07 August 2011

I Luv Jusco. ahaks!

Kelmarin bila dapat ja sms daripada Jusco bagitau dah boleh redeem rebate voucher, dengan tidak berlengah-lengah lagi berangkatlah kitorang 3 beranak ke Jusco Queensbay pukul 10 malam. haha Gigih betul. Voucher free punya pasal. Sape tak nak oiiii.

Sebenarnya boleh ja tunggu esok-esok tapi biasalah dah memang jenis stok tak menyempat punya makhluk, nak pegi malam tu jugak-jugak. haha Alasannya, pegi malam tak ramai orang. Tapi ramailah jugak. Adalah 4 5 orang q kat depan.

So, sila jangan jeles :P Semalam saya dapat RM120 rebate voucher & RM20 gift voucher (tukar point). Maybe ada orang yang tak tau (husband saya pun!), kalo ahli kad jusco ada 2 jenis voucher kita boleh redeem. 1 yang macam member card biasa tu, boleh redeem apa yang kita nak dengan point yang kita ada.

1 lagi rebate voucher. Kaedahnya :-

-Jusco akan kira RM berapa kita spend dalam tempoh 6 bulan (dari January-Jun) & (July-Disember)

-3-5 % daripada jumlah perbelanjaan kita dalam tempoh 6 bulan, dorang akan bagi voucher rebate ni.

-So kalo kita belanja lebih kurang 2ribu dalam 6 bulan tu, cukup time dapatlah RM100 cenggitu. Oklah kan, sape nak bagi.


Tapi kalo untuk benda-benda yang standard, yang tak ada diskaun kat Jusco especially yang new arrival, saya prefer beli kat Sunshine lagi. Sebab, katakanlah kita beli benda yang sama (selalunya pakaian) kat Jusco bernilai 1000 kita still kena bayar 1000 tu sebab Jusco hanya ada diskaun time sale @ jcard day cenggitu.

Kalo beli kat Sunshine, semua yang new arrival ada 10% diskaun tak kira time mana pun kita beli. So kena bayar 900 saja. So mana lebih untung? Amik kalkulator sila kira sendiri. haha

Pendek kata kat Jusco ni kalo nk beli, time ada sale, ok memang berbaloi =)

Dan...

Voucher telah ditransform menjadi selai jin kiko, selai mickey & sepasang sandal Larrie. Selai ja voucher yang tinggal. huhu


Alhamdulillah ok jugak dapat voucher ni, buat tambah baju raya Naim. So setakat ni Naim dah ada 3 lai seluar, 2 t-shirt tangan pendek, 3 sleeveless & sepasang kasut. Baju melayu pun dah ada. Dah boleh raya! heheh