17 July 2011

Weekend Last Week

Last weekend kitorang balik N9 sebab makcik saya buat majlis cukur jambul anak dia yang ke 3 & bongsu, Nur Alief Asyraf & tahlil (untuk arwah Wan). Memandangkan ni baby last (makcik saya dah ikat peranakan atas nasihat dokter) maka mak saya decide nak balik jugaklah. Tambahan pulak Wan (orang N9 panggil nenek) dah tak ada sekarang so mak secara tak langsung jadi penggantilah, wanita paling senior dalam family.

Hari Khamis tu Penang cuti Hari Warisan. So amik cuti Jumaat sajalah. Bertolak ke KL hari Rabu tengah malam. Subuh-subuh adam dah sampai sana. Tido umah busu saya kat Ulu Kelang 1 malam lagi, hari Jumaat tengah hari baru balik kampung.

Sepanjang hari Khamis tu tak ada aktiviti nak buat sebab abah Naim ada keja kat luar. Maka kitorang melepak ja kat rumah sambil bergosip-gosipan. Haha


Semua pic di sini adalah hasil daripada ketidakkeruan perasaan akibat lama berkurung kat umah. Ini antara aktiviti selingan sambil-sambil bergosip. Cian Naim. Haha

:: Apa lah ibu dok aniaya Naim. Haha ::

Malamnya barulah sempat keluar makan. Sebelum tu singgah Jusco Wangsa Maju dulu sebab mak nak cari barang baby sikit untuk busu saya.

Then ronda-ronda sikit lagi, lalu kat tempat baju melayu budak-budak. I tell u aaaaa. Macam ni lah muka Naim kalau kita acukan baju baru kat dia. Senyum meleret. Tak tahan wooo tengok reaksi muka dia. Haha


Lauk kenuri kat kampung of courselah kena ada masak lemak cili api. Menu wajib tu. Then pajeri nenas dan sambal udang dimakan bersama nasik putih.




note : malam ni tak ada idea lah nak update + mengantuk! tata