01 August 2011

Pengalaman Bersalin - Part 3/Last

Husband ikut tapi macam dalam drama yang selalu kita tengoklah. Nurse nanti cakap, "Encik, sila tunggu di luar" Hahaha

Bilik operation hospital kerajaan husband mana boleh masuk kan.

Masuk dalam tu rasa macam dok kat dapur lah. Ada gunting, penyepit, sudu, garfu (tipu). Dari katil dorang pindahkan naik katil operation tu. Rasa macam tak konfiden je nurse kecik-kecik ni nak angkat saya. Haha Tapi dun worry dorang ada lah skill cemana nak angkat kan. Kalo angkat cenggitu je memang tak terangkatlah. Konfem!

Dah tu kena bukak baju u. Malu i.. Haha Tapi dorang cover la ngan blanket. Dari labour room lagi memang dah bukak baju, sarung gitu-gitu ja dari depan. Then dokter bius suruh duduk, peluk bantal. Dorang bius kat tulang belakang. Sesetengah orang kata sakit sangat time kena bius. Tapi saya of coslah saya tak rasa sangat sebab dok tahan contractions lagi sakit. Plus mengantuk kesan ubat yang dorang inject kat punggung tadi. Mengantuk tahap impak maksima.

Masa dorang sapu antiseptik kat perut ngan paha tu saya still sedar lagi. Bunyi pisau dorang toreh perut pun dengar lagi.

Lepas tu, tengok-tengok nurse panggil tunjuk baby ja. Dah siap mandi dah pun. Perut pun dah siap jahit semua. Haha

Nurse : Puan, bangun.. dah siap. (sambil tepuk-tepuk bahu saya.)

Me : hmmmm?? (mata kelip-kelip)

Nurse : Tau ke dapat baby apa? (sambil tunjuk Naim. Naim bukak mata u! Naim ni kan...)

Me : Boy.

Nurse : Macam mana tau baby girl?

Me : Boy lah.

Nurse gelak ja. Nak test saya rupanya sama ada dah sedar betul-betul ke belum. Almaklumlah sepanjang operation tu dia tengok saya lena baik punya. Kalau dia tak kejut, memang tido lagilah nampaknya.

3.30 pagi tu dorang tolak masuk High Dependency Units (HDU), transit ward untuk ibu-ibu yang bersalin cesarian. Kena baring straight tak boleh pakai bantal berapa jam tah, saya lupa. Lepas abis tempoh tu baru boleh angkat kepala. Ada tujuan kena tido flat ni tapi lupalah kenapa.

Masa dah elok baring tu dorang bawak Naim masuk sekali ngan abah Naim. Azan dalam wad tu ja. Then nurse suruh breastfeed baby. Naim pandai hisap ok walaupun rasanya susu tak banyak lagi time tu. Heheh

Saya tak ingatlah dorang bagi Naim dok skali dengan saya lepas operate atau pun esok pagi-pagi tu. Maklumlah urat dah putus. Haha Tapi rasanya macam esoknya kot. Lepas operate tu terus sambung tido tak hengat punya!

Naim baik tau sepanjang duduk wad. Takdelah nak melalak ke apa. Diam ja. Ek ek ja bunyi sikit. Tapi bila dah balik rumah, tak ada intro-intro dah kalo dia nak nangis. High volume terus!


Hari ke 10 baru saya boleh keluar wad. Tu pun lepas semua masalah clear. Maunya tak banyak masalah. Hari 1st lepas dorang bagi Naim kat saya, boleh pulak tiba-tiba dia tersedak keluar lendir-lendir kat hidung ngan mulut. Nasib baik saya perasan time tu. kalau tak, tak tau lah jadi apa. Mulut ngan hidung dah tersumbat lendir so how dia nak bernafas kan. Terus nurse angkat tepuk-tepuk belakang dia then Naim kena duduk kat ICU baby semalaman. Agaknya dorang sedut lung dia tak betul-betul bersih kot.

Sepanjang Naim tak ada kat saya tu macam-macam terpikir dalam otak. Nak jalan naik atas pegi tengok dia memanglah tak larat lagi. Nak bangun dari katil pegi toilet pun menyiksa, apatah lagi nak berjalan jauh-jauh. Jiran sebelah katil saya kat ward tu beranak normal, relax ja tengok dia jalan pegi balik pegi balik. Harapkan mak ngan husband ja la pegi jenguk Naim kat atas. Tu pun kena tunggu waktu melawat. Then bila husband kata Naim tak kena pakai mesin apa pun, dorang cuma monitor biasa ja lega sikit perasaan saya. Maknanya tak ada apa yang serius sangatlah. Tapi still tak senang duduk jugak saya.

