21 August 2011

Day 20

Weekend haruslah update pasal aktiviti luar kan. Maklumlah kaki jalan yang tegar. Walaupun tak ada plan sangat, harus kena pegi memana jugak.

Semalam pegi Bukit Jambul lagi. Kali ni pegi pukul 5 cenggitu. Haaa amik habuan, nak naik tempat parking pun sampai setengah jam. Gila betul. Tak penah-penah Bukit Jambul boleh jem cenggitu rupa.

Maybe sebab nak raya kot, BJ ni kan tempat sesuai untuk orang-orang yang nak carik baju siap. So yang last-last minit semua pakat serbu beli readymade ja. Senang katanya.

Sampai-sampai tu kitorang booking tempat untuk bukak puasa dulu. Lelambat kang paham je lah, konfem penuh. So, ke Kenny Rogers kita.

Wah tak penah pun tepek pic masa berbuka. Meh nak tepek gak sikit.

:: Mine ::

:: Abah Naim punya ::

:: Budak kecik ni makan mashed potato ja ::

Pic kat bawah ni motifnya nak tayang tudung yang dikatakan awningnya sangat superb tu. Sesuai dengan citarasa saya. Act pegi BJ ni motifnya nak cari tudung lagilah kononnya. Tapi stok kat tempat selalu beli tu tinggal tak banyak choice. Dapat selai je kaler grey, elok gak masuk ngan tema baju untuk raya 1st tu.

Lepas tu pegi jugak kedai-kedai lain yang melambak kat situ. Try punya try tak jumpa langsung yang berkenan kat mata dan hati. huhu


Last-last akibat tak terjumpa yang menepati selera, teroder gak tudung Fareeda thru online. Terbang duit bonus 250 untuk 3 lai tudung Fareeda. haha Pokai suda!

* Lepas raya ni kena gigit kuku kakilah kalo banker tak sponsor sampai cukup bulan. haha