31 October 2011

Soping Weyyyhhh

Ahad semalam pegi Jusco, soping!

Soping menda alah ni je pun :P
Stok dah penalti, so harus dibuat pertambahan segera.

:: 12.90 : 27.90 : 8.85 ::


Rasa-rasanya ada tak komen dalam hati orang yang baca entry ni cenggini :-

"Beli pad pun nak letak harga ke?"
"Elleh macam dia sorang je beli pad"
 hahaha

Jangan silap paham okeh.

Letak harga macam ni bukan apa, next time nak ulang beli boleh refer balik harga ni.
Tak kuasalah nak korek-korek resit balik.
Perbelanjaan berhemah kan.

Sebelum ni saja try brand yang Yuna carry tu.
Libbresse tu lah.
Murah dan tebal jugak, tapi tak sesuai dengan sayalah.
Gatal je bila pakai. haha mengada eh :P

Macam diaper Naim pulak ibu ni, ada yang sesuai ngan tak sesuai. heheh

Sampai ja QB amik dulu troley chumel ni ha.

Banyak kali dah pegi dia asyik dok nak naik tapi abah tak layan!
Kali ni ibu kasik can sikit.


Sejam rm3.50 - dapat belon sebijik.
Deposit rm30. Nanti balance dorang kasik balik time return keta.
Kalo tak nak deposit balik buleh bawak balik main kat umah. haha

Naik sejam je pun.
Lelama kalo dia boring jugak dok dalam ni je.

Lepas tu, haaaa amik habuanlah abah.
Tak larat kejar Naim.
Kejap jalan.
Kejap berlari.
Kekejap berhenti bila ada something yang menarik perhatian dia.
Kekejap ketuk orang dengan belon!
Sorilah sesapa yang jadik mangsa semalam. heheh

Fuhhh semput :P

Heran betul.
Tak penat ke budak kecik ni??


Balik tu haruslah Naim tergedang tido.
Hujan lebat pulak petang semalam.
Zzzzzzz


Ibu layan tenetlah.
Apa lagi?

Tata.

27 October 2011

Last Katanya

Update tudung baru n last buat masa ini.
heheh iye?

Yang ni beli 2nd hand ja since tuan punyanye kata baru pakai 3 kali.
Condition, oklah not bad..
But not too good jugak.

If mine, kalo pakai 3 kali tu konfem tip top like new lagi =)
Bolehlah.

Latest stok is JUST 13 =)


 

26 October 2011

Baby Teringin Naik Stroller Balik

Sejak dah boleh berjalan sendiri ni, bila keluar jalan-jalan memang kitorang tak bawak stroller dah.
Lagipun Naim dah tak berapa nak duduk sangat.
Buat tempat letak beg ja kalo bawak pun.

So baru-baru ni saya basuhlah seat stroller tu sebelum nak simpan dalam kotak balik.
Dah siap pasang tu letak je kat hall.

Jadilah mainan budak kecik ni.
Tolak sana sini bawak tiger ngan otomen dia.
Abah Naimlah ni tak simpan-simpan lagi.

Lambat lepa ja dia nak panjat nak naik sendiri dalam stroller ni.


Asyik nak naik sangat.
Ibu pun angkatlah Naim letak dalam ni.
Elok ja dia duduk.
Teringin agaknya. heheh


Layan kartun sambil landing dalam tu.




Sekarang ni kalo panggil dia baby je, dan-dan dia merangkak tau!
Baby kan kena merangkak takleh jalan lagi :P
Kalo tanya cemana baby nangeh, dan-dan jawab 'ek....ek....'
Macam-macam :P

Best kan ada anak ni.
Kalo pegi memana pun asyik teringat kat dorang ja.
Kat laki ok lagi. Taklah teringat sangat-sangat. hahaha
Tapi tak bermakna tak sayang tau!

