Selalu saya lambat update aktiviti especially bila weekend kan. Bila nak update saya kena duduk sorang-sorang. Pastikan tak ada orang menempek tengok apa yang saya tengah taip. Kena concerntrate, kalau tak, macam ni lah. Dah nak habis minggu, baru nak update. Yalah, mana ada masa nak duduk sorang-sorang kalau dah kat rumah kan, mamat kecik tu konfem duduk tak diam punya. Macam-macam pe'el sekarang.
Last Saturday pegi kenduri akikah cucu kepada bekas officemate saya kat Permatang Damar Laut. Cucu sulung, tu yang Tokwan sayang sangat. Tambahan pulak nak dapat rezeki tu terlambat sikit, bila dah ada ni memang seronok tak terkata. Pantang bunyi ja baby tu, cepat ja Tokwan dia nak angkat. BTW, baby diberi nama Ali Imran Muhammad. Unik sikit sebab Muhammad dia kat belakang. Selalu orang letak depan.
Makanan adalah sedap. Saya suka, kurma kambing. Lembut pulak tu. Tiada pic yang disnap-snapkan sebab kenduri tak berapa ada orang dah time tu, segan la nak klik-klik pulak.
Lepas tu lepak-lepak kejap tepi pantai kat Tanjung Asam. Ramai jugak orang hari tu. Ada yang mandi-manda. Ramai jugak yang memancing. Ombak kuat masa kitorang sampai tu. Seram tengok sebab saya dah alergik dengan air, especially air sungai dan laut sekarang ni lepas satu peristiwa masam-masam manis yang saya rasa macam tak sangka usia saya masih panjang.
Saya ingat lagi, masa tu dalam tahun 2007-2008. Kitorang kat opis buat aktiviti, lebih kurang family daylah. Lokasi adalah di Arus Deras, Sungai Sedim, Kulim. Berkelah sambil berBBQ, sukaneka sikit-sikit. Masa tu opis tak ramai orang lagi, belum combine dengan unit yang sedia ada sekarang. Staf masa tu dalam 16 orang ja. Sekarang dah 30++.
Pagi-pagi dalam pukul 8 kitorang dah gerak dari Penang. Dalam 1 jam dah sampai kat tempat berkelah tu. So, cari tapak yang sesuai, bentang-bentang tikar & keluarkan makanan. Dah berkelah, BBQ wajib ada lah kan. Sejuk-sejuk mandi, dapat pulak makanan panas-panas, fuhhh nikmat. Lepas dah setup tempat semua, apa lagi, berendamlah.
Sambil berendam sambil mengunyah. Dalam 7-8 orang jugak yang berkumpul bahagian kat tepi sungai tu. Kiranya dalam airlah, tapi kat bahagian tepi. Jarak lebih kurang 1.5 meter ja dari tebing. Saya dok ke tengah sikit time tu, tapi tak jauh pun dari group. Kalau sua tangan tu boleh capai doranglah. Tiba-tiba ja terasa macam badan dah kena tarik dengan arus. Saya try berenang, tapi makin lama rasa makin nak lemas. Asyik tenggelam timbul ja. Dahlah sedia berat, seluar pun berat jugak.
Then sorang officemate lelaki ni try tarik saya. Dalam dok tarik-tarik tu dua-dua tersedut masuk dalam arus jugaklah. Arus air sungai bukan ke tengah, tapi ke bawah. Dia tarik kita masuk dalam air. Bila terlepas dari pusaran air tu, naik darat kejap. Sambung makan-makan bagi hilang trauma. Tapi insafnya kejap ja.
** Pic Google - Sungai Sedim |
Tak dan sejam, cross pulak bridge atas sungai tu beramai-ramai pegi ke bahagian balik sana sungai, belah atas sikit. Yang dewasanya cuma saya ngan Kak Ida. Then Aireen, anak officemate, masa tu dia sekolah menengah & anak-anak Kak Ida yg sekolah rendah masa tu.
