31 October 2012

Words of Wednesday

Salam Rabu all =)

Alhamdulillah hari ini diberi kesihatan yang baik berbanding semalam.
Hopefully fenin-fenin kepala semalam-semalam tu terus berlalu pergi.
Jangan datang-datang lagi.

Isnin baru ni checkup perut lagi tapi kat Klinik Kesihatan Ibu Anak pulak.
Hb adalah low, 10.4 sajo.
Last month ok lagi 11 lebih.
Jadiknya dokter kasik iron tablet, buat tambah + pekatkan darah.
Tapi kena makan banyak serat coz iron ni boleh sebabkan payah nak membuang :P

Kena cucuk kancing gigi sekali.
So dua tiga hari ni lengan kiri adalah super lenguh.
Masa 1st day cucuk haritu lagilah siap pedih bagai.
Lama dah rasanya tak kena cucuk-cucuk ni fobia pulak balik. huhu

Dan oleh kerana pregnancy kali ni belum mencecah 3 tahun dari jarak pregnancy sebelumnya so kena cucuk sekali saja.
If not, kena 2 kali.

Tadaaaaa


Tanamera saya sudah sampai =)
VCO ada 2 botol, sabun ada 3.
Dedua dah start guna semalam.
Tapi VCO boleh guna luaran sajalah.
Sapu-sapu kat strachmark.
Tak boleh minum lagi sebab masih awal.
Dah 36 weeks baru bole start minum untuk mengelakkan terbersalin awal.

Brown soap itu adalah best.
Sebab ada bijik-bijik macam scrub.
Bila dah pakai tu rasa kulit lembut ja. ewah :P
So dah tak payah pakai scrublah nanti.
Tapi serius bestlah.
Nanti bole beli lagi =)

Okehlah mau pulang suda.
Hapdet cukup syarat ja nih.
Sebab hapdet dari opis, nettbook sedang masuk wad.
Tengah reformat balik.
Demam selsema kot.
Banyak virus. Ape daaaa :P

27 October 2012

1st Checkup LWE

Pagi-pagi lagi sudah berjaya menjejakkan kaki di Hospital Lam Wah Ee untuk 1st check up.
haha sebenarnya taklah pagi sangat.
8.40 dah masa tekan mesin amik nombor =)



Mula-mula menggagau jugak, tapi buat macam pandai suda.
Jangan tunjuk jakun sangat kan. heheh

Registration pun amik masa 10 minit cenggitu je.
Then terus naik tingkat 1 ke klinik O&G.
Dokter Quah bilik 138.
Act nama kita dorang panggil ikut listing dalam registration masa memula tadi.
Tapi memandangkan tadi ramai yang register awal tapi keluar ke mana-mana hala dulu tah, so nama saya cepat je lah dipanggil masuk bilik dokter.
Kalo tak, kena tunggu dalam 7 orang jugak rasanya.

Masuk bilik, nurse amik berat badan, tekanan darah.
Dua tiga kali jugaklah masa mula tu dia amik tekanan darah.
Memula tu tinggi sikit, nurse tanya ada tekanan darah tinggi ke masa 1st pregnancy.
heheh mana ada, aii normal sajo cuma berat terlebih ada la time ujung-ujung tu.

No wonderlah dua tiga hari ni asyik sakit kepala.
Tekanan darah ternaik sikit rupanya.
Apa yang tension pun entah.
Rasanya semua baik-baik saja.

Lepas tu nurse suruh baring untuk scan baby.
Baby almost 1kg.
Tapi kepala kat atas pulak :P
Padanlah rasa dia bergerak banyak ja sekarang ni.
Dok main pusing-pusing gamaknya.
Tapi still boleh pusing ke bawah balik sebab masih 7 bulan.
Masih ada ruang.

So menurut dokter tu, kalo kepala baby turun ke bawah masa dah nak dekat due, saya akan try for normal delivery.
If tak pusing jugak konfem-konfem kena operate sebab yang 1st dah operate.
Kalo anak sulung normal tapi 2nd baby songsang dorang akan try for normal delivery dulu if boleh.

Gender baby tak boleh tengok tadi sebab dia duduk terbalik.
Kena sorok.
Tapi dah tau dah masa scan 4D kat klinik Dr Tan masa 20 weeks aritu.
So tidaklah excited sangat di situ ;)
Dah tau kali ni baby girl, Insyaallah.

Dah abis scan tu nurse india mai lap gel kat perut.
India ni bukan nak kata, mostly dorang kasar-kasarlah.
Baik kat private, baik kat gomen, sama ja.
Dia lap gel kat parut czer tu kasar, perit tau.
Ishhhh nyampah.

Dah abis tu dokter bagi sekeping ja pic baby.
Then bawak borang apa tah untuk buat payment.
Jakun lagi lepas tu sebab carik kaunter cashier tak jumpa kat lobi depan tu.
Rupa-rupanya kena pegi kat area farmasi.
Ada or tak ada ubat, payment still kena buat kat area tu.

