20 May 2011

Persiapan Sambut Baby

:: Our Lovely Baby- Muhammad Naim ::

Wah excited betul nak bercerita bab persiapan baby ni. Kita pegi point by point lah senang. Saya ambil yang mana ingat dulu eh. Kalau ada yang tertinggal nanti saya tambah dalam entry lain.

Set Bersalin & Minyak Telon
Sama penting seperti keperluan baby jugak. Almaklumlah kan 9 bulan badan asyik dok mengembang, mestilah ada niat nak bagi kuncup balik walaupun lepas tu tak berapa nak kuncup jugak. Niat tu yang penting. Haha. Set penjagaan selepas bersalin sekarang ni macam-macam brand ada. Saya pakai NR (Nona Roguy) base pada komen kawan-kawan yang pernah guna produk ni. Kalau tanya saya macam mana kesan dia, saya boleh kata NR ni baguslah (baru bersalin sekali ja, tak pernah try yang lain lagi), yang paling best NR ni menyenangkan proses pelawasan. Beli direct thru NR4U semasa promotion adalah lebih murah.

:: Set Herbanika Bersalin NR - **Pic Google::

Untuk mereka yang nak mencuba NR, beli yang basic set pun dah cukup. Saya beli botol besar untuk Phytonatal Tablet tu. Masih ada balance sikit lagi sampai sekarang, bercinta ja nak kasi habis. Minyak Herbanika pun tamak, beli yang besar, tapi still boleh guna jugaklah untuk hari-hari biasa. Untuk mengurut best guna minyak ni.

Oleh kerana bersalin secara ceaser, maka ada jugaklah item-item dalam set tu yang tak digunapakai. Serbuk herbanika barut & uncang cuci tu tak guna langsung pun. Mana boleh nak berbengkung kan, untuk cucian pun xguna sebab kat bawah tu tak luka pun. Haha. Dalam set tu ada lulur sekali, yang tu pun bukan pakai sangat. So, untuk next baby, lepas bersalin baru nak beli set bersalin. Kalau ditakdirkan czer lagi (harap-harap normal lah), beli yang basic-basic sudah. Save. Semua benda yang 1st time ni jakun sikit, semua rasa kena beli. 

Minyak telon jangan lupa eh. Untuk mengelakkan perut baby masuk angin. Naim dari lahir sampai hari ini masih setia dengan Nyonya Meneer ni. Bau pun best ja. 

:: Model minyak telon ::
 
Baju
Inilah paling penting, kalau tidak nanti baby keluar tak ada baju nak pakai pulak kan. Berdasarkan pengalaman, lebihkan beli baju yang tak terlampau tebal & tangan pendek. Cuaca sekarang ni panas ja memanjang, walaupun hujan, dalam rumah tetap berkuap-kuap. Untuk siang bagi pakai sleeveless lubang-lubang dengan seluar pendek saja. Lampin jangan lupa bubuh, nanti bertabur pulak. Haha

Naim sampai umur sebulan saya bagi pakai baju tangan pendek dulu waktu siang, nak bagi dia biasa dengan cuaca luar perut. Haha. Bila umur dah lebih sebulan tu lepas mandi pagi bagi pakai sleeveless ja. Then lepas mandi petang dalam pukul 6 tu baru pakai baju tangan pendek dengan seluar panjang. Malam nak tidur saya prefer pakai baju panjang sebab pasang aircond, takut sejuk. Lagipun bila dah subuh nanti memang cuaca sejukkan. Selimut pun kejap ja nanti elok, lepas tu Naim ke mana, selimut entah ke mana.

Barut
Barut Naim dulu mak saya jahit sendiri, dalam 10 helai. Rotate pakai sampai perut dia dah tak muat nak pakai baru stop. Barut ni elok pakai untuk elak pusat baby masuk angin. Ada jugak beli 2 3 helai yang jenis siap berjahit, tapi yang ada pun jenis valcro sajalah, jenis bertali tak ada jual pun. Atau saya yang tak jumpa.

Booties & Mittens
Sarung tangan ngan kaki ni tak perlulah nak beli banyak-banyak sangat. Nak pakai pun lebih kurang dalam 3-4 bulan pertama saja. Itupun kalau baby kita mak yang jaga. Kalau hantar nursery, umur 2 bulan tu dorang dah buka sarung tangan semua. Untuk melatih pergerakan tangan baby dari awal.

