05 July 2011

Persiapan Kawen Part 3

..kesinambungan dari Persiapan Kawen Part 2

Tanda Arah
Arah jalan, silalah pasang sekali dengan bunga manggar pacak kat betik tu. Baru nampak kemeriahan nak kenduri kan. Dari jauh tetamu dah alert, oh simpang ni nak ke rumah pengantin. Lagipun sekali seumur hidup ja nak tengok nama kita terpampang kat simpang-simpang jalan nun. Heheh

Dan 1 lagi, letak nama pasangan pengantin & arrow cukup kalau tanda arah tu hanya sebesar kertas A4. Tak payah letak perkataan-perkataan lain termasuk tarikh kenuri. Sebab kebanyakan orang pegi kenuri ni dah tau nama pengantin & area lokasi berdasarkan peta dalam kad kawen kita.

Tanda arah ni pasang kat simpang-simpang yang dah dekat dengan area umah pengantin pun kan. Bukan nak letak 50km dari rumah. Tujuannya cuma nak guide simpang ja. Tulisan biar besar & bold ehh. Sebab kalau tulisan kecik cinonet, orang yang naik keta jenuh pulak nak tenung nak baca nama pengantin!

Assistant
Kak Ida, officemate merangkap bestfriend saya dilantik jadi assistant masa kenduri kawin saya dulu. Fuhh assistant tu. Haha
:: Kiri tu orang kuat saya! Kanan tu cousin merangkap pengapit ::

Peranan beliau nampak kecik tapi sangat-sangat penting especially untuk tolong kelolakan tetamu saya daripada jemputan opis. Mak bapak saya bukan nak kenal semua jemputan dari opis kan. At least tetamu ni tak terasa terpinggir bila ada wakil yang tolong sambut dan bawak kepada tuan rumah. Dan selalunya kita ada goodies asing untuk kawan-kawan pejabat kan. So pembantu kita tu lah yang bertanggungjawab tolong edarkan goodies-goodies tu sama. I lap u lah my usherer. Muahh mmuahhh

Makeup
Makeup antara perkara paling penting yang sangat saya tekankan masa nak kawen dulu. Bukan semua mak andam ni hasil makeup dia cantik. Sebab tu kena rajin survey. Oleh kerana dah terpikat dengan hasil kerja Kak Baby dari Kerawang Klasik, saya usahakan nak cari jugak-jugak contact number dia. Dulu-dulu dia tak ada website. Jenuhlah nak dapat nombor telefon dia. At last kalau tak silap dapat thru kawan-kawan jugak.

Masa zaman saya kalau satu kali makeup pengantin dia amik RM300-350. Sekarang mungkin range harga dah naik sikitlah agaknya. Saya amik pakej dengan Kak Baby untuk :-
  • Pelamin
  • Decoration meja pengantin untuk 10 orang
  • Makeup 3 kali + sekali untuk pengapit
  • Sewa veil untuk akad nikah
  • Sewa crown masa kenuri
  • Sewa payung
  • Jumlah semua dalam RM3+++

Beliau adalah sangat panctual ok. Kalau dia dah janji nak datang mekap pukul 10, pukul 9.30 dia dah tertonggok kat pintu. Heheh. Tapi masalahnya pengantin yang selalu lambat. Kak andam dah datang barulah pengantin terhegeh nak mandi. Lepas tu siaplah mulut dia pot pet pot pet. But i lap u lah Kak Baby!! Hahaha

This kak andam adalah fully recomended bagi sapa-sapa yang sedang survey makeup untuk kawen nanti. Dalam 1 hari dia cuma amik sorang pengantin ja. Sapa lambat, goodbye.

Saya ada kenal sorang tukang makeup ni, dalam 1 hari dia boleh makeup sampai 10 pengantin. Yup memang murah, puluh-puluh ja ongkosnya. Tapi merasalah nak menunggu lama, kena keluar pegi bersiap kat kedai dia lagi. Sorang pelanggan tak sampai setengah jam ja dia makeup tapi hasilnya of courselah tak sama macam makeup 2 jam. Mana best kan, hari kebesaran kita tiba-tiba time nak bersiap kena keluar beratur-beratur pulak.

Sepatutnya untuk hari bersejarah ni, kalau ada pilihan hirelah mak andam yang sediakan perkhidmatan makeup kat rumah. So pengantin taklah stress nak menunggu, santai-santai saja.