Plan asal kononnya Kak Idalah nak belajar berenang. Balik sana sungai tu terlindung dengan batu besar dari tempat yang kitorang letak makanan ni. Dorang yang dok tengah makan tu memang tak boleh nampak kitorang kat situ. Air belah sana tu, tepi-tepinya memang cetek takat lutut, boleh nampak pasir kat bawah. Tapi tengahnya, Masyaallah. Nak turun pun kena turun ikut tepi, tak boleh terjah tengah terus.
Tengah kitorang berenang-renang ala-ala anak katak terlepas tu tiba tiba dengar air berkocak kat bahagian tengah. 2 orang anak officemate ni, sorang nama Firzan sorang lagi nama Huzairi kalau tak silap saya. Dorang pegi terjun terus ikut tengah. Yang kitorang ni manalah nak perasan dorang sampai dan terus terjun ikut situ, dok tengah syok-syok mandi.
Dah....
Dua-dua dok terkapai-kapai tengah air terjun tu. Sungai Sedim ni lebar, dengan air deras, bukan senang nak cross tengah-tengah tu. Tambah pulak, semua bukan reti berenang pun. Berenang kat swimming pool dengan air terjun memang 100% berbeza. Yang kitorang kat tepi ni dok lawan menjerit. Orang tak ramai dah masa tu sebab cuaca mendung, dah nak hujan.
At last, dengan bakat berenang ala-ala anak katak ni, saya gagahkan jugak terjah belah tengah sungai tu. Tak sampai hati pulak nak tengok saja walaupun saya pun bukannya pandai berenang. Tambah pulak air terjun.
Selangkah ja dari tempat kitorang dok menjerit-jerit tu, terus kaki saya termasuk belah air yang dalam. Memang tak terasa dasar dah masa tu. Memang tawakkal saja masa tu. Kuak-kuak sikit, dapatlah capai si Huzairi ni. Masa ni dia baru darjah 6, tapi badan semangat. Dalam masa yang sama dok bertahan sebab dok kuak kaki tapi tak tergerak ke tepi. Arus air lagi kuat tarik kitorang ke tengah.
Masa capai ja tangan saya, terus dia nak berpautlah of course, dah lama terkapai-kapai dok telan air. Sampai satu masa, dalam hati saya, memang tak panjang umur kitorang ni karang. Dia still dok berpaut, yang saya dah tak larat dah nak kuak kaki sambil dok tampung berat dia lagi. Rasa dah nak tenggelam. Kak Ida ngan Aireen yang dok tunggu kat tepi tu stil tak boleh nak capai tangan saya ataupun Huzairi ni. Tempat dorang berdiri tu pasir jerlus, so kalau dorang gerak ke tengah lagi, memang sure join saya jugak.
Masa tu dah rasa nak menangis dah, yalah dok try kuak naik tak boleh-boleh jugak. Dengan tak ramai orang yang perasan kejadian tu. Macam dah tak ada harapan ja. Dalam dok kuak-kuak kaki tu, tiba-tiba kaki saya tertendang hujung batu besar kat dasar sungai. Terus terlonjak laju sikit ke depan, then Kak Ida terus dapat tarik tangan si Huzairi ni dan memandangkan dia masih berpaut kat belakang saya, so dua-dua tertarik sekali ke tepi.
Yang si Firzan ni, sempat jugaklah dia tertelan bergelen air sebelum 1 of my bos punya anak pegi tahan dia yang hanyut kat tengah-tengah. Nasib baiklah dia hanyut, kalau tertarik dengan arus air kat bawah tu, saya tak taulah nak cakap apa. Memanglah peristiwa ni buat saya sangat berhati-hati kalau nak pegi mandi-manda especially air terjun & laut. Sebab tu lah masa pegi Tasik Dayang Bunting hari tu saya mandi secelup dua ja, serius seram bila dok dalam tu. Haha
Oklah, nak akhiri entry ni dengan pic budak kecik dengan muka kesian sebab ibu tak bagi dia main pasir. Alala, muka sadis.
:: Budak ni nangis sebab ibu dia tak bagi pegang pasir. Haha :: |