28 June 2011

Persiapan Kawen Part 1

Tengah belek-belek folder dalam desktop tiba-tiba terjumpa pic borang nikah saya hari tu then terus rasa nak update bab kawen pulak.

Buat persiapan kawen sendiri adalah antara moment yang paling sweet dalam hidup kita kan? Pengalaman sekali seumur hidup yang akan diingati sampai bila-bila. Perkara yang nampak simple tapi kerenyahannya hanya orang yang merasa akan tau keadaan sebenarnya. Betul kan?

Saya bertunang dengan husband bulan 1 tahun 2009 (tarikh tak ingatlah. Haha) Masa tu buat secara kecil-kecilan ja, panggil family semata-mata. Kawan-kawan pun tak dijemput.

Masa perbincangan family tu semua dah sepakat nak buat majlis pada bulan 10 tahun yang sama. Masa tu husband kerja off shore lagi, so plan kena selari dengan masa dia balik Malaysia. Lepas dah bertunang, baru start survey persiapan untuk majlis kawen. Yalah kalau belum ada ikatan apa hal nak pegi survey kan. Entah betul entah tak. Bila dah bertunang baru nampak sikit komitmen dan kesungguhan kat situ.

Masa nak kawen dulu kebetulan saya dapat rezeki terpijak. Wah terpijak eh. Haha. Sebenarnya taklah terpijak sangat pun. Masa tu kalau sesapa yang masih ingat, tahun 2009 dorang 1st time buat peraduan Jutawan Powerroot. Adik saya yang nombor 3 tu rajin kumpul penutup tin air brand Powerroot ni. So saya pun hantarlah dalam 30 borang penyertaan sekaligus. 1 borang kena sertakan 10 penutup tin, means kena beli 10 tin minumanlah.

:: Farah AF tu kalau tengok real adalah sangat chantek ok. Dan ramah jugak ::

Masa ni tiap-tiap bulan dorang akan buat cabutan. Hadiah utama cabutan bulanan RM10,000 sijil simpanan premium BSN. Saya tak menang pun cabutan bulanan.

Rezeki nak kawen agaknya, menang cabutan akhir. Means semua penyertaan sepanjang tahun 2008 tu dorang gabungkan dan cabut nama 10 peserta untuk ke peringkan akhir. Hadiah utama adalah sijil simpanan premium BSN RM1 juta ok!! Tapi of courselah saya tak dapat sejuta tu, kalau tak dah lama famous dah. Haha Tapi bersyukur jugaklah, 9 peserta lain bawak balik sijil simpanan premium RM10 ribu. Sapa nak bagi kan. Banyak jugak tu walaupun tak sebanyak 1 juta.

Panjang betul penerangan pasal pertandingan ni eh.

Oklah berbalik kepada persiapan kawen. Ini just untuk bacaan dan panduan berdasarkan pengalaman saya bagi mereka-mereka yang nak plan wedding dorang sendiri dengan bajet yang minima tapi impak maksima!

Kalau yang sedia kaya, of courselah tak payah pening-pening dah buat persiapan sendiri. Hire ja wedding planner. Mudah dan cepat disamping tak menserabutkan kepala.

Mula-mula sekali, kena ada :-
  • Pen
  • Buku Nota
Kena catat, apa keperluan sebelum/semasa/selepas majlis tu nanti seperti :-
  • Tema - konsep, warna
  • Bajet
  • Kad Kahwin - design, jenis, tema, warna
  • Jamuan Makan
  • Senarai Jemputan
  • Khemah - including :- meja, kerusi, alas meja, dekorasi khemah
  • Pembantu
  • Tanda Arah
  • Meja Pengantin - backdrop, kerusi, dekorasi meja, makanan,
  • Kek 
  • Cenderahati - goodies bag ect
  • Pakaian - akad nikah, berinai, kenduri, bertandang, outdoor, family
  • Aksesori - veil, brooch, rantai, kasut, payung, bunga tangan
  • Hantaran - mas kahwin
  • Pengapit - lelaki, perempuan
  • Pelamin - bunga telur, peralatan
  • Kompang
  • DJ
  • Marhaban, Tahlil & Khatam Al-Quran
  • Jurugambar dan Video
  • Borang Permohanan Kahwin - temuduga, HIV test, ect
  • Kursus Kahwin
  • Honeymoon of course!
Huraian meh kita sambung kat part seterusnya. Baru nampak proper sikit. Kalau sambung kat entry ni sekali nanti berjela-jela & serabut.