09 June 2011

Baju Raya vs Baju Kerja

Orang perempuan ni standardlah kan. Selalu gila dengan baju, kasut, tudung dan seangkatan dengannya. Tambah-tambah sekarang ni macam-macam alternatif untuk membeli yang ada. Bukan setakat kat kedai, kat blog, fb semua ada. Semua di hujung jari. Cepat dan pantas.

Saya adalah salah seorang yang sedang gila shopping online especially kain pasang. Suka beli kat Aiida Textile sebab dorang punya kain adalah sangat chumels terutama yang shifon-shifon tu. Harga pun ok. Yang tak oknya bila nak upah, of courselah jadi berdouble kan. Shifon dah beli 4 pasang, dah hantar ke tailor pun, bulan puasa nanti baru ambik. Kalau ambik awal-awal ni memang tak jadi baju rayalah jawabnya.

:: Shiffon. Chumelkan?? Heheh ::

:: Inipun shiffon jugak. Disponsor oleh husband ::

Shiffon lagi 2 tak dapat dikesanlah pic dia. 1 warna coklat kalau tak silap. Cantik. Dah saya pilih kena kata cantiklah kan. Tapi memang cantik pun. 1 lagi warna coklat campur hijau-hijau nak biru. Ala-ala batik. Pun cantik jugak. Haha Semua baju yang saya pilih adalah diklasifikasikan sebagai cantik di mata saya. Haruslah!!

Pic yang kat bawah ni so sweet. Sweet pulak! Tapi sayang jodoh tak panjang dengan dia. Sampai ja kain ni tiba-tiba terperasan ada reject, koyak sikit. So tukarlah. Tapi tak dapat dah lah yang sama macam ni. Boleh tengok pic ajalah.

Lining untuk shiffon tak mahal, RM2.50 ja semeter. So untuk sepasang kain shiffon, tambah RM10 ja untuk beli kain lining dia. Kat Kamdar ada jual. Bagi tahu ja nak lining shiffon. Tapi tu lah, tang upah jahit pulak mahal sikit. Kalau hantar kat tailor maknya (cinalah bukan yang aww tu) lagilah mahal, 100++ dah tentu untuk baju kurung.

:: Tiada jodoh kita ::

Saya tak berapa minat warna biru sebenarnya. I am into pink & purple. Tapi boring jugak kalau asyik tona yang sama aja. So raya kali ni nak buat tema birulah pulak. Tapi ada jugak pink di situ. Tak boleh lari. Dah aura. Baju melayu Naim & bapaknya tak ada masalah, beli siap ja nanti. Senang. Orang lelaki selalu tak cerewet. Kalau orang perempuan ni, selagi tak terletak elok kat badan selagi tu lah rasa tak confident ja. Kadang-kadang saya layankan jugak beli baju siap tapi selalunya tak selesa sikit. Selalu masalah dekat kain. Baju ok, kain pulak ketat. Hahaha. Nak buat macam manakan dah semulajadi spesis cenggini.

Tahun lepas raya tak ada tema. Sebab baru sangat-sangat lepas pantang. Masa tu berat tak turun betul-betul lagi, so sayanglah nak buat baju baru ikut ukuran masa tu. Masa tu dengan sekarang lebih kurang ja. Kahkahkah.  Lagipun masa tu tak teruja sangat nak raya. Masih teruja nak menghadap baby. Masa raya 1st tu Naim baru umur 44 hari. Kesemua baju untuk raya tahun ni ada 6 saja. Macam tak cukup pulak. Lagipun yang ni cover balik untuk last year sekali. Hahaha

:: Cadangnya yang ini untuk raya 1st ::

:: Ini pun untuk raya 1st jugak. Mesti nak menyalin-nyalin kan ::

Dari bulan 3 hingga sekarang rasanya dah 10 pasang beli kain dari Aiida Textile ni. Addict betul lah. Kuda belang kat bawah ni dan sepasang lagi warna merah dah selamat nak dibuat baju. Sedang dalam proses. 2 minggu lagi dapatlah kot. Maka tak sempatlah nak jadi baju raya. Jadi baju kerja!



Yang kat bawah ni nampak pic macam cantik tapi bila depan mata macam tak berkenan. So bagi kat mak saja. Bagi mak saya nampak ceria pulak pakai pinky-pinky sikit. Selalu asyik coklat-coklat ja.


Nota kaki : Masih belum study untuk exam. Uishhh my reading mood, where are u???