07 August 2011

Enterprem Jap

Neno neno neno.

Tumpang lalu.

Nak tayang baju raya jap. haha


Tema kaler asal adalah biru. Tapi tapi tapi...

Baju melayu johor yang kaler biru untuk Naim tinggal 1 je kat Kamdar semalam. Dah last tu tinggal yang kualiti jahitan tak berapa ok je lah. Dah tu pulak tak dapat biru yang senada dengan abah Naim. Macam tak best ja. Kain yang jenis lain ada banyak lagi, tapi panas & kasar sikit. Naim punya size yang cunnya no 2, tapi dah grey paling kecik pun no 3, amik jugaklah walaupun besar sikit. Nanti alter bagi pendek tangan ngan kaki seluar. Baju abah ngan Naim dalam 100 cenggitu, save =)

Tahun ni tak banyak kedai yang jual baju melayu kat Bukit Jambul. Kamdar pun stok tak banyak sangat. Ke dah habis? Entah. Kat Mydin tak payah ceritalah. Stok melambak tapi kaler meriah-meriah sokmo. Yang bling-bling pun ada. Macam nak deepavali pulak tengok. Nak buat cemana kan dah citarasa dorang cenggitu. Very the anak mami lah. Tak menepati citarasa saya.

Memandangkan saya ada selai baju yang sedang diupah kaler grey, bertukar tema kepada greylah kita. Tapi tetiba baru teringat, lining dia kaler peachlah pulak.Tapi harap-harap tone kaler dia ada grey sikit pun jadilah. Jenuh pulak nak cari baju siap pulak nanti kalo kaler lari banyak. Macamlah kalo kaler tak sama takleh raya eh. haha


Pakai dengan biru ni pun ok jugak kan. Still macam dalam tone yang sama. Apappun tunggu baju siap nanti tengok cemana.


Bulan ni nak kena pikir duit upah jahit baju ler pulak. 3 lai kain biasa, 4 lai lagi jenis berlining-lining bagai. Konfem upah 2 kali ganda. huhu Excited nak raya tahun ni sebab ini raya puasa saya yang ke-2 sebagai isteri & ibu. Last year raya still dalam pantang. Baju apa pun tak buat. Husband pun sama, pakai ja yang mana ada. Mood raya tak timbul sangat time tu sebab tak puasa sebulan. haha Masa tu mood belek baby ja.

Kuih raya dah order sikit. Tart nenas & samperit. Yang lain maybe pegi beli last-last minit nanti kot. Kekadang yang jual kat kiosk-kiosk luar Tesco tu pun ok ja kuih dorang. Not bad. Tapi bukanlah yang 3 bekas rm10 tu, yang tu konfem rasa tepung nanti.

Nak dekat raya maybe buat makmur je! Menu biasa tetiap tahun.