Esok petangnya baru baby boleh turun duduk kat wad. Hari Sabtu petang tu saya dah kena masuk wad biasa balik. Dah masuk wad biasa, semuanya kena sendirilah. Yang paling menyampah, nak kena jumpa muka sorang nurse Kelantan yang tengah pregnant time tu. Serius saya dah tahap menyampah nak mam#*% dengan dia ni. Memang stock nurse kurang ajar yang memang tak layak jadik nurse.

Dah tu tetiap hari ada je muka dia dalam wad tu. Saya tak alergik ngan orang Kelantan tau. Jangan salah paham pulak. Tapi kebetulan pulak nurse kurang adab ni memang orang Kelantan.

1st sekali pengalaman dengan dia ni time belum bersalin lagi. Time tu dah masuk wad. So pagi-pagi pukul 6 tu dorang dah suruh baring kat katil depan sekali nak amik graf jantung baby. Dah time tu baby dok tido lagi boleh pulak dia marah kat baby saya sebab apa tak dapat bacaan jantung. Dah tu siap goyang-goyangkan perut saya kuat-kuat. Mental nurse tu.

Ada peristiwa lagi lepas dah beranak, masa tu Naim berak 1st time masa ada ngan saya. Saya dok atas katil time tu, nak turun memanglah sangat menyeksa. Katil GH tinggi ok. Mana nak tahan perut lagi. Memang tak berbaloi la nak bangun amik tissue tu ja. Kebetulan nurse bengong ni lalu, saya bagitaulah nurse tu baby berak, dengan niat dia tolong amikkan wipes tissue yang ada kat bawah baby coat tu. Boleh dia jawab, "Cucilah!" dengan muka hidung tak elok tahap cipan punya. Cipan pun cantik lagi. Apa punya bengong la nurse tu, memanglah saya nak cuci takkan nak biar pulak. Then bila kita tarik muka baru nak tolong amik wet tissue tu. Budus.

Start daripada tu memang saya tak boleh pandang langsung pompuan nurse tu. Serius sampai nampak bayang dia pun naik menyampah. Act nurse-nurse lain ok ja. Inilah yang orang kata kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Habis rosak semua reputasi orang lain hanya kerana segelintir yang mental!

Sepanjang kat wad malam tu memang saya tak boleh nak tidur lena. Asyik dok tengok Naim ja. Takut sangat kalau mulut ngan hidung dia tersumbat lagi. Pejam mata 5 minit dah rasa nak bukak mata, check Naim. Trauma sampai ke tahap saya set jam henpon setiap 15 minitlah takut tertido.

Oleh yang demikian, kepala pun pening tak cukup tido. Pening kepala bukan yang biasa-biasa tu, dah tahap maksima rasa macam nak meletup ja. Lepas tu merasalah tekanan darah naik sampai 160. Stress punya pasal. Esoknya kena transfer masuk High Dependency Unit balik sebab pening tak hilang-hilang lagi. Saya suka dok situ sebab dorang take care kita lebih sikit, then nurse kat situ baik-baik belaka.

Kalau tak silap, 1 mlm saya kena stay kat situ. Hari Selasa baru masuk wad biasa balik. Masa ni rasa macam nak lari ja dari hospital tu. Request kat dokter, nak balik umah. Tapi disebabkan urine tak clear lagi tak lepas lah nak balik lagi. Jenuhlah minum air bergelen-gelen nak bagi urine ok. Dan jenuh jugak dok pegang perut bila asyik berulang-alik pegi toilet nak terkencing.

Hari Jumaat 7/8/11, setelah 10 hari berkampung kat hospital tu tetiba macam menang loteri *macam tau je menang loteri cemana, bila nurse bagitau boleh balik dah petang tu. Tak dan-dan terus call husband & packing barang-barang. Fuhhh Happy gila ok. Macam terlepas batu atas kepala bila boleh balik rumah bawak baby chumels saya!

Hasrat hati : Bestkan kalau kita kena mengandung ja, tapi beranak secara magik! Tak payah masuk spital semua. 10 orang pun saya sanggup. Ahaks!

-Abis dah-