26 June 2011

Proton's New Model

Ahaks. Ada yang tertipu dengan tajuk ke? Haha

Jangan mare. Ini kereta baru Naim. Semalam beli kat Jusco Queensbay. Murah-murah ok. RM32 saja. Oleh kerana ibu Naim ada kupon Jusco RM10, so tambah RM22 saja lagi. Kereta macam ni beli murah-murah ja cukup, ala lama mana sangat dorang nak main kan. Since kualiti pon ok, proceed ja.



Lepas tu sajalah try-try baju melayu kat tepi rak tu. Lawak betul tengok muka Naim time ni. Asal letak ja baju ni kat badan dia, dan-dan dia buat muka macam model dok tengah pose. Hahaha plawok plawok


At last beli warna selangor, merah kuning. Warna yang display tu cantik tapi dah habis. Tak nak lah amik yang display, berapa banyak tangan dah menerai kan. Tak best.

Balik rumah ja terus pasang. Then Naim apa lagi, terus drivelah! Siap bunyi-bunyi lagi mulut dia bila bawak kereta tu. Tapi asyik masuk gear reverse ja memanjang!


:: Lari kenet lari! ::