Kasut Naim yang pertama, beli time nak raya. Biasalah kan, 1st time raya ada anak, semua barang nampak chumel ja. Masa raya tu Naim baru 43 hari macam tu. Kasut Naim semua murah-murah saja. Kaki baby kan cepat membesar, adalah sangat rugi kalau beli mahal-mahal tapi selepas 2 bulan dah tak muat nak pakai. So beli yang murah-murah sudah. Kalau brand Baby Kiko tu selalu dalam harga RM20 hingga RM35 macam tu saja. Tak lah ralat sangat kalau lepas tu dah tak boleh nak pakai.
|
:: Kasut Pertama Naim :: |
Bagi pendapat sesetengah orang, nanti boleh simpan untuk anak-anak yang coming soon. Bagi saya, kalau macam baju-baju duduk rumah tu oklah. Tapi untuk baju-baju berjalan & kasut, dia akan jadi out of trend sikitlah. Tambah pulak kalau lepas ni dapat rezeki baby girl pulak, mestilah baju-baju untuk keluar jalan nak kena beli yang baru. Kasut pun baru. So bila pulak nak pakai baju yang dah beli untuk Naim ni. Eh mungkin ada orang kata, nanti untuk anak ketiga boleh pakai lagi, by the time mungkin saya akan rasa baju-baju dan kasut-kasut tu sudah tidak trendy lagi. Haha demand eh.
|
:: 4 saja yang dibeli, 2 lagi gift :: |
Setakat hari ni, inilah saja koleksi kasut yang Naim ada. 1 saja yang muat dipakai. Yang lain sudah tersimpan dalam almari. Sekarang ni, bila kasut Naim dah tak muat nak pakai baru beli yang baru. Awal-awal hari tu ibu Naim adalah sangat tamak, apa yang berkenan semua nak beli. Sekarang dah boleh kontrol sikit. Selalunya Naim tak pakai kasut, bubuh stoking pun dah cukup janji kaki dia tak sejuk.
Budak-budak zaman sekarang sangat beruntung bukan? Zaman saya dulu manalah nak dapat bertukar-tukar baju sangat. Apa yang ada itulah yang kita pakai. Cukup makan pakai walaupun tidaklah bermewah sangat.