekkan?
Tudung tu.
hahaha

Naim seksi!
Hanging lagi uuuu

Rasanya jarang amik pic dengan Fareeda, adapun masa raya puasa hari tu.
Asal amik je, pic jadik bulat. *walaupun tak bulat. kahkahkah

Tu yang den maleh tu!


Tata!

14 November 2011

Hepi Besday Mak =)

12-11-11 adalah besday mak saya yang ke-49.

Hepi besday to my beloved mum.
Lebiu sooooo much.
act, I have no word to describe about her.
No word okeh...
Tak tergambar dengan kata-kata.
because she is my great mum ever!!  =)

Nak jugak bagitau kat sini even mak saya bukan baca pun :P
heheh

Dan hadiah yang tak seberapa.


Hepi besday mak!!!!
Muah muahhhh muahhhh

03 October 2011

Anniversarylah!

Hahahahahahahaha

Nak gelak panjang sikit :P

Semalam saya ngan husband punya wedding anniversary!

Tapi cemana boleh lupa ntah. Nak kata sibuk sangat tak, nak kata banyak pikir pun tak jugak. Padahal elok je semalam pegi round-round Gurney Plaza. Kalo tak, boleh gak paw apa-apa semalam. heheh

Pagi ni Kak Muni yang wish kat ym ngan fb. Sebab...kitorang punya date kawen sama kalo tak silap saya. Kalo tak sama pon selang sehari. Itu yang dia boleh ingat tu :P



Anyway, Happy 2nd Anniversary to my dear hubby. Semoga perjalanan perkahwinan kita semakin utuh, kukuh dan bertambah kuat sehingga ke akhir hayat. Ameen.

p/s : Celebrate lambat sikit pun ok kan bang? ahaks!

 

14 September 2011

Wordless Wed Lagi =) Pic Raya







Note : Pandai ibu kan, kononnya pangku Naim tapi dalam masa sama boleh kasik pic kurus sikit! hahaha

11 September 2011

Ke i-City Kita!

Jeng jeng jeng.

Saya dah sampai, anda bila lagi? ahaks!

Saya tau ramai yang dah sampai pun =)


Dimulakan dengan pic honeymoon. heheh


Lagi.


Ehhhh tetiba dah ada anak pulak. kahkahkah

:: Mak labu ujung tu tengah dok tunggu hari ::

:: Yo yo ::

Tengok budak kecik ni ha, semua yang dia nampak nak dikutip. Nak dirasa.


K lah, malas pulak nak cerita panjang-panjang.

Kesimpulannya : i-City Shah Alam ni best tapi takat sekali pegi je lah. Kalo pegi lagi lepas-lepas ni konfem akan boring.

Tata.

10 September 2011

Pulang ke Pangkuan Pulau Mutiara

Raya ke-5 haruslah pulang semula ke Pulau Mutiara terchenta. ahaks!

Kononnyalah.

Tetiba masa dalam keta terpikir, Isnin saya still cuti lagi, so malam tu boleh jalan-jalan KL dulu. Ahad sempat lagi nak balik Penang. Isnin boleh rest.

Dan cadangan diusulkan kepada ketua rombongan. Bapakku ler! Memula cam berat ja. Al maklumlah orang tetua ni bukan minat sangat nak berjalan-jalan sakan. Hasil pujukan berbau hasutan, ditambah pulak sokongan ahli-ahli rombongan yang lain, maka malam tu tido umah maksu saya.



Balik tu bapak saya bawak sang kancil putih tu ke KL. Kereta busu saya, baru-baru ni transit kat kampung kejap. Tuan punyanya dok tunggu hari nak meletup. Dah tak upaya nak drive jejauh.



Tanah tumpah darahku. ahaks. Kuala Pilah. Tapi kat spital la, bukan kat tepi jalan ni ha.


Bukit Putus yang sangat fofular. Memang jalan utama yang kena lalu kalo nak ke Temerloh, Muadzam Shah. Dulu jalan bengkang-bengkok. Masa kecik-kecik asal lalu je jalan ni konfem muntah. Dah tua-tua ni ok dah lah, dah stabil. haha

Jalan baru ni dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2009 sepanjang 7 km. Satu daripada 5 jambatan kat jalan baru Bukit Putus ni adalah jambatan ke-2 tertinggi kat Malaysia dengan ketinggian 48 meter.

Dulu...

** Google

:: Simpang ke jalan lama ::

Sekarang...

Jalan baru yang menyingkatkan masa perjalanan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Tapi ada jugak driver-driver yang mengong lagi selfish yang memotong ikut sedap kepala otak dorang. Korang kalo nak mati cepat sila jangan libatkan orang lain. Tak ada sivic punya driver. Budus.


Malamnya,  ke i-City Shah Alamlah kita!

09 September 2011

Morning Glory The Story Mory

Switch tajuk sikit. Asyik raya ja.

Ini adalah suasana pepagi Sabtu di kampung sebelum nak bertolak balik ke Penang.

Lepak-lepak dulu.


Layankan budak kecik ni.



Sekarang ni semua benda dia nak pegang, semua nak rasa. Sampai lantai, jalan tar pun dia nak jilat nak tau rasa macam mana. macam-macamlah Naim ni.

:: Model Clinique ::

Haaa meh nak kasik introduce ngan pokok ni. Saya rasa tak ramai orang kenal pokok ni kan?

Ini pokok puding. Bukan puding hiasan tu. Daun puding ni boleh dibuat masak rendang cili api. Sedap tau. Sampai berebut kutip daun tu, bukan dok berebut kutip daging.

:: Ini rupa daunnya, jangan pegi amik daun puding hiasan pulak buat masak, penin kang tak jamin ::


Dan ini view pepagi di kampung hai penin lalat :P



Sekali sekala balik kampung best walaupun kemudahan tak sebanyak tempat sendiri. Tapi nama nak bagi saya dok terus kat sini...oh no no no.

Nak ke pekan pun dah 30 minit perjalanan 80km sejam jalan terus tak ada traffic light tu. Jauh u.. huhu Bila dah terbiasa semua depan mata, Jusco, Tesco, McD, KFC ect, dok dedalam nun lama-lama mana boleh tahan. heheh