25 October 2011

12th Fareeda Pulokkkk =)

Petang semalam balik keja, 1 lagi parcel udah tiba.

Naim buat bola okeh parcel ni.
Amboi rotan kang! :P

:: Cantiknya balut =) ::

 Isinya adalah ini :-


V-dania hitam + putih.
Beli dari fb : Wanny Jibril.

Tengah hari semalam sempat lagi singgah kedai jual patung kat sebelah Gama nun beli hanger untuk gantung semua tetudung itu.

Beli memahal haruslah kena jaga elok-elok kan.
Sayang u...

Kat dealer fareeda mahallah sket, then nak kena tambah duit pos lagi.

Bali sendiri rm1.50 je satu untuk jenis high quality macam ni.
Kalo yang plastik biasa tu baru rm1 je.


Dan tertambah pulak rak besi ini untuk digantung tudung.

Rak yang sedia ada kat umah tu sudah tak muat.
Lagipun rak tu dah diguna untuk gantung baju keja yang siap iron untuk seminggu.
Space sudah penuh.

Rak macam kat bawah ni rm35 sajeeee.
Though sikit berbanding rak beli kat Jusco nun.


Dan hasilnya......


Note : Sedang menanti ketibaan lagi selai v-dania pink =) 

10th & 11th Fareeda


Ehem ehem....

Dia datang.
Ewaaahhhh sapa yang datang?

Sapa lagi kalo tak abang poslaju :P

Naik-naik opis semalam tetengok dah ada atas meja 2 lai saramarissa =)
Luv luv luv




Note : Pic di atas bukan saya ye. 
Itu tokei tudung yang chumelss.

Saya tidak chumel seperti ini. haha

Fail ler

Banyak carian thru google yang nak tahu feedback Bio Tripple Slim Sendayu Tinggi tu eh? haha

I know lah u, sebab bila dorang ke uolss google menda alah ni dia akan pegi ke entry singkat saya tak lama dulu yang menyatakan saya baru nak try menda alah nilah.

Keputusan Bio Tripple Slim ni untuk saya adalah???

Fail!

Harap maklum.
hahaha

Macam mana tak fail oiiii, iya-iya makan menda alah ni tapi makan tak hengat dunia punya. Asyik terbukak ja selera ai.

Dah tu cemana??

 

24 October 2011

da Lagi Latest Price of Susu S26 Progress Gold

Meh nak kasik update sikit pasal latest price susu Progress Gold S26 kat kedai yang saya pegi sebelum ni.

Masa entry yang lepas harga boleh tahan lagi.
Sekarang sudah naik mencanak-canak.

Tadi saya ngan husband pegi balik kedai ni sebab stok susu Naim dah nak habis.

Beli lagi 6 kotak 1.4kg.
Untuk cukupkan pembelian 12 kotak sebelum end of Oct ni.
Baru entitle untuk claim 3 kotak free! =)

Memang berbaloilah kalo beli yang pakej cenggini.
Tapi tak tau lepas ni ada promo macam ni lagi ke tidak.
Kalo ikutkan promo dia sampai end of Oct 2011 je.
Next time tokei tu kata tak sure lagi ada ke tak sebab dorang baru apply untuk lanjutkan tempoh promosi.

Harga terkini (sehingga 24 Okt 2011) :-
S26 Progress Gold Kotak 1.4kg = Rm 71.50
S26 Progress Gold Kotak 700g + Free 200g  = Rm 39.00
S26 Progress Gold Tin 1.6kg = Rm 76.00


Sekian saya melaporkan.

Yang benar,

23 October 2011

Fareeda Lagi

Wah wah wah!

Bulan ni tuan tanah silalah makan tudung-tudung yang ada.
Apa nak jadi tah, gila beli tudung Fareeda sekarang ini dah tahap impak maksima. :P


Semalam petang masa ondaway balik dari IPPT Bertam, saya TERRRRsinggah kat Fareeda Permatang Pauh.

