Actually, ni cerita last weekend. Tapi memandangkan weekend tu & minggu ni adalah agak ke'busy'an dengan exam, (semput dah dengar perkataan exam dalam 2 minggu ni) maka hari ni baru sempat update pasal entry ni. Sila jangan terpedaya dengan perkataan 'busy' saya eh. Bukannya busy baca buku atau nota. Busy tengok tv, busy mentenet ja.
Untuk paper I tu, esoknya nak exam, malam tu pukul 11 malam baru nak baca buku. Boleh?? Haha Baca sejam ja, lepas tu tido dulu ngantuk. Pukul 3 pagi bangun pulak sambung baca lagi sampai pukul 5. Sempat lagi sambung tido sampai nak dekat pukul 7. Akibatnya, pagi-pagi tu masuk jamban pun bawak nota. Kahkahkah
At last, apa yang ditarget semua tak keluar. Baru ada akal, padan muka. Haha
Masa paper II lagilah teruk. Kononnya nak buat macam semalam tu jugaklah. Hmm hampeh. Pkl 11 dah menguap haw haw. So, harus tido dululah kan. Nak membaca time mengantuk lagilah tak masuk kepala otak. Pukul 3 pagi bangun jugak, bukan tak bangun. Baca 5 minit ja. Tak tahan mata wooo. Sambung tido balik sampai pukul 4. Lepas tu bangun lagi, baca 5 minit, mengantuk jugak. Tido lagilah jawabnya.
Sampai pukul 6 tu, nak tak nak kena bangun jugaklah. Kalau tak memang konfem dapat telo nanti. Baca nota dalam sejam, haha memang gilalah. Baca bab 1, dok jeling bab 2 tak baca lagi. Baca bab 2, dok tengok bab 3 pulak sampailah ke bab-bab yang seterusnya. Last-last dah tak tau nak baca yang mana dulu. Lagilah padan muka. Buat lagi study last minute! Tapi dah lahiriah macam ni. Susah dah nak ubah tabiat. Heheh.
Oklah kita berbalik kepada cerita last week, hari Sabtu 11 Jun lepas.
Haruslah dimulakan dengan pic anak teruna saya yang dah tak menyempat nak pegi jalan dah tu. Sekarang ni kalau tengok ibu dia dah bersiap pakai tudung mata tu tak lepas tengok kita, takut kita tinggal dia. Macam tau-tau ja nak keluar. Tambah pulak bila dengar abah mula start kereta, kepala dia panjang ja nak jenguk keluar.
:: "Abah, tunggu Naim!!" :: |
:: Kalau dia dah masuk dalam kereta tu jangan mimpilah nak amik dia keluar dah. Kalau semua orang keluar sekali takpa :: |
:: Pheewiiitttt :: |
Sampai ja rumah kenduri, haruslah makan dulu kan. Pic ni bukan nasik saya. Husband makan dua-dua. Mana ada orang makan nasi tomato @ briani dengan ikan rebus cicah air asam kan? Apadaaa.. Haha
Oleh kerana husband dah tolong amik, yalah kang sapa nak pegang Naim kan, so tak boleh nak complain banyak-banyak.
Lepas tu Kak Ida a.k.a Kak B, officemate saya bagi nasik putih yang ada balance lagi masa dia amik nasi tambah. Haruslah ayam masak merah tu dah tak laku kalau dah dapat ikan cicah air asam. Lauk tu pun dah cukup.
Dah kenyang, masuk posing-posing sekeping dua dengan pengantin guna dorang punya official photographer. Husband lepak luar dulu lepas makan tu, lupa nak ajak dia masuk sekali. Haha Hasilnya tak ada lah pic pengantin kat kamera saya masa hari kenduri tu. Mana nak usung Naim mana nak pegang kamera gedabak tu kan. So copy pic dorang pun dari FB official photographer ajalah.
Kedua-dua pengantin adalah officemate saya sebelum ni. Chenta dorang mula berputik dalam opislah kiranya. Dari jeling menjeling, terus jadi usik mengusik & terus terusik. Haha
**Pic FB - Wahh baru perasan Mie ada lesung pipit :: |
Kenduri kitorang pegi ni kat Kepala Batas. Kebetulan pulak hari yang sama FIL nak pegi melawat adik ipar saya kat Matrik Pongsu Seribu, so kitorang join sekalilah since tak ada apa-apa planning dah petang tu. Sebelumnya singgah beli KFC kat pekan Sungai Dua dulu. Dan beli kek juga untuk birthday girl!
:: Naim dok bodek Tokwan suruh bawak dia jalan-jalan :: |
:: Waahhh Naim dah chopp dululah :: |
:: Ibu makan ayam, Naim makan kotak ja. Hahaha :: |
:: Photographer yang dah kenyang :: |
Lepas habis makan-makan, singgah Seberang Jaya kejap melawat kedai baby kat area situ. Tapi tak ada apa yang menarik pun. Barang semua sama ja harga dengan Jusco & Sunshine bila time tak ada offer.
Saya lagi suka beli kat Peekaboo, sebab dah jadi ahli & ada diskaun bila-bila masa pun!! I loike.