31 July 2011

Pengalaman Bersalin - Part 2

Pagi-pagi Khamis 29/7/10 pukul 7, nurse dah panggil masuk 1 partician kat HDU (High Dependency Unit). Dokter nak chek bukaan bawah dah berapa.

Oleh kerana tak ada bukaan langsung makanya merasalah dorang korek lagi sekali untuk masukkan ubat pulak. Ini part yang paling saya menyampah time nak beranak. Rasanya saya lagi takut bila nak kena check bukaan daripada nak beranak tu sendiri. Tapi nasib baiklah lepas tu dah tak kena korek dah sampailah ke maghrib tu. Sakit memang datang on & off sepanjang hari tu sebab dorang dah masukkan ubat thru bawah untuk merangsang bukaan pintu rahim.

Awal-awal dokter dah bagitau petang dalam pukul 7 nanti dorang akan check semula bukaan rahim. Berdebar sebab dok membilang jarum jam bila yang dokter nak korek bawah tu balik. Seriously hate this part so much! Trauma i. Tak ada ke alat yang boleh scan je nak tengok bukaan?? Haha

Sangat bernasib baik sebab time nak check bukaan petang tu adalah dokter pompuan Cina yang kecik molek dan sangat lemah lembut. Lembut ja dia check, tak lah sakit sangat. Kalaulah boleh pilih dokter mana yang kita nak, memang saya pilih dia dari awal sampai last. Tapi dah GH kan, nak tak nak terima saja.

Lepas check tu, pintu rahim dah terbukak 3cm. Kat hospital lain saya tak sure pulak bukak berapa cm baru dorang tolak pegi labour room. Tapi kat GH Penang kalau 3cm memang nurse suruh masuk dah. Hantar naik kerusi roda lagi. Haha

Saya siap request kat nurse, nak mandi dulu tapi dorang tak bagi takut terberanak dalam toilet. Dah tak bagi mandi saya bagitau dorang saya nak tukar baju. Kasi fresh sikit. Tak feel tau masuk labour room dengan baju yang dah lembap peluh. Itupun ada nurse escort pegi toilet. Uish kekoklah nak pegi toilet ada orang tunggu. Wad atas tu berkuap, saya berpeluh ja manjang. Dalam 1 hari tu agaknya sayalah yang paling banyak tukar baju.

Masa dorang tolak masuk labour room tu saya dah siap call husband suruh datang. Pukul 8 lebih tu husband dah sampai kat labour room. Kena pakai apron lagi. Dah macam dokter pulak tengok dia. Haha

Kalau tak silap saya GH Penang ada 8 labour room kat tingkat bawah. Time tengah sakit-sakit tu boleh dengarlah jiran-jiran sebelah dok menjerit. Dokter & nurse yang dok suruh patient push. Macam-macam. Ada sorang patient Melayu tu siap jerit, kononnya dia rasa dah nak mati. Haha Ape daaa... Kan dah kena marah dengan nurse. Nak menjerit sangat pun jerit lah benda-benda yang elok-elok sikit.

Pukul 9 tu dokter check bukaan lagi. Time ni tak berapa rasa takut dokter nak korek dah sebab rasa contraction tu dah tak berhenti. Bersambung-sambung. Dah tak peduli sakit lain melainkan sakit kat pinggang & perut. Bukaan time tu still 3 cm jugak. Naim belum nak keluar lagi.

Nurse pasang tiub kencing dulu. Dua tiga kali try jugak baru masuk. Tak sukalah pakai tiub kencing ni, rasa tak puas, air kencing tak keluar habis.

Than dokter bagitau nak pecahkan air ketuban untuk cepatkan bersalin. Bila ada contruction kena bagitau dorang dalam masa yang sama dokter dah standby kat celah kangkang, haha. Dokter pelatih pompuan India yang dok standby nk pecahkan air ketuban saya tu. Punyalah gigih dia try sampai 6-7 kali tak boleh-boleh jugak. Last-last nurse yang buat. Sekali ja nurse tu buat terus rasa basah dah kain. Bukan semua dokter teror kan. Eksyen ja lebih.

Dalam pukul 10 malam, sambil dokter & nurse monitor degupan jantung baby, dokter pakar masuk chek pulak. Dorang decide tambah ubat kat tangan pulak dah. Then dorang bagi pilihan nak amik ubat tahan sakit jenis yang mana. Mula-mula rasa macam tak nak amik, tapi dokter tu takut saya tak tahan sebab bila dah masuk ubat tu sakit akan lebih kerap lagi. Dokter tu suggest amik yang inject kat punggung. Bagi lali & mengantuk. Tapi dah nama pun nak beranak, sakit-tetap sakit cuma bila kita lali-lali mengantuk tu sakit tu kuranglah 20% kot.

Bacaan jantung Naim pulak kalau mengiring baru boleh detect elok sikit. Kalau terlentang tu memang tak stabil ja graf dorang. Sampai lenguhlah saya, mana dok tahan sakit mana nak kena tahan mengiring ja. Huhu


Sempat tido jugaklah time tu. Penangan ubat tahan sakit punya pasal. Tak perasan pukul berapa dokter pakar tu masuk lagi. Check bukaan masih 3 cm jugak. Dia bagitau husband kalau pukul 1 pagi still tak ada bukaan jugak, kena operatelah jawabnya.

Jeng jeng jeng. Dalam dok menahan sakit tu sempat jeling jam kat dinding. Teeettt pukul 1 pagi 30/7 masuk hari Jumaat dah. Nurse-nurse dengan lajunya bukak segala mak nenek wayar kat perut ngan wayar ubat drip kat tangan tu. Tinggal air yang dorang drip saja. Dorang setup katil tu, terus tolak saya ngan katil tu sekali naik operation theatre kat tingkat 1.

...bersambung lagi