06 July 2011

Persiapan Kawen Part 4

Sambungan dari Sini

Kasut
Kasut kat butik-butik mak andam tak cantik ok! Tak tipu. Semua kasut old skul. Stail tutup sekerat kat depan tu. Dahlah fesyen lama, nampak daif ja. Brapa puluh kaki dah lenjan kasut-kasut tu. Dan tak selesa. Kasut untuk event kena cari yang selesa sebab kita nak berjalan merata. Mana syok kan kalau berjalan sambil nak tahan sakit kaki.

Untuk akad nikah tak susah nak cari kasut yang sesuai sebab cream color senang nak cari kat kedai. Saya beli kat Bukit Jambul, murah ja. Pakai pun time posing-posing lepas akad nikah, lepas tu saya tak jumpa dah kasut tu kat umah sampai sekarang. Ada yang berkenan agaknya. Haha

Kasut untuk bertandang pun senang ja nak cari sebab warna gold. Masa tu sembonia kat Sunshine Square buat sale. RM29.90 saja! Suka suka suka!

Yang menjadi masalah negara adalah bila nak cari kasut purple. Pusing 1 Malaya tak jumpa-jumpa yang berkenan. Cari kedai tempah kasut memusing 1 Penang. Last-last jumpa jugak kedai tempah kasut kat Tanjung Bungah. Bawak kain ja, then bagitau nak design macam mana. Lepas tu saya beli sendiri diamond yang ada gam lekat kat bawah dia tu, decorate sendiri atas kasut. Marvelous ok. Haha Memang puas hati. Dan murah jugak! Upah sepasang kasut RM60 ja! Macam tak percaya. Sebab untuk bahagian dalam apek tu guna kulit ok.

:: Sebenarnya nak fokus kat kasut, tapi jauh la pulak ::
Meja Pengantin
Backdrop dan hiasan untuk meja pengantin saya amik sekali dengan pakej pelamin dari Kak Baby dari Kerawang Klasik. Theme color yang sama dengan pelamin, cream. Simple & sweet.

Kek
Oleh kerana kitorang nak kek yang nampak cantik dalam gambar (selain sedap, kek kena cantik jugak!) maka saya decide order kek fondant dari inasalybakery lepas survey-survey kat internet. Kebetulan pulak tuannya duduk area Bandar Perda, Penang ja. Lagi senanglah. Dorang hantar terus ke rumah. Tak payah pikir sapa nak pegi amik kek semua. Kek tu ada yang kek coklat & kek buah. Saya cadangkan amik kek coklat kalau ada sesapa yang berminat nak order. Lagi sedap.


:: Putih pink ni untuk my side ::
:: Set kek 3 tier macam ni kosnya RM250.00 ::

Cenderahati - Goodies ect
Cenderahati untuk tetamu mak saya beli kat Pekan Rabu, Alor Setar. Kitorang decide bagi seramik yang dah siap decorate. Kalau nak bagi bunga telur, nanti nak kena rebus telur pulak, lepas tu silap-silap orang bawak balik bunga tu biar sampai berhabuk. Cukup masa lempar dalam tong sampah. Rasanya kos bunga dengan telur pun dah mahal sekarang. Beli seramik tu bajet dalam RM1.20 ja satu.

Goodies bag saya ready untuk kawan-kawan opis & yang terdekat ja. Buat dalam 200 beg. Untuk jemputan tahlil sebelum kenuri tu mak saya bagi sebungkus biskut lutut letak dalam beg kertas. Biskut lutut adalah biskut ringan terapung tu, selalu orang cicah kopi panas. Bagus jugak idea tu. Tahlil kan selalu orang tua-tua ja yang datang, memang sesuailah biskut-biskut kosong cicah kopi.

Cincin
Ada pengantin yang prefer cincin, gelang atau rantai untuk batal air sembahyang. Ada jugak yang dapat dua-dua sekali, yang lebih kaya dapatlah 1 set. Saya biasa jugak tengok orang batal air sembahyang dengan jam. Ikutlah masing-masing punya pilihan nak pilih yang mana satu. Masa saya dulu, cincin berbatu yang jadi pilihan.


Ada orang kata kalau pilih cincin batu atau emas putih ni nanti nak gadai tak ada value. Tapi sapa yang sanggup nak gadai cincin kawen sendiri kan? Lainlah kalau dah terdesak sampai dah tak ada pilihan lain. So masa kawen ni lah seelok-eloknya pilih cincin jenis cenggini. Kalau beli sendiri konfem nak pilih yang ada value supaya bila teringin nak tukar yang baru boleh trade in yang lama.

Upacara batal air sembahyang ni macam simbolik ja sekarang kan. Yalah kalau yang tukang mekapnya dah konfem-konfem kakak lembut, **kak baby jgn marah i taw..i lap u..haha nak batal air sembahyang apanya lagi. Memang dah batal punlah time mekap tu. Perkara macam ni terpulang kepada masing-masing punya pendapat, tapi bukan nak kata lah, dorang yang lembut-lembut ni kebanyakan hasil mekapnya memang meletop.

Mas Kahwin & Hantaran
Mas kawen biasanya bergantung kepada negeri tempat kita nak bernikah. Untuk Penang rasanya minima RM24. Tapi terpulang kepada persetujuan kedua-dua belah pihak pengantin jugak. Mas kahwin saya dulu 1800. Berapa pun jumlahnya, yang penting tak membebankan pihak lelaki. Duit mas kawen adalah hak mutlak pengantin perempuan dan selalunya pengantin akan beli barang kemas. Itupun kena topup sendiri lagi kalau nak yang tebal-tebal sikit. Harga emas kan dah melambung-lambung sekarang ni. Duit hantaran pulak selalunya kita bagi dekat famili untuk tampung perbelanjaan kenduri.

Hantaran Serba Satu
Hantaran both side, dibuat oleh cousin saya. Kitorang beli bahan ja, yang lain free. Suka! Benda free sapa tak suka kan. Cousin saya ni memang tangan seni. Pusing-pusing, lipat-lipat sikit sini, lipat sikit sana terus menjadi ja semua yang dia nak gubah. Kalau bagi tangan saya ni, 3 hari 3 malam belum tentu siap. Haha

:: Ros merah dari saya untuk husband! ::



Saja nak enterframe bilik sekali. Decoration bilik kitorang buat sendiri, simple-simple ja. Mak saya jahit cadar, backdrop & langsir. Dan bilik dicat oleh saya sendiri. Tiap-tiap hari balik keja cat sikit-sikit. Seminggu clear. Puas hati tengok hasil tangan sendiri & save kos jugak.

Pengapit - lelaki, perempuan
Pengapit husband adalah bestfriend beliau & pengapit saya adalah cousin saya.

Best dapat dorang sebagai pengapit! Ikut ja mana kitorang pegi. Haha


..part akhir akan menyusul selepas ini..