10 June 2011

Gearbox

I love cats so much. Ini adalah my current cat, Gearbox. Harap-harap panjang lagilah umur dia. Saya import dia dari Guar Perahu pada April 2008. Masa tu dia muda belia lagi. Masih aktif. Lompat sana, lompat sini memang tak duduk diam punya. Tiap-tiap malam tido dalam bilik saya sekali ok. Sekatil. Lepas dah kahwin pun still tido sebilik jugak. Tapi dia tak nak kacau line, so dia tido kat lantai ja. Haha

Masa mengandungkan Naim ada jugak baca orang pregnant tak bagus duduk dekat-dekat kucing apatah lagi bawak kucing tido sekali kan. Tapi tak bolehlah, tak sampai hati nak biar dia tido sekor-sekor so dia still tido sekali jugaklah. Bila Naim dah keluar, masa dalam pantang tu dia sendiri yang asyik datang dekat-dekat Naim. Masa ni saya tak tido dalam bilik lagi, tak larat naik tangga. Tido kat hall ja. Rasanya sepanjang saya dalam pantang tu 24 jam Gearbox ada tepi katil Naim, tak pegi ke mana dia. Kalau naim tido buai, ada ja dia kat bawah buai tu. Sweet ja.


Sekarang Gearbox dah tak aktif nak main-main sangat. Maklumlah dah nak masuk zaman vateran. Tapi still suka duduk dekat-dekat Naim. Tapi saya dah tak bawak dia tido sebilik dah. Ya lah ruang dalam bilik tak sebesar hall, so peredaran udara terhad. Nanti kesian Naim dok hidu bulu kucing pulak.


Gearbox ni suka jalan merata. Selalu p tumpang makan kat rumah jiran saya. Anak jiran belah belakang tu rajin, siap korek-korek telinga dia lagi. Bila balik rumah tengok dah bersih ja telinga dia. Tapi tak tau pulak sapa pulak yang rajin potong misai dia. Misai kucing ni sebenarnya tak boleh potong tau sebab bila kucing nak lalu satu-satu lubang atau kawasan, misai ni berfungsi sebagai pembaris untuk dia.

Kalau muat lebar misai, maknanya perut dia pun muatlah nak masuk especially dalam satu-satu ruang yang sempit. So sila janganlah susah payah pergi trim-trim misai kucing ok. Kesian dia.

:: Muka blurrr ja ::



Budak kat bawah ni pun mewarisi saya. Pantang betul nampak kucing cepat ja dia nak terpa. Naim panggil 'Tet'. Kita ajar cakap 'cat' dia jadi 'Tet' jugak sampai ke sudah. Tet pun tet lah Naim.

:: Tengah aim nak serang Gearbox ::

:: Yearggghhh serang ::

Sebelum-sebelum ni kucing saya semua warna hitam pekat. Gearbox ni kiranya warna barulah dalam generasi kucing yang saya bela. Saya tak suka bela 2 ekor kucing sekali gus sebab nanti kasih sayang akan terbahagi-bahagi. Nanti dorang tak dapat cukup kasih sayang. Hahaha. Boleh macam tu?

Dalam satu-satu masa saya hanya ada sekor kucing ja, lepas dah hilang tu (kebanyakan kucing saya hilang! Tak tahu mati ke orang ambik) baru saya cari kucing baru. Sebelum Gearbox, kucing saya nama Osman. Sebelum Osman, nama Osman jugak. Sebelumnya pun Osman lagi. Haha 3 generasi kucing saya memang namanya Osman. Lepas dapat kucing baru ni baru letak nama Gearbox. Bapak saya yang kasi nama ni lepas kitorang panggil macam-macam nama kat dia tapi dia buat dek ja. Tau-tau lekat pulak nama Gearbox ni.

:: Kusyuk menggaru tak toleh kiri kanan dah ::

:: Gigih nak tarik ekor Gearbox ::
Pesanan untuk Gearbox : I love you so much lagi tau until sekarang. Mmmuahhhh 23 kali!!!