TERRRRbelilah 2 lai tudung kat sinun.
Dah singgah Fareeda beli tudunglah kan, takkan beli ikan pulak kot. mmuahahaha

Memula plan nak register buat kad ahli.
Borang pulak habis.

Tapi beli still dapat harga ahli jugak. I loike!!

Tudung mawar ropol ni dapat rm80 saje.
Kalo beli online selalu lebihlah sepuluh dua lagi.

Add caption

Try pulak selai lagi v-shape ni ha.
Pun murah compare to online, 90 aje =)

Rambang mata okeh pegi sana.
Macam-macam ada.
Hot-hot color selalu cepat je kena sambar kalo kat online tetiba kat sini banyak lagi yang hot.

Adusss juling mata hitamku.
Rasa macam nak amik semua. hahaha

Cuma kat Permatang Pauh tu stok rozanna belum banyak lagi.
Dorang baru nak mula buat.
Next time penuh pulak dengan rozanna.
I'm crazy. haha


Sampai je kat umah, ada parcel pos laju baru sampai.

Jennnnggggggg... *nak jugak berjengjengjeng tu


Ini lagi gila hot color punya.
V-dania hijau lumut.
Payahnya nak dapat.

Beli dari fb : fareeda watie hazree
Act saya tak sempat book sebab lepas dia upload je terus ramai serbu nak booking.
Tetiba ada yang cancel booking, so rezeki di situ =)

Sekarang sedang menunggu ketibaan lagi 2 lai v-dania & 2 lai saramarissa. heheh

Lepas ni baru betul-betul nak stop beli kejap :P
Jangan percaya!

21 October 2011

Tang dan iiishhhh

Nampak tak? Nampak tak?

Sape tak nampak pendek umo! hahaha

Iya-iya Naim tunjuk gambar kat kain ni kalo maktok dia pakai.

Memula ingatkan ape lah yang dia dok tunjuk-tunjuk.

Dok Tang! Tang!
Rupanya kat kain tu kan ada macam pic bentuk bintang :P


Ni lagi 1.
Dok ishhhh ishhhh.

Rupanya fish!



Peel terkini adalah kepit barang celah ketiak.

Semua benda yang dia dapat nak diletak bawak ketiak.
Toys dia kepit. 
Henpon ibu pun dia kepit jugak.
Sampai ke pinggan makan pun dia boleh nak kepit bawah ketiak. hahaha

Adalah tu dok tengok sesapa bawak barang kepit celah ketiak.
Mengikut ja anak ibu ni tau.

:: Kepit jangan tak kepit ::

Esok lusa Naim bakal kurang kasih sayang ibu lagilah nampaknya.
Ada bengkel pulak kat IPPT Bertam nun.

Nasib baik boleh berulang pegi pagi balik petang.
Tak payah tido sana.
Minggu depan ibu cover balik eh Naim.

Time belum ada anak dulu syioooklah nak out-outstation semua. Kan?
Sekarang ni kalo kena bermalam kat luar ja rasa adussss malasnya. huhu

Mari Panjat-memanjat

Baru-baru ni ibu Naim dok tengah tengok tv kat hall.
Naim pulak dok main-main sensorang dia kat hall yang sama.

Tetiba ibu dia kalih, tetengok Naim dah ada atas sofa ni ha.

Cepat-cepat ibu amik kamera snap pic Naim.

:: Muka tak bersalah ::
 Siap boleh jenguk-jenguk bawah ok.


Lepas tu ibu letak Naim kat bawah balik.

Tak puas hati dia.
Usaha nak memanjat semula.


Skill boleh tahan.
Tapi kalo kat katil tak lepas, sebab katil kan tinggi lagi.


Nak berdiri jugak atas sofa tu.
Bukan takat duduk saja.


Tak cukup berdiri, siap jalan-jalan, lompat-lompat ikut suka hati kaki dia.
Ibu yang terjerit lelebih.


