05 July 2011

Persiapan Kawen Part 2

sambungan dari Sini
------------------------------

Masa buat persiapan untuk kawen dulu, merata jugak saya survey butik-butik perkahwinan kat Penang ni. Tapi honest to say, tak banyak yang menepati citarasa saya. Kalau ada saya berkenan baju dia, tang lain pulak tak berkenan. Kiranya tak jumpalah 1 butik pengantin yang perkhidmatannya membuatkan saya suka dan berpuas hati secara keseluruhannya. Kebanyakan koleksi dorang yang dulu-dulu kala. Baju lace + satin fesyen tahun 90an & awal 2000 ja kebanyakannya. Kalau jenis-jenis songket tu oklah memang in & evergreen.

Tema - konsep, warna
Nak decide tema dan warna untuk majlis perkahwinan bukan mudah. Nampak saja macam senang, tapi boleh makan masa berminggu-minggu jugak. Macam saya sendiri, dalam kepala otak ni kononnya bila kawen nak buat warna pink, pin, pink & pink untuk sebelah saya. Tapi husband bermati-matian tak nak pakai pink. Sebab dia kata dia gelap. Haha. So last sekali amik dark purple + merah lembayung (rasanyalah).


Lokasi majlis turut berperanan nak tentukan keserasian konsep yang kita pilih. Tapi bagi saya, perancangan kita boleh disuaipadan untuk menjadikan majlis tu menepati tema. Tak perlulah bergantung pada lokasi semata-mata. Saya lebih suka majlis yang dibuat kat rumah. Lebih meriah dan santai. Tapi kalau lokasi atau keadaan rumah tu sendiri tak mengizinkan, tak dapat tak kena jugak buat kat dewan dan sewaktu dengannya. Yalah, kalau duduk apartment atau flat, takkan nak buat kat rumah kan. Kena jugak sewa dewan ataupun buat kat perkarangan kawasan ja, sewa khemah.

Bajet
Apa pun konsep atau tema majlis, pertama sekali perlulah tak melebihi bajet yang kita ada. Kalau tak, lepas kawen pening. Nanti mana nak pikir hutang kawen, mana nak pikir persiapan baby lagi especially yang jenis subur, kawen-kawen terus lekat. Maklumlah bajet persiapan untuk sambut baby pun bukan calang-calang, kita nak jugak sediakan persiapan yang terbaik kan?

Kursus Kawen
Kursus kawen ni pegi awal-awal pun tak apa. Tak expired.

Borang Permohanan Kawen - temuduga, HIV test, ect
Borang permohonan nikah kena submit paling awal pun 3 bulan dari date nikah. Seelok-eloknya sebulan sebelum nikah tu settlekan semua urusan termasuk interview & buat HIV test.

Masa preparation nak pegi interview tu saya ingatkan macam-macamlah ustaz tu nak tanya. Tengok-tengok kena baca Al-Fatihah ja. Lega.

HIV test pun kejap ja nak buat, amik darah kat hujung jari tu ja. Itulah 1st time saya buat ujian darah. Sebelum ni tak pernah buat. Tu yang takut jarum tu. Haha

Dan seminggu sebelum majlis, kena contact & remind tok kadi date nikah kita. Manalah nak tau, takut dia terlupa.

Kad Kawen
Pendapat tiap-tiap orang mungkin tak sama dengan saya & husband. Bagi kitorang, kad biar sederhana saja sebab lepas tu orang buang jugak, berapa kerat sangat yang nak simpan kad-kad kita tu kan. Tapi dalam dok cari yang murah pun still kena tengok kualiti jugaklah. Taknaklah yang cikai sangat. Haha Nanti nampak tak semangat ja nak kenuri. Dan oleh sebab kitorang sekalikan undangan dua-dua kenduri dalam satu kad, dapatlah 50sen sekeping bila print untuk 2000 keping kad.


Sebelum tu kebetulan kitorang turun KL, sempat jugak survey kad kawen kat kedai-kedai printing area Pudu tu. Harga kat sana lebih murah berbanding Penang. Design pun macam-macam sampai rambang mata nak belek. Tapi masa pegi tu date kenduri belum decide betul-betul lagi so tak beranilah nak tempah awal-awal sangat.

BTW, untuk yang bercadang nak kawen tu sila letak peta lokasi yang walaupun tak 100% tepat, tapi masih dalam kategori yang senang untuk dirujuk. Sesetengah peta tu, kira nak senang ja. Lukis jalan lurus tiba-tiba sampai ja kat lokasi. Padahal berapa banyak simpang yang nak kena lalu sebenarnya. Kan dah menyusahkan tetamu yang nak datang especially yang tak familiar dengan kawasan kita tu. Tapi tak payahlah terlalu crowded sangat peta yang nak bubuh tu, sampai serba-serbinya nak letak. Ambik yang main a.k.a penting-penting dah cukup. Yang penting, clean & clear.

Jamuan Makan
Kebanyakan daripada kos jamuan makan & khemah disponsor oleh makbapak pengantin kan. Setuju tak? Sila setuju sebab kebanyakannya memang macam tu termasuk saya. Tapi still kena kira jugak kos 1 kepala berapa RM. Harus diplan supaya tak melangkaui bajet. Kalau tak, parahlah tukang sponsor. Dan yang paling penting, makanan biar lebih takpa, tapi janganlah sampai tahap membazir. Kalau lebih, boleh ja sedekah-sedekah dekat adik-beradik & jiran keliling. Tapi kalau tak cukup, ha sapa nak jawab? Tujuh keturunan tak abis lagi orang mengungkit nanti.

Senarai Jemputan
Senarai jemputan kena catit seawal yang boleh supaya kebarangkalian nak tertinggal orang nak dijemput tu kurang. Bahagikan ikut kategori macam sedara-mara, opis, member sekolah, universiti, orang-orang kampung. Kita bukan boleh nak ingat sekaligus semua nama tetamu yang nak dijemput kan, so bila ingat ja nak jemput si polan si polan, terus ja catit dalam list. Kalau tak, konfem nanti lepas kenuri ada pulak yang terasa sebab tak dijemput.

Kanopi/Dewan
Kanopi atau orang selalu sebut khemah. Selalunya range dalam RM200 untuk 1 khemah (bergantung pada jenis) termasuk meja, alas meja dan kerusi. Pakej selalunya termasuk dengan dekorasi untuk tiang-tiang khemah tu sekali, dorang akan balut tiang khemah tu dengan kain mengikut warna tema yang kita nak.

Untuk kenduri kat rumah, meja makan jenis empat segi yang disusun memanjang adalah lebih praktikal, jimat ruang & jumlah tempat duduk dapat dimaksimumkan terutamnya bila jemputan kita ramai. Tapi tempat mak saya amik khemah dulu tu tak banyak meja empat segi, so pakai meja bulat jugaklah. Huhu Dan untuk alas meja kalau boleh janganlah amik warna cerah, especially putih. Nanti tak dan pukul 2 nampak comot ja alas meja tu sebab lauk-pauk tumpah.

Bagi yang bercadang nak buat majlis kat dewan, rasanya kenalah booking at least 6 bulan lebih awal. Walaubagaimanapun akan bergantung kepada ke'hot'tan dewan tu jugak. Sesetengah dewan kena booking 1 tahun sebelum majlis. Tu pun kadang-kadang berebut, terutamanya bila majlis dirancang masa cuti sekolah. Untuk majlis kat dewan, susunan meja bulat adalah lebih sesuai & nampak kelasss!


..akan bersambung..ahaks!