Aktiviti weekend semalam adalah pegi kenuri kawen kat Dewan Pasar Bayan Baru. Then melawat SIL kat Matrikulasi Pongsu Seribu sambil makan-makan ais kacang. RM1.50 ja untuk ais kacang besar. Murah gila. Kafe hostel agaknya, tu yang murah tu.
Hari Ahad pulak adalah hari untuk tido, tido & tido. Hari tido sedunia! Ahaks
Pagi dah lah lajak sampai 9.30. Lepas tu pukul 12 tghr sambung pulak sampai pukul 2.30. Yang tak tahannya, 4.30 sambung lagi sampai 6 lebih. Fuhhh betul-betul tido! Jap gi dah nak tido lagi. Lama betul tak rasa aktiviti tido secara marathon.
Bukan apa, Naim tido ibu dia pun tidolah. Naim jugak yang salah. Haha
Esok cuti, nak pegi konvo adik saya kat Poli Kulim ngan mak & husband. Cian pulak kat dia kalau tak pegi. Naim kena tinggal kat MIL. Lagipun baby mana boleh masuk upacara rasmi kan.