Malam Jumaat baru ni pegi makan kat Restoran Kapitan, Tanjung. Kapitan situ standardlah, memang ramai orang. Tiada pic kitorang di lokasi sebab sebagai seorang blogger baru, saya masih malu-malu kucen untuk snap-snap pic depan orang. Kahkahkah
Restoran Kapitan ni saya & husband memang kerap pergi masa zaman bercinta dulu-dulu. Menu favourite adalah cheese nan. Boleh dikatakan every week pergi makan kat situ kalau husband ada di Penang. Dulu cinta PJJ sebab husband (dulu bf la eh) bekerja dalam bidang Oil & Gas, so tempatnya of courselah kat tengah laut nun. Lepas makan tu mesti melepak di Padang Kota Lama, sembang-sembang.
Masa pergi makan baru ni pengunjung adalah ramai. Tapi still ada tempat duduk lagi masa kitorang sampai. Then makanlah kan. Bila dah habis ja makan cheese nan tu husband saya bangunlah pergi basuh tangan, bayar sekali kat cashier. Dalam masa yang sama ada 4 orang baru sampai tengah cari tempat duduk. Boleh pulak mamak Kapitan ni suruh 4 orang tu tunggu tepi meja kitorang nak chop tempat yang kitorang tengah duduk tu. Kitorang punya air pun ada 3/4 lagi belum habis. Memang cilakak betul. Mengkelan saya habiskan air tu. Tak menyempat nak suruh orang balik. Nasib baik mood tengah ok.
|
:: Kapitan - **Pic Google :: |
Lepas habis makan singgah playground kat Padang Kota sekejap, sempat posing-posing sikit then terus balik rumah.
|
:: Anak abah :: |
|
:: Naim tak nak lepas benda alah jongkang-jongket spring ni :: |
|
:: Posing terpaksa :: |
|
:: Budak ni tengah seronok :: |
|
:: Tata!! Naim sudah mau pulang :: |