Awal-awal ni rajin la nak buat entry hari-hari. Sanggup tak keluar lunch ni, tp td breakfast lambat so sekarang rasa kenyang lagi.
Blog saya mungkin akan lebih kepada cerita my lovely hero - Muhammad Naim. Almaklumlah bila dah ada anak, perkara lain jatuh nombor 2. Kebanyakan drpd entry mungkin akan berkisar tentang perkembangan semasa dia.
Nanti-nanti senang la kalau nak review balik perkembangan dia step by step. Ni pun dah ketinggalan 9 bulan. Sekadar mana yang ada dalam ingatan saja, bila tak ada catatan tak ingat la actual time, place, ect.
Masa tengah pregnant haritu saya pernah create 1 blog tapi lama dah tinggal sampai password pun dah tak ingat. Kononnya hari tu nak buat diari perkembangan drpd awal pregnant. At last blog tak berkembang, benda lain yang kembang. Haha
Saya mula minat baca blog masa dok buat persiapan kahwin dulu. Yelah kan, cari idea pelamin, baju kahwin, make up, hantaran, ect. Pendek kata, masa tu serba-serbi idea boleh dapat melalui blog. Lepas dah kahwin, start pregnant gila search pasal pregnancy & baby la pulak.
Nanti bila ada kelapangan, nak buat entry untuk kawan-kawan yang nak buat persiapan untuk terima babylah! Especially 1st baby. Apa yang "Do & Don't" berdasarkan pengalaman saya. Sangat teruja nak cerita bab-bab baby.
Untuk ibu-ibu baru, kadang-kadang kita terlampau teruja nak sambut baby, yelah tak ada pengalaman kan. Semua benda rasa chumel, semua benda rasa nak kena beli. Saya pun tergolong dalam group yang sama. Nanti saya update pasal ni eh.