08 June 2011

Cooking-cooking

Semalam adalah hari rajin memasak. Buat gulai ikan a.k.a kari. Taklah sedap sangat pun tapi still boleh makan. Kan en husband?? Hahaha

Meh Chef Wan nak bagitau macam mana nak masak.

Mula-mula kasi panas minyak dulu.

:: Panaskan minyak ::

Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih sikit, halba campur & daun kari.


Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari. Ikut suka nak beli cap apa pun.


Sambil masak tu sambil jenguk-jenguk budak kecik yang dah botak ni kat hall. Nampak dia tengah pegang-pegang buai sambil tersengguk. Ngantuklah tu. Terus ambil kamera snap pic dia. 



Lepas 2-3 kali snap tiba-tiba bau pelik ja kat hidung. Rempah saya sudah hangit. Hahaha. Ambik...

:: Inilah rupa rempah yang dah hangit. Haha ::

So, harus ulang baliklah step-step awal tadi. Sampai dah pecah minyak, masuk santan pulak. Kalau still pekat tambah air sket eh. Then masuk air asam jawa.


:: Ini air asam jawa ::

Siapa suka pedas, boleh letak cili api sikit.


Lupalah nak snap pic bendi. Ada sesiapa tak kena rupa bendi ke??? Sila google.

Masukkan bendi. Lama sikit lepas tu masukkan tomato.


Last sekali baru masukkan ikan. Ikan apa eh yang ni? Saya pun tak tau. Yang tau ikan ketul ja. Haha
Ada orang masukkan bendi & tomato last sekali. Pun boleh jugak. Ikut suka. Saya suka masuk ikan last sebab ikan ni kalau lama sangat dok dalam periuk nanti cepat hancur.


Jeng jeng jeng. Sudah siap. Sila jangan terpedaya dengan pic eh. 

:: Kari ikan saya ::

Then buat sayur campur. Sekarang tiap-tiap hari ada brokoli dalam fridge, hari-hari letak dalam Naim punya bubur. Bagi mata dia biru sikit makan sayur mat salleh.


Lepas tu goreng ikan bawal & buat sambal belacan. Pic sambal belacan tak ada sebab ada orang dok gelak-gelak bila saya dok snap pic time masak. Kahkahkah.


Sekian laporan menu untuk dinner semalam.