12 June 2011

Selamat Hari Bapa, Abah, Ayah, Papa, Daddy

Walau apapun panggilan kita kepada mereka, bapak, abah, ayah dan sebagainya, bagi setiap anak, bapa adalah antara insan yang paling dikasihi selain daripada ibunya. Bagi seorang bapa, kasih sayangnya tak dizahirkan secara nyata. Kadang kala bapa tak ucap dia sayangkan kita, tapi kalau diimbas-imbas semula, berapa orang yang sedar hanya dengan perbuatan yang menggambarkan betapa sayangnya dia kepada kita. Bapa sentiasa menjadi tonggak dalam mencari rezeki buat keluarga. Mahu memberi hanya yang terbaik buat anak-anaknya. Setiap keperluan dan kehendak kita dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Berusaha selagi ada daya.

Sebagai anak, saya mengaku saya malu mengucapkan kata-kata yang menggambarkan betapa sayangnya saya kepada dia, tapi sehingga saat ini saya masih berusaha membuat yang terbaik setakat mana yang saya terdaya. Saya masih berusaha untuk tidak sekali-kali mengecilkan hatinya. Hakikatnya kita tak nampak secara nyata saat hatinya terluka dengan kelakuan-kelakuan kita bukan? Kerana dia pandai menyorok emosi, lahiriah seorang yang bergelar lelaki & bapa.

Bila dia bergelar bapa, di tidak mengharapkan sebarang balasan berupa wang ringgit dan harta benda daripada anak-anaknya. Cukup sekadar anak-anak mendengar kata dan tidak menyusahkan hatinya. Abah saya adalah idola saya. Saya janjikan yang terbaik selagi ada hayatnya dan hayat saya. Saya sayang abah saya!!


Selamat Hari Bapa kepada abah Naim, husband saya. Semoga menjadi idola buat Naim & bakal adik-adiknya. **Ayat macam ramai ja yang bakal menyusul. Haha


Selamat hari Bapa juga buat abah saya & bapak mentuaku yang dipanggil abah juga.

:: Kiri tu abah saya, kanan bapak mentua. **Sweet pic ni ::

Saya sayang kalian semua.