01 August 2011

Ana Fenin..Feninlah

Sedang penin.

Kerana budak kecik kat bawah ni tak nak minum susu untuk setahun keatas. Semalam cun-cun ja stok susu 0-12 month dia abis, clear. Kononnya boleh bagi dia minum step 3 untuk 1-3 tahun terus. Tak payah testing-testing. Tapi...hmmmmppp

So kena beli jugak lagi sekotak formula 0-12 tu semalam. Dahsyat harga susu sekarang ni eh. Semalam beli sekotak S26 Gold 700g tetengok dah naik mendadak sampai RM62.00 kat Tesco. Nak tak nak kena beli jugaklah. Last month beli pun dah naik dari 49.90 jadi 52.90. Kalau tak beli dia buat mogok lapar lagi penin. huhu


Budak bertuah ni kan, boleh dia uwek-uwekkan susu tu. Asal masuk ja puting dalam mulut dia terus buat cam nak termuntah. Sama peel macam bila nak kasik makan ubat.

Dahlah 5 tin besar dah beli kat umah tu. Sapa nak minum Naim bushuk uiiiii

Hari tu saya dah penah call kat Wyeth Careline, dorang suruh ganti step by step. 2 hari ganti pagi punya slot penyusuan saja. Then hari ke 3 hingga ke 4 ganti 2 slot pakai susu baru ni. Tapi masalahnya sekali isap ja dah uwek uwek dah tu cemana.


Esok lusa kena gagahkan bagi dia minum jugaklah sikit-sikit. Haishhhh