30 July 2011

Pengalaman Bersalin - Part 1

Entry ber-part-part menjelma lagi! Haha

Dua hari sebelum tarikh ini pada tahun 2010 situasi saya adalah masih relaks. Sebab tak ada tanda-tanda akan melahirkan even ramai orang kata anak 1st selalu akan keluar awal dari due date. Naim keluar lewat 10 hari dari tarikh. Duenya 19/7/10, last-last dia keluar 30/7/10.

:: Akibat keterlupaan bawak bantal, Naim tido beralas blanket ja ::

Pagi-pagi hari Rabu 28/7/10 bangun-bangun tido tu saya memang dah tak senang duduk. Pagi tu nak tak nak kena refer jugak ke Hospital Bersalin P. Pinang sebab dah lebih tempoh. Oleh kerana dokter suruh pegi pagi, maka jam 11.30 baru saya sampai kat spital tu. Still pagi jugak walaupun dah nak masuk tengah hari.

Sampai-sampai ja nurse suruh masuk bilik pemeriksaan untuk check perut & amik darah. Lepas tu dorang suruh check in wad pulak. Plan dari awal nak amik class 1 lagipun class 1 hospital bersalin kerajaan tak mahal sangat . Kelayakan jawatan saya untuk class 2 ja. Tapi dah nasib... Jangan kata class 1, class 2 pun penuh. Masuk jugak class 3. Tapi ok ja class 3 pun daripada kena beranak kat kaki lima.

Sebelum bersalin tu dah siap survey private hospital ok. Tak nak pegi GH punya pasal. Tapi apakan daya, dah laki suruh pegi GH jugak-jugak, so haruslah menurut perintah. Alasannya, kat GH ada ramai pakar. Kalau apa-apa jadi kat private hospital, semua refer GH jugak so buat apa nak pegi private. Haha Tapi tak kira, lepas ni kalau ada rezeki (mana nak tau dapat duit terpijak ke..haha) nak bersalin kat private jugak. GH bukan tak ok, cuma kita kena jaga baby sendiri. Penatlah. Stress tau.

Tengah hari tu kena amik bacaan jantung baby dulu. Kena cucuk jarum kat tangan tu, untuk masuk air nanti. Dokter pompuan India sorang tu buat sakit. Saya mintak nurse bukak balik then cucuk tempat lain, baru ok. Seumur hidup ini 1st time masuk spital, ngeri tau. Haha

Lepas tu kena tukar pakai baju & kain kaler pink u! Ala-ala Puteri Islam time skul pulak rasanya. Dah tukar baju kena lah pegi check in kat katil. Masuk class 3 dulu, dapat tepi tingkap, tingkat bawah, banyak angin macam duduk tepi pantai. Lagi best dari class 2.

Duduk ja kat katil, tak tau nak buat apa time tu, husband pun dah keluar pegi buat keja dia. Lagipun bukan waktu melawat lagi. Muka pun relax, dah nama pun belum sakit lagi kan. Tengok orang kiri kanan semua berkerut-kerut ja muka. So eksyen sikit di situ. Makan-makan apa yang patut dulu.

Pukul 5 petang cenggitu waktu melawat pun tiba. Time tu jugaklah nama saya kena panggil masuk dalam satu bilik kecik, dorang nak check perut & check bawah. Haha

Chek perut of coz ok lah kan. Bila dorang seluk nak check bukaan pintu rahim tu. Uishhh Hanya yang mengalami tau macam mana rasanya. Doktor bawak masuk menatang macam mulut itik tu, katanya untuk cepatkan bukaan. Terus bleeding sikit time tu. Then keluar ja dari bilik tu terus nampak muka husband & mak. Apa lagi, merambu-rambu lah air mata duyung ni. Padahal lepas setengah jam camtu ok ja, tak rasa sakit dah pun. Drama mau lebihlah sikit. Kahkahkah

Pukul 6 lebih tu nurse suruh tukar pegi class 2 sebab dah ada katil kosong. So pindah-pindah barang naik tingkat 1 pulak. Class 2 orangnya kuranglah sikit berbanding class 3 tapi environment class 3 macam lagi bestlah pulak. Yang class 2 pulak nampak macam dhaif lagi.

Then request McD Double Cheese Burger 1 set kat husband. Haha siap Mc D lagi! So malam tu aktiviti makan-makan burger dan sewaktu dengannya. Dan tak lupa jugak kena minum air akar Siti Fatimah ke yang bila rendam ngan air dia kembang. Minumlah sampai kembung. Heheh

Masa nak tido tu ok lagi. Steady ja. Tengah malam pun senak perut sikit-sikit setiap 4 jam camtu.

...bersambung