Showing posts with label Works. Show all posts
Showing posts with label Works. Show all posts

10 October 2011

Dinner

Sebelum entry ini basi, baik update cepat-cepat.

Jumaat malam baru ni ada dinner kat Eastin Hotel. Last year tak pegi, cuti bersalin. So tahun ni haruslah nak pegi.

Door gift kali ni adalah kupon KFC. Lepaslah sorang makan, tapi air kena beli sendiri.


Oleh kerana dinner ini adalah separuh rasmi, maka Naim pun dibawaklah bersama.

Lagipun Naim bawah umo, tak kena bayar.

Abah kena tinggal kat umah. 'Oncall'. ahaks!

Naim pakai kemeja dengan bow tau malam tu. Act baju tu memang dah lama beli, masa kenduri Umie hari tu. Tapi time kenuri takde lah berbow-bow semua. Dah dinner ni memang sesuai la kasik Naim menerai pakai.

* Pic -by Arie


Sila jangan terpedaya melihat pic ini.
Naimpak Naim macam behave je kan.
Pemalu gitu.

Oh no no no!


Keadaan sebenar di tempat kejadian adalah seperti ini.
Tengok tu.
Merata dia jalan.
Duduk diam pun masa 5 minit pertama saja.

Pantang bunyi muzik, cepat ja kaki dia melangkah ke depan.
Siap berjoget-joget lagi!
Nak tergelak gila okeh. haha
Lawak betul. Macam burung penguin ja tiap kali Naim joget :P

:: Nampak tak budak kecik baju hitam yang sedang menapak ke depan tu? ::

Saya suka function-function jenis cenggini. Taklah formal sangat.
Lemas kalo penuh protokol. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Nak makan pun tak senang. Nak bawak anak apatah lagi kan.

Nampak tak nampak tak?
Dah sampai depan nun si kenit debab ni :P


Ewah-ewah boleh landing-landing pulak dia kat depan stage. 
Ni belum masuk bab nak memanjat stage lagi. 

Sampai seriat darah ibu ni ha dia punya lari dari  ujung stage sini sampai hujung sinun. 
Dahlah brake tak makan, buatnya terjun..hmmm penin. Pitam.
Stage tu boleh tahan jugak tinggi.


Bukan setakat stage depan jadi perhatian Naim.
Kolam kat belakang tu pun tak sunyi daripada terjahan Naim.

Dok sebut andi-andi. Siap nak bukak baju lagi nak mandi! heheh
Kalo biar ni, konfem boleh memanjat masuk.

 

Cabutan bertuah kali ni adalah memberat jugak. Kupon Sunshine rm20 sajeee. :P
Lepaslah nak beli seluar dalam 2 lai. 


Awal-awal lagi nama dah naik untuk cabutan tak bertuah.
Semangat pun sudah hilang nak tunggu sampai hujung. Tapi tunggu jugak! haha

 

30 September 2011

Gas Delivery - Penang



Penghantaran Gas Memasak

CALL : 013-455 6782 or 04-658 7736

Waktu Operasi : 9.00pg - 9.00mlm





Penghantaran Gas SEGERA sekitar :-


Batu Uban

Bukit Dumbar


Bukit Gelugor

Bukit Gambier


Gelugor

Jelutong

Minden Heights

Kg Kastam

Sg Nibong

Sg Dua

Tmn Pekaka

Tmn Tun Sardon


USM


15 June 2011

Lega

Legaaaaa. Merdeka kejap untuk setahun. Tahun depan amik sekali lagilah nampaknya exam ni akibat yang dibaca lain yang keluarnya keluar lain.

Sambung tension ni ke tahun depan pulak.

Lepas ni boleh membelog dengan senang hati. Tak payah curi-curi masa lagi. Hahaha



14 June 2011

Ana Tensi

Nak update sikit untuk menghilangkan tension akibat apa yang dibaca tak keluar dalam Paper 1 KPSL pagi tadi. Huarrgghhh. Dahlah subjektif. Nampaknya macam nak kena repeat lagi ja paper ni. Huhu


Baca lain keluar lain. Apa daaa. Haha

Sapa duduk kat HR untunglah sebab kali ni punya soalan keluar bab-bab keja dorang. Bab-bab tuntutan langsung tak ada. Kalau ada part ni oklah jugak, boleh bernafas sikit sebab dah rutin harian proses tuntutan dan bayaran.

Esok punya paper 2 tak tau lagi macam mana. harap-harap ok sikit sebab nota-nota yang ada pun simple-simple ja. Nampak macam tak berapa heavy. Tapi kena ikut fakta betul-betul tak boleh goreng-goreng.

Opsss kejap ni baru google fakta lagi, rupanya nota lagi heavy daaaa. Penin penin.
Malam ni sambung study lagi.

Last-last minit macam ni lah. Haha

06 June 2011

Exam Mood

Sedang buat-buat sibuk study untuk exam KPSL 14-15 Jun nanti.


Nota kaki : Saya suka ambil exam tapi malas nak baca buku. Lepas tu macam mana nk pass kan?? Selalu baca last-last minute. Penyakit betul lah. Buat tang hujung-hujung lebih thrill eh..Haha