Total checkup tadi rm60 saja.
So pulanglah daku dengan hati gumbira.
haha taklah gumbira sangat sebab husband tak nak ada temankan. huhu

Datang balik 24 Nov nanti, hari Sabtu jugak.
Sekian laporan checkup hari ini.
Tata.

26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

"Selamat Hari Raya :: Maaf Zahir Batin"


Tonite bersiaran dari Batu Maung.
Dengan keadaan ulu hati yang sedang pedih.
Akibat makan pedaslah ni, sebab asal hari yang ada makan benda pedas ja mesti sakit.
Asid perut naik atas.

Dan dah masuk 2-3 hari asyik sakit kepala sebelah.
Kenapa entah.
Dia bukan rasa pening, tapi rasa macam ngap-ngap tapi belah kanan ja.
Kalo tunduk kepala lagi sakit.
Tapi dah tido kejap tadi dah oklah sikit.
Macam-macam penyakitlah. huhu

Today raya kat Gelugor dulu, tengah hari pukul 12 lebih tu berangkat balik Batu Maung dengan Naim.
Seperti biasa Naim Jadik co-pilot ibu ;)
Behave saja sebab duduk dalam car seat.


Kebetulan tadi kat trafic lite tu ibu ralit.
Tak perasan lampu dah bertukar hijau.
Naim pulak yang terjerit suruh ibu dia jalan. haha
Pandainya anak ibu ni.
Merah tanda berhenti, hijau jalan. heheh

Tapi yang tak syioknya tadi terlanggar apa ntah kat jalan masuk ni.
Jadiknya keta udah tercalar.
Eh bukan takat tercalar, dia macam terkemek sikitlah kat pintu depan belah penumpang tu.

Ampun abah naim, aii tak sengaja :P
Jangan mare.



Esok plan nak start checkup perut kat Lam Wah Ee.
Pepagilah kena pegi.
Adakah akan menjadi kenyataan, just wait n see :P
Mana lah tau esok pagi terrrmalas ke. heheh

Dan ini pic Naim petang semalam.


Comei kan?
Penuh eye shadow satu muka.
Itu pun tara dah kena lap.
Ibu terlena kejap ja, abis Naim buat keja.
Siap sapu pakai span sapu bedak tu.
Bijak...bijak.

:: Selamat Hari Raya Abah! Tak bestlah raya abah takdak... huhu

Rindu abah Naim sooooo much :(

Beg Raya Aiii

Niat awal membuak-buak gila nak beli Coach 18641 tu.
Haaa amik kau sampai ingat nombor tau.
Punyalah belek fb carik kat mana murah.

So far paling murah 890 tapi dah tak available kat fb tu.
Then 2nd price yang ok 950.
Memula dah nak konfemkan dah tapi masih menahan hati. haha

Last-last Rabu baru ni pegi Jusco sajo.
Sembonia  pun cun jugekssss.
Kaler ijau zamrud tapi bukan leatherlah.
Disc 20% tinggal 257 saja.
Apa lagi, amik ajelah daripada nak melabur 950 ;)


I loike beg nih sebab dia besar.
Boleh jinjit kat lengan dan boleh galas kat bahu.
Ala-ala Coach jugak.
Jadiklah. heheh

25 October 2012

Bersalin kat Mana?

Today mood keja sudah ke laut sebab esok raya.
So semua staf USM dapat perlepasan, half day.
Pukul 1 dah boleh balik.

Alang-alang balik awal ni teringat pulak nak singgah Hospital Lam Wah Ee.
Nak register utk checkup perut dan bersalin nanti.


Tetengok dokter Quah yang kawan-kawan rekemen tu tak ada hari ni.
Dia ada operation tetiap Isnin ngan Khamis.
So if nak pegi kena amik selain daripada 2 hari tu lah.
Sabtu pun boleh pegi jugak tapi takat pukul 1 saja.
Pukul 7 pagi dorang dah bukak untuk registration tapi dokter pukul 9 baru masuk :P
Standardlah kan.

Act dokter lain pun ada, lelaki jugak.
Tapi ramai yang rekemenkan dokter Quah tu, so kita amik yang itu sajo since dengar katanya dia dah berpengalaman lebih 30 tahun.

Kalo nak bersalin kat Lam Wah Ee ni kena checkup atleast 1 kali.
So sapa-sapa yang last minit pun bole ja if tergerak nak ke sana.

Rate bersalin kat Lam Wah Ee.

Lepas amik pamplet tu terrrrrniat pulak nak pegi Hospital Pantai kat Bayan Baru.
Survey je dulu kan.

Tersangat banyaklah beza daripada rate LWE.
Kalo LWE rm4850 dah dapat bilik single, Pantai untuk bilik single rm7400 beb.
Pengsan. haha
Rasanya lain-lain negeri lain rate kot.
Sebab haritu saya terbaca forum, Pantai negeri lain taklah setinggi nih rate dia.
Well. Penang kan.