Haaa amik.
Sampai tertonggang-tonggeng punya nak melangkah.


Boleh main patah-patah balik pulak.


Tak cukup lagi.
U-turn. Pusing balik!


Bila ibu angkat dia letak bawah lagi.
Memanjat menatang ni pulak dia!


Siap lompat-lompat lagi.
Adoilah Naim. Kering darah ibu ni.


Wahai orang-orang kampung, silalah buat tak tau saja kalo lepas ni terdengar ibu Naim terjerit-jerit marah anak dia! hahaha

20 October 2011

Neno Neno Neno

Kesian Naim. Semalam kena tido dengan maktok sebab ibu dia demam kura.
Sampai ketar-ketar malam tadi rasa nak demam tak demam.

Punca utama adalah kencing tak lawas.
Kencing kotor rasanya.
Mintak-mintak bukan batu karang.

Sampai kembung dah dari semalam asyik dok minum air barli ngan air kosong ja kejanya.
Tapi macam berkesan jugaklah.

Pagi-pagi tadi rasa ok dah.
Kencing pun dah lawas, cuma rasa sakit sesikit bila nak sampai penghabisan kencing tu.
Tapi ok sangat berbanding semalam. Alhamdulillah.

Takut ooo.
Yelah, dah jarang-jarang sakit, bila sesekali rasa....adoiiiilah.

Akibat mood sakit je semalam, lupa nak update my 6th Fareeda yang baru sampai.

Order daripada fb Cyrus Amiera.
Kali ni v-dania brooch kaler purple. Cantek!
Dah rasmi dah today.
Tapi tak ada pic lah nak tayang.

Sehari dua lagi sampai la kot yang ke 7, 8 & 9. hahahaha

Lepas ni kena stop kejap.

Pokai!! :P

19 October 2011

Tingkap Sopinglah Konon

Tujuan utama pegi QB malam tadi adalah nak membeli menda alah ini.


Al maklumlah, mata dah rabun. Kalo pakai spec mata nanti jadi kurang vouge. haha 

So menggagahkan diri pegi jugak memalam semalam sebab stok lens kat umah sudah abis. Lens yang tengah pakai ni tak sampai sebulan lagi pun, tetiba boleh buat pedih-pedih mata pulak dah. Nak tak nak kena pegi carik jugaklah semalam. Kalo tak asyik berair ja mata.

Dan.

Tetiba rasa macam nak cari seluar slack itam selai. Seluar dedulu semua dah tak muat. Kain dia kecut agaknya! hahaha Takmo ngaku badan kembang tu!

:: Murah-murah sajo ::

Dan memandangkan handbag sedia ada seperti sudah tak best, terbeli pulak yang baru. Act beg ni baru jugaklah beli masa bulan 3 aritu. Bagi saya design dia cantek dan sedap digalas. Tapi material dia tang belakang tu tak tahan. Terkeluar-keluar abis kulit pvc dia. 

Dah la masa beli dulu new arrival,tak ada diskaun, rasa macam eiii sayangnya beg ni tak dan setahun pun pakai, dah cacat.



 Digantikan dengan yang ini. Beli yang ala-ala kasual je buat pakai keluar jalan-jalan.


Saya tak bawak handbag pegi keja. Rimas.

Saja je tak close up beg ni.
Tak ada barang lagi dalam dia nampak pelik sikit.
Kalo dah kembung nanti should be oklah kot.

Husband kata macam beg nenek-nenek.
Tak kisahlah. Janji i loike! Diskaun 50% u!

Dan penutupnya adalah.

Tup tap tup tap.

Kasut kayu. Bestlah!


Lepas tu kalutlah balik umah sebab Naim dah melabur!

Diaper pun tak bawak spare sebab plan nak pegi kejap saja. 
Memang kejap je pun tapi dah time tu jugak dia nak termelabur nak buat cemana kan. 

Cha alif but!