05 July 2011

Alhamdulillah, Lega Sikit

Alhamdulillah start semalam temperature Naim dah beransur ok, dah tak demam cuma kahak ja yang dok ada lagi.

Pagi ni dah masuk hari ke-4, kali ke-7 & last day Naim kena amik neb kat Kids Cerer Child Specialist Centre, Pekaka Square. Sehari kena amik 2 kali. Tujuan neb ni untuk cairkan kahak yang ada kat lung sebab bila terlampau banyak kahak melekat pada lung nanti boleh sebabkan banyak infection lain kalau tak diubati dari awal. Baby kan tak reti nak keluarkan kahak dorang sendiri so inilah cara nak cairkan kahak yang banyak kat lung tu.

Then jumpa doktor. Alhamdulillah doktor bagitau kahak dalam lung dia dah ok, cuma tinggal yang dalam saluran kerongkong saja. Yang dalam saluran renkung tu akan keluar sendiri thru najis atau muntah. Yang kat lung tu yang payah sikit. Since yang kat lung dah ok, ibu Naim pun legalah sikit perasaannya. Yalah, mak bapak mana yang tak risau bila anak sakit kan.


Pada mulanya saya macam orang lain jugak, selalu anggap baby yang pakai mesin untuk sedut wap ni akan bergantung pada mesin ni jugak pada masa akan datang. Tapi rupa-rupanya tak, sebab neb ni ada macam-macam fungsi termasuklah untuk mencairkan kahak.

Specialist akan suruh amik neb ni kalau kahak dah terlampau banyak. Kalau sikit-sikit tu dorang bagi ubat ja. Saya & husband agak konfiden nak buat sebab recomendation daripada specialist sendiri. Kalau doktor biasa tu macam kurang konfiden sikit sebab bukan dorang tak bagus cuma dorang tak expert pasal baby & kids.

1st time amik neb ni Naim nangis tak mau-mau ok. Yalah kiri kanan kena pegang, dia rasa rimas agaknya. Tapi bila dah 2nd time dan seterusnya pegi, tak payah pegang tangan dia dah, relax ja dia duduk sandar kat ibu. Sangat baik, siap menyembang lagi. Haha

:: Budak kecik ni masa 1st time lepas amik neb ::

:: Jadual Klinik ::


Kat bawah ni ubat yang Naim kena makan. Dia banyak akal nak makan ubat sekarang ni. Asal nak makan ubat ja dia buat-buat nak tido. Pejam mata ngan tutup mulut kuat-kuat. Haha

Dan lesson untuk kali ini, ubat kena bagi ikut time even masa baby tidur malam. Selalunya bila malam kita skip ubat sebab kesian tak nak kejut anak bangun kan. So lepas ni tak kira apa pun keadaannya, kena ikut time kalau tak mungkin baby akan on off demam especially malam.


 
:: Cian dia tak larat ::

Untuk baby yang banyak kahak, doktor ajar 1 cara untuk bantu kahak tu mudah keluar dari rongga-rongga lung.

Cara Mudah :-

1) Mula-mula buat tangan macam kat bawah ni. Kembungkan jari kita ke atas, bagi ada ruang udara kat  tengah tu.

2) Lepas tu tepuk-tepuk bahagian belakang, depan, kiri dan kanan dada baby kita lebih kurang 5-10 minit semasa perut baby kosong. Kiranya tepuk sekeliling badan dialah. Tapi jangan buat lepas makan, takut baby muntah.

** Frekuensi daripada tepukan tangan tu akan bertindakbalas bantu gugurkan kahak dari melekat kat lung. Disyorkan 3 kali sehari. Selamat mencuba. Heheh

:: Akibat tak jumpa pic tangan macam ni dalam google, maka pic ni disnap sendiri. Haha ::

Malam ni ada sekali lagi neb session, lepas tu Naim kena continue makan ubat saja. Next week baru follow up balik. Cepat-cepat sembuh ya anak ibu. Mmmuahhh sayang Naim!!