03 August 2014

Birthday Naim & Goodies Pack@Bag

Happy Birthday to our big hero NAIM!

Birthday Naim yg ke 4 (30/7/14) jatuh raya ke 3 baru ni. 
Sama dengan hari abah dia kena naik kapal semula.
Agak last minit plan jugaklah beli kek ni.
Maktok yang iya-iya suruh beli kek.
Maktok jugaklah yang pi beli kek kat Secret Recipie Egate sana. heheh

Sempat jugaklah abah Naim cari patung Ben10 sekoq kat Tesco habuan nak letak atas kek. 
Buat syarat sebab banyak kali dah dia bagitau nak kek Ben10.
Maklumlah anak teruna tu tgh musim taksub dgn Ben10.
Sliper, botol air, baju semua nak Ben10.
Sebenarnya kek pun dia mau yang ada gambar Ben10 kat atas tu tapi musim raya ni orang buat kek pun balik kampung ler.
Tak sempat nak tempah.
Kalau beli kat kedai kek biasa tu macam tak sedap ja.






Memandangkan dekat sekolah depa tak sambut besday, maka ibu buat goodies pack saja la.
Selalunya depa potong kek kat sekolah.
Tapi utk yang besday bln 7 & 8 depa sambut kat taman burung masa buat lawatan nanti, maka kek tak payah bawak.
Ya la sapa pulak nak usung kek semua bagai pi taman burung tu kan.

Untuk goodies packs ni ibu buat 100 bungkus.

Dalam tu letak : 

••■•• Air kotak Drinho (teh bunga) ~60sen
••■•• Oreo 3pcs ~ 80sen
••■•• Kitkat 2 fingers ~ 70sen
••■•• Cloud9 wafer ~ 26sen
••■•• Chupa Cups lolipop ~ 40sen
••■•• Belon 2pcs ~ 13sen
••■•• Mini wisel ~ 50sen - 65sen

Total barang dalam tu lebih kurang rm3.50.


Prefer barang makan macam biskut or coklat sebab saya tak berkenan bagi budak-budak makan keropok semua tu.
Selalunya kalau Naim bawak balik umah pun memang dia tak makan sangat keropok merepek-merepek tu.

Kalau nak bagi orang makan tu biar bagi betul-betul orang kata.
Macam mana kita bagi anak kita makan macam tu la jugak eloknya kalau nak bubuh bahan dalam pack bagi kat anak orang pun. 
Jangan takat buat lepas batuk kat tangga.
Kalau gitu lebih baik tak payah bagi.
Tak pun boleh kurangkan jumlah item asalkan dapat something yang memang budak-budak boleh makan.


Opppsss lupa, ada tambahan beli clear plastic rm4.50 sebungkus dan kad kecik saiz namecard tu pun rm4.50 ada 100pcs.
Tulis sendiri pakai tangan ja 'Naim is 4'.
Metalic marker macam kat bawah ni pun beli kat Tesco ja, 3 batang ni rm5.40.


Untuk cikgu-cikgu kat sekolah saya bagi mug saja.
Letak benda alah yang sama jugak dengan goodie pack utk kawan-kawan dia.
Then letak ja dalam beg macam orang bagi time kenduri kahwin tu.

Kos utk mug ni rm7.80 kat Tesco.
Pendek kata kebanyakannya beli at Tesco gitu :P
Saya buat 7 bijik mug cenggini sebab cikgu dia ja ada 6 orang kalau tak silap.
Buat lebih 1 in case tak cukup.
Lebih tak apa.


Hadiah Naim pun tak plan nak beli sebenarnya.
Kebetulan singgah Aeon Qbay tu ternampak beg Ben10 ni.
Beli saja la kot sebab tau dia mesti suka punya ;)
Lagipun tak mahal sangat.
Baru rm49.90.


Kasik dia semangat sikit nak bangun pagi-pagi pi sekolah.
heheh
Tata!

27 March 2014

Pariss Hotel, Skudai

8 Feb 2014 (Sabtu) hari tu kitorang dah start cuti-cuti Malaysia.
9 hari 8 malam kau. Amikkkk
hahaha

Memulanya plan nak pegi tempat yang boleh naik flight.
Sebab nak bawak Naim merasa naik flightlah kononnya.
Dulu-dulu naik masa dia baby lagi so dia dah tak ingat.