Kasut & Stoking
Haha. Kasut ni kalau nak beli jugak (1st time kan, selagi tak beli selagi tulah tak boleh nak lena tido. Sayalah tu) beli yang soft & lite-lite saja. Kaki baby kecil lagi, kesian pulak kalau bubuh kasut berat-berat. Stoking pun kalau dalam 1 tempoh ada 5-6 pasang pun dah cukup (Stoking jalan-jalan). Rotate. Kaki baby cepat panjang, nanti sebulan dua mesti dah tak muat

Receiving Blanket
Untuk yang bersalin di General Hospital (Private saya tak surelah macam mana) nurse akan mintak receiving blanket, baju tangan pendek (seluar dorang tak nak, nanti terus bedung dengan napkin ja), napkin untuk bedung, diaper, booties & mitten masa tolak kita masuk dalam labour room. Barut tak payah bagi lagi time ni. Masa nak dekat-dekat due tu kenalah asingkan siap-siap barang yang nak bawa masuk sekali dalam labour room tu. Kalau tengah dok tahan sakit baru nak cari benda-benda alah tu lagilah pening, haruslah tak jumpa. Receiving blanket yang baru-baru beli ni jangan basuh campur dengan napkin eh. Untuk 1st time punya basuhan elok basuh asing-asingkan kalau tak nanti habuk-habuk napkin tu melekat pada blanket terus tak boleh guna. Yalah takkan nak bagi anak pakai berhabuk-habuk kan. Nak tak nak simpah ajalah sebab basuh 2-3 kali pun tak hilang. Huhu

Mandian
Jangan jadi macam saya. Masa hujung-hujung pregnancy tu, iya-iya aww aja beli Johnson & Johnson punya toletries. Beli pulak bukan yang kecik-kecik, kalau ada yang paling besar yang itulah saya ambil. Dengan syampu rambut, shower cream, lotion, bedak. Tamak haloba betul. Haha Akhirnya bila baby dah keluar, semua brand tak sesuai pakai. Jadi rashes. Brand Anakku pun ada banyak, dapat prezent. Pun tak sesuai jugak. Then pergi Guardian, SA situ syorkan Eubos Cream Bath Oil. Fully recomended untuk baby yang ada rashes tak kiralah kat pipi atau diaper rash. I loikee!!!


:: Eubos Cream Bath Oil - Titikkan sikit ja dalam air mandian - **Pic Google::
:: Lotion ni apply kat kulit baby nipis-nipis ja lepas mandi - **Pic Google::

Dari lepas pantang memang Naim guna produk Eubos ni. Maka segala Johnson tu ibu dialah kena guna. Baru-baru ni sajalah try beli Sebamed bila tengok Naim punya Eubos dah nak habis, tambahan pulak tengok rashes dia dah ok. Banyak feedback kata brand ni ok. Bila pakai Sebamed ni tiba-tiba saja rashes naik pulak kat leher, jenis ada mata-mata tu. So dah tahulah memang tak sesuai dengan dia. Maka sekali lagi, ibu dia jugaklah yang akan menghabiskan benda alah ni lagi. Dalam bilik air rumah saya tu semua orang mandi pakai sabun ketul tu, tak pakai shower-shower foam ni.

:: Baby Liquid Cleanser - Bau dia best - **Pic Google ::

:: Children Shampoo - **Pic Google::

Breastpump
Ada tak orang kata pam susu tak penting? Bagi saya, ini keperluan especially masa dalam pantang. At least setiap ibu yang bersalin kena ada 1, paling-paling tidak pun yang manual. Walaupun ada-ada orang yang boleh dikategorikan jenis susu badan tak banyak, tapi masa dalam pantang selalu akan jadi bengkak susu. So, masa inilah breastpump sangat memberi manfaat. Zaman sekarang saya percaya tak ramai yang pandai dah nak perah susu guna tangankan? Termasuk saya.

Saya beli breastpump jenis Medela Swing thru website ini. Main kutu. Nak bayar seketul 650.00 rasa beratlahkan. Bila main kutu ni bayar 130.00 x 5 bulan. Sangat berbaloi. Masa tengah pregnant tu memanglah hajat di hati nak fully breastfeed baby. Siap beli storage bottle & warmer tapi hajat tak kesampaianlah pulak atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Huhu. Bukan tak nak ya. Itupun nyaris-nyaris dah nak beli siap-siap Medela Citystyle Breastpump Bag. Nasib baiklah husband kata tunggu dah nak masuk kerja baru beli.
Kalau tak, hangus jugaklah. Kalau dah beli, then nak jual balik memanglah boleh tapi tak dapatlah harga kita beli kan.

:: This is mine. Tapi sudah dijual. Nanti bila ada baby baru beli lain. Hajat di hati nak beli yang double pumping, jimat masa ::

:: Storage Bottle dalam kenangan ::

Sterilizer & Warmer
Sterilizer ni masih ada dalam simpanan. Tak bercadang nak jual yang ini walaupun tak pakai dah. Asyik menjual je saya eh. Haha

Ingat lagi, masa ni beli kat Peekaboo. Plan asal nak beli brand Philips Avent sebab brand ni bagus berdasarkan feedback orang lain. Bila dah sampai Peekaboo, masa tu kedai ni baru buka branch baru kat Bukit Jambul (sederet dengan JPJ) SA tu iya-iya promote brand Tommee Tippee. Maka terbelilah yang ini, tambah pulak dapat free 3 biji botol 9oz & 1 biji yang 4oz syok tak terkiralah kan.

Saya tak tahulah sterilizer brand lain macam mana tahap keupayaan dia, tapi brand ni macam tak berapa best lah. Bila dah steril botol-botol tu akan still penuh dengan wap air. Dia tak kering sendiri. Tak tahulah kalau memang semua brand sterilizer memang macam tu. Tapi kesimpulannya, merebus adalah lebih best, menjimatkan masa, ruang & yang penting memuaskan hati saya. Bila angkat dari periuk, botol kering secara automatik.