Pakaian
Saya prefer pilih warna baju dulu sebelum pilih warna pelamin. Sebab pic pengantin akan disnap di rata-rata lokasi berbanding hanya di pelamin. So make sure baju yang kita dipilih membuatkan kita rasa sangat gojes dan selesa.

Kitorang punya baju nikah & baju kenduri kainnya beli kat KL then upah kat butik pengantin di Sungai Petani. Untuk sepasang baju kurung moden, jenis shiffon dorang amik dalam RM200 ja kalau tak silap saya. Kualiti jahitan pun boleh tahan. Memang murah berbanding harga upah area Penang. Shiffon tu nak kena lining lagi, then kalau nak jahit kena bukak dulu manik dia, renyah kerja sebab tu butik-butik kat Penang ni amik upah lagi mahal agaknya.

Warna untuk nikah saya suka yang cerah, pastel. Macam beach atau cream. Nampak suci ja. Waaahh. Lagipun time ni ja yang nak pakai warna-warna macam ni pun, masa wedding sendiri. Kalau wedding orang lain, tak sesuai dah nak pakai warna macam ni sebab boleh dianggap sebagai tanda kita tak respect kat pengantin kalau kita pakai warna especially putih dan cream.

:: Saya prefer cream color than white untuk akad nikah ::

:: My side ::

:: Bertandang ::

Untuk upah baju kenduri belah saya pun sama, upah kat Sungai Petani jugak. RM200++ sebab manik dia banyak sikit. Tapi still murah upah dorang. Lebih separuh kadar daripada kos kat Penang ni.

Baju melayu untuk akad nikah, hantaran & untuk pengapit upah kat Komtar ja. Dekat cina yang dok jahit blazer & kot tu. Upah standardlah 80 sepasang untuk baju melayu.

Baju nikah & belah saya yang purple tu still dalam simpanan. Nak buat koleksi turun temurun sebab kalau nak jual pun macam tak berbaloi sangat dengan harga yang dibeli. Haha

Tudung
Sebab nak kelainan sikit, maka saya tempah tudung kat satu website. Dia amik tempahan warna based on kita punya permintaan. Tukang jahitnya nama Sofia, dari Ipoh. Graduan fesyen dari UiTM. So far sangat berpuas hati sebab saya tak nak pakai tudung bawal untuk wedding sebab tudung bawal kita dah biasa pakai hari-hari. Tiga-tiga majlis saya pakai tudung yang ditempah kat website tu. Tapi cari website dia dah tak ada lah pulak. Kalau tak, boleh letak link dia kat sini.

Veil
Mula-mula plan nak sewa ja veil untuk hari kenuri dari mana-mana butik pengantin. Tapi sampai ke sudah tak jumpa yang berkenan kat mata. Dah pening tak jumpa veil yang berkenan, paksa jugak Kak Baby si kak andam saya tolong hantar jahitkan veil kat tailor dia. Haha Upah jahit veil yang cantek ni cuma RM60 ja. Kain net untuk veil tu tak payah beli yang mahal pun, 1 meter RM1.80 ja jenis yang orang letak kat bunga telur tu.

Veil warna cream masa akad nikah tu saya sewa kat Kak Baby jugak. Cantek & full of beads yang nampak mahal. Suka!

Crown & Rantai
Crown untuk hari kenduri pun sewa kat Kak Baby. Untuk crown atau aksesori lebih baik kalau pengantin pilih sendiri dan chop siap-siap mana yang nak dipakai, maklumlah koleksi kat mak andam selalunya banyak, macam-macam pesyen. Dan banyak jugak yang dah turun warna dsbgnya, dah nampak buruk gila.

So kalau kita tak pilih sendiri apa yang kita nak, kena puas hati ja la dengan apa yang dorang bagi. Rantai, saya tak pakai masa kenuri tu, saya prefer brooch 3 serangkai tu ja. Saya tak suka tengok pengantin pakai rantai atas tudung, nampak pelik & tak sesuai. Kalau jenis rantai labuh pakai bawah tudung ok lah. Tapi rantai labuh masa akad nikah cantik, untuk hari kenuri macam tak kena.

Payung
Many thanks to my Kak Andam saya sebab menggagahkan diri jugak mencari payung idaman saya ni. At last dia dapat jugak cari lepas tawaf satu KL. Akibat banyak belek majalah la tu, maka saya pun tergedik nak payung macam tu jugak-jugak. Selagi tak dapat, selagi tu lah rasa tak senang duduk. Ahaksss


..bersambung lagi..haha