25 July 2011

Diapers oh Diapers

Awal-awal dulu biasa try Huggies Newborn kat Naim.



Then pernah jugak try Huggies Dry. Nak savelah kononnya.



Baru-baru ni try pulak Huggies Ultra. Motifnya? Of courselah sebab harga lebih murah compare to Mamy Poko. Kalau offer kat Tesco tu boleh dapat Rm 38++ untuk jumbo pack. Mammy Poko paling rendah kalau time offer boleh dapat takat Rm 42.00 saja. Kiranya Huggies Ultra ni still yang terbaiklah dalam rangenya selepas Huggies Dry & Huggies Comfort.


Masalahnya punggung Naim still tak boleh nak terima Huggies ler. Huhu Naik rashes paling teruk dalam sejarah rashes yang pernah Naim ada. Huhu Jenis besar-besar yang ada mata. Nasib baik hari ni dah ok, amik ubat sapu kat klinik. Kalau tak, kesian dia asyik nak garu ja. Last week kena air pun menjerit-jerit, kalau tak dialah raja kalau dah masuk dalam bilik air. Tak nak keluar-keluar.

Saya rasa jenis-jenis bahan kimia (of coz diapers ada bahan kimia kan) yang tak sesuai dengan kulit Naim. Brand Drypers & Pureen pun tak sesuai dengan dia. Sebelum ni biasa beli tapi let go ja kat kawan-kawan.

Tapi Pampers Comfort ok pulak dengan dia. Masa dia kecik-kecik dulu pakai yang ni. Tapi jenis ni nipis lah pulak. Pakai kejap ja dah penuh. Makin besar kan makin banyak dia buang air, so start dari situ yang tukar ke Mamy Poko.

 

Last week beli PetPet pulak. Buat pakai siang-siang. Then baru terperasan, PetPet stok baru ni kasar lagilah compare dengan yang dulu-dulu punya. Tapi so far PetPet ok dengan Naim.



Berminat jugak nak bagi Naim pakai cloth diapers. Tapi kan kan kan... Ibu Naim rajin tahap melampau. So pendamkan saja hasrat tu hingga ke satu waktu yang diizinkan kelak. Fuhh ayat!



Ataupun akibatnya, ada hari yang Naim tak pakai diaper langsung akibat cloth diaper dia tak berbasuh. Hahaha

:: Dulu-dulu kita pakai cenggini je kan??? ::

** Semua pic adalah drpd Pakcik Googles =)