:: Selepas duduk di luar selama sebulan, benda alah ini dimasukkan semula ke dalam kotak sehingga hari ini. Haha ::

Akibat mendapat free botol susu Tommee tadi, warmer pun haruslah beli brand ni jugak. Kalau tak nanti tak muatlah nak masuk. Botol Tommee kan perut gemuk, warmer lain semua kurus-kurus so tak muatlah nak masuk.

Oleh kerana dorang bagi harga promosi, dapatlah warmer ni dengan harga RM138.00. Sekali lagi, bagi saya warmer ni lagi melambatkan keadaan. Panaskan susu (susu ibu eh, kalau susu lembu terus bancuh guna air panas ja) guna air panas lagi cepat dan tepat. Haha. Cuba bayangkan baby tengah melalak nak susu, susu of courselah sejuk, dah simpan dalam peti ais kan. Bila kita on warmer dia, bukannya dia dan-dan panas. Dan hasilnya baby akan melalak lebih lama. Guna air panas lebih praktikal. Selalunya air panas kita dah spare siap-siap dalam flusk. So, tuang saja dalam kole, terus rendam susu. Mudah dan pantas kan. Kesimpulannya, banyak betul kesimpulan eh. Warmer ni tak payah beli lah!

:: Tommee Tippee Warmer - Dalam kenangan jugak ni ::

Botol Susu & Puting
Botol susu kena beli ya bakal-bakal ibu. Walaupun nak fully breastfeed, still nak kena tinggalkan baby bila nak masuk kerja balik kan.

Naim masa dalam pantang tu saya bagi pakai brand campur-campur. Botol Medela dapat sekali masa beli breastpump. Kiko ada kawan husband bagi dalam hamper. Pureen pun ada dapat prezent tapi saya tak pakai sebab BPA tak free. Tommee Tippee sempat pakai yang botol kecik saja sebab suka leakinglah. Orang lain pakai ok ja, Naim ni tak tahulah, tiap kali guna botol ni confirm meleleh-leleh. Tommee Tippee memang dah tak pernah guna lagi sejak tu, yang dapat free botol 9oz pun saya dah bagi kat kawan-kawan.

Brand MAM pun biasa beli, yang jenis anti-colic tu. Boleh buka bawah dia. Tapi saya tak syorkan untuk ibu-ibu yang malas macam saya. Haha. Botol ni kalau nak basuh, kena buka segala komponen mak nenek bawah dia. Wahhh macam electrical engineer pulak eh ada komponen-komponen pulak. Then kalau dah basuh kena bagi kering betul-betul, sebab bawah dia ada getah, kalau tak kering botol akan jadi masam. Nak bau pun tak lalu. So kalau anda malas, sila jangan beli yang ini. Ada lagi 1 yang jenis tak ada bukak bawah tu ok lah kot, tapi bukan anti-coliclah. Puting dia special sikit, more to puting ibu. Kalau baby yang susah nak terima puting biasa, bolehlah try jenis ni.

:: MAM Anti-Colic  **Pic Google ::

:: MAM tapi bukan anti-colic - ** Pic Google ::

Masa umur Naim nak masuk 2 bulan, terus pakai Philips Avent yang 'easy to clean'. Dia ada 2 jenis. Yang botol warna putih & yang koko-koko sikit tu. Yang koko tu senang untuk cuci, bilas-bilas saja. Tak payah pakai sabun. Sabun tak digalakkan untuk basuh botol susu baby. Sesekali ok lah. Dan saya masih setia dengan brand ini sehingga sekarang.

:: I loike!! - **Pic Google ::

Baby Coat, Tilam & Bantal
Baby coat adalah sponsored by emak saya. Beli di kedai perabot kat Flat Hamna Sungai Dua. Murah ja, RM190.00. Kalau beli kat Jusco confirm 300++. Kalau kat lain-lain kedai baby lagilah mahal. Naim tidur dalam ni kalau masa diangkat masuk bilik dia still lena. Kalau dah bukak mata tu, tidur tengahlah jawabnya. Hairan betul, kalau mata dia dah terbuka tu, letak dalam baby coat tu jangan haraplah dia nak tidur. Kalau letak tengah, sekejap aja dah lena. Sajalah tu nak kena ada aroma ibu & abah dia agaknya. Haha

:: Naim tengah melabur tu sampai muncung-muncung ::

Tilam dan bantal haruslah kena beli untuk baby tidur kan. Kalau beli yang saiz besar sikit pun tak apa. Kalau beli yang kecil tu nanti bila baby dah membesar kena beli lagi yang baru sebab dah tak muat. Kalau dapat yang fully kekabu lagi bagus sebab yang jenis kat supermarket tu, kejap ja nanti dia penyet.

Sesiapa yang bersalin kat GH tu sila bawak bantal & bantal peluk baby sekali eh. Bantal tidak disediakan ok. Naim saya lapik dengan blanket saja. Haha cian dia.