Punyalah survey.
Nak ke Langkawi asalnya tapi sebab nak cuti seminggu takkan nak duduk pulau tu sampai seminggu kot.
Jenuh mati kebosanan.
Lepas tu survey KK pulak.
Macam mahal la pulak bila pikir ke ongkosnya.
Tambah pulak husband nak kena spend untuk lawyer fee sebab beli rumah.
So cari yang save-save sikit.
Nak dekat 2 minggu punya gila survey.
Last-last ke Johor kita!
Main place haruslah Legoland!

8hb tu tak abih packing lagi sbenarnya.
Tup tap tup tap pukul 6 petang baru gerak dari rumah.
Lapar punya pasal singgah makan kat Kulim dulu.
Jalan pun rilex-rilex ja sebab hotel kat Skudai tu booking 9hb hari Ahad.
Kononnya nak stop Ipoh sebab co-pilot dah ngantuk sangat.
Tapi memandangkan drivernya ok lagi maka terus ja jalan sampai Senawang N9.
Sampai sana pukul 2 pagi gitu.
Cari hotel bajet sajo sebab nak tido sekejap ja pun.
Jumpalah hotel baru jugak sebelah kiri bila masuk susur keluar Senawang tu.
RM120 utk king bed.
Oklah not bad.
Hotel baru.
Facilities pun bau best ja.

Esoknya 9hb berangkat ke Johor.
Pun jalan relax-relax jugak.
Sampai sana pukul 3 petang gitu.

Memusing jugak carik jalan ke hotel.
Google map mengong, padahal dah nampak dah hotel tu depan mata.
Dok Pariss hotel u!
Tak pi Paris dok Hotel Pariss pun kira oklah jugak khennnn. Haha
2 malam kami dok sini.







Hotel ni 3 bintang kalo tak silap.
Yang penting ada kolam.
Dah ada anak ni hotel kena ada kolam.
Baru complete.
Kasik depa syok main air.



Kolam dia kecik ja tapi memandangkan bukan masa cuti sekolah atau weekend, maka tak ada orang pun kolam tu melainkan kami sefamily sajo ;)
Heaven!



Ini pic 1st day, ibu depa tak mandi.
Warm up ja dulu.
Amik-amik pic ja.
Esoknya baru join mandi sakan ;)

Pariss hotel ni saya book thru website dia sebab thru Agoda dll tak ada family room.
Katil biasa macam tak berapa nak selesa menampung 4 orang.
Jadiknya amik Family Jumbo Room.
Serius sangat berbaloi.
RM202/nite.
Katil dia lebar 8 kaki.
Selesa sangat untuk 4 orang.




Katil paling besar sepanjang sejarah dok hotel.
So kalau yang plan nak ke Legoland tu bolehlah pikirkan untuk menginap sini.
Nak ke egoland pun taklah jauh sangat.
Lebih kurang 20 minit macam tu ja.

Tapi tang breakfast tu biasa-biasa saja ler.
Basic-basic gitu
Pada saya still ok ja sebab lepas pada tu kitorang ada plan ke hotel lain yang dirasakan lebih best tang makananya.
So oklah, balance blk ;)

13 January 2014

Taraaaaaaaaa :P

Lama betul tak update blog kan?
heheh

Mood bukan ke laut dah la ni.
Tah ke mana-mana hala pun tak tau.

Seminggu dua ni bizi dengan anak pulak.
Kesihatan yang kurang memuaskan gitu.
Memula hari tu Naim demam kot.
Habis Naim sambung Medina pulak.
Dah tu dengan ibu dia sekali sampai tersumbat-sumbat hidung seminggu lebih selsema.
Dah tu boleh Naim sambung balik.
Ni Naim dah ok Medina punya batuk datang balik.
Nasib baik demam dua hari ja.

Tu la macam-macam tara nak besar.
Harap-harap lepas ni tak ada yang menyambung virus pulaklah.
Penat weh nak bagi anak makan ubat.
Sekali nak makan jenuh, macam nak perang.
Duit ubat tak kira lagi tu.

Walaupun ada panel klinik utk opis tapi serius tak konfiden.
Sebab dorang selalunya bagi ubat tak ikut dos yang betul.
Macam specialist budak-budak yang selalu pegi tu bagitau la.
Dos kena ikut umur, berat.
Kalau bagi dos tak cukup, makanya tak cukup la utk ubat tu nak lawan penyakit.
So makan ubat tu sesia sajo ler.
Makanya start Naim 6 bulan kot kalo tak silap memang kalo demam ja tuju situ dulu.
Kecuali kalau memang dah tak ada ubat or hari Jumaat klinik tu tutup baru cari klinik lain.

Sebenarnya banyak benda nak story.
Especially bab Naim masuk tadika.
Tapi tu lah.
Mood oooo mood.
Mana kau :P