Pantai :: Normal Delivery

Pantai : Czer
Tapi tengok Pantai punya situasi tu tenanglah sikit.
Tak macam LWE, orang keluar masuk boleh tahan.
Dah macam government hospital pulak. heheh

Tapi oklah kot kalo dah bajet takat 5k untuk single room =)
Yang crowdednya dekat lobby tang registration ja kot.
Kat area wad tak adalah crowded.

Awal hari tu memang dah pasang niat nak carik dokter pompuan.
Tapi dokter pompuan kat area Sg Ara pulak.
Jauhlah sikit dari umah.
By that time tak sure lagi husband ada kat umah ataupun masih kat tengah laut.
Karang panik pulak bapakku nak drive pegi spital.
Kena pulak time tu dah rasa sakit ke.
haaaa camno.
Dahlah bapak aiii cepat panik. heheh

Pantai memang ada dokter pompuan tapi harga single roomnya mak aiii :P
Island Hosp pun ada dokter pompuan jugak rasanya tapi itulah, jauh nun ke tanjung sana.
Dalam keadaan husband tak tentu ada atau tak time nak bersalin nanti, kita play safe saja.
Amik yang boleh dipercayai,  terdekat dan termurah.

So Sabtu ni lah kot pegi LWE balik if rajin.
Tapi macam kena rajin jugaklah, maleh pulak nak pegi time keja.
Konfem-konfem lambat jugak nanti.
Kalo pegi hari cuti boleh rilex2, tak payah rushing sangat.

23 October 2012

Weekend

Jumaat malam abah Naim buat seperaissss!!
Tetiba malam tu dalam pukul 11 dapat sms bagitau suruh amik kat terminal bas Sg Nibong pukul 6 pagi.
Tergezuttt aii. Tapi suka ja.
Sapa tak suka laki balik oooiiiii! haha
Padahal sebelum tu gitau tak boleh balik la, takut dorang check walaupun tak ada aktiviti pun sabtu ahad tu :P
Kononnyalah. Tetiba balik, i shukeeee je ;)

Sabtu ahad haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Since susu Naim pun dah tinggal 2 kotak yang 600g tu, dah husband ada ni haruslah ajak dia pegi beli sesiap.
Memanglah dah tinggal duit tapi nak harap ibu pegi sorang macam reput ja.
Selalu apa-apa pegi ngan husband, so bila nak pegi sorang ni rasa pelik pulak.

So survey kat Tesco dulu kot-kot ada offer.
hmmm tapi tak ada pun.
Dah pusing area susu tu, promoter pun bagilah sample susu Anmum nih.
Satu untuk ibu satu untuk Naim.
Tapi nanti bagi kat kucing ja la, aii tak lalu la nak minum susu bancuh ni :P



Maka, kasik angkut sekali dua kotak besau.
Murah sikitlah harga daripada Tesco.

Untuk 1.8 kg + 200g Free = RM96.00.

Tapi yang last beli hari tu memang berbaloi lagi.
Sekotak 600g baru rm26 saja.
So kalo 1.8kg baru 78.00.
Masa tu beli 2 kotak besar tu jugak.
Kalo tau amik sesiap 4 kotak.



Dah beli banyak nyonya kedai pun bagi free sachet-sachet kecik nih.
Satu sachet lepaslah sekali bancuh.
Then dapat la free gift towel ngan apa tah lagi.


Dan beli sekali diapers Naim.
Murah jugak 45.00 utk bonus pax yang ada 60 lai tu.
Kat Tesco 41.++ tapi 50 lai sajo. Rugi....rugi

Tapi tambah lagi dua pack sajo sebab takut tak boleh pakai lama, dah ada tanda-tanda paha dah ketat ja saiz xl ni.
Hari tu dah beli xxl tapi longgar pulak.
Tu yang bagi Naim pakai xl dulu, tapi now dah nampak fit pulak.
Sebulan dua lagi kena tukar saizlah kot.


Aktiviti Ahad pun haruslah jalan-jalan.
Tapi tak ke mana sangat pun.
Pegi Queensbay sajalah.
Husband nak kena naik bas pegi Johor semula malam tu.
So tak bolehlah lambat-lambat.

Ke Jusco saja kita.
Carik prezent untuk baby girl, Damia. Anak Azreen opis sebelah ni =)
Act dia jemput pegi kenduri, buat besday hari Sabtu tu.
Tapi maklumlah urat banyak putus kot, boleh pulak terlupa.
Ralat pulak rasanya.
So untuk mengurangkan keralatan itu haruslah carik something walaupun tak pegi ;)

Ye lah time besday Naim haritu dorang besar hati datang umah.
So macam tak patut pulak hakuuuu.
Sori naaaa Azreen, serius terlupa betoi :P
Padahal boleh ja pegi Sabtu tu, kalo ingatlah.


Lepas tu singgah kedai jam kat Tesco Extra nun, carik prezent untuk Meyra pulak.
Nak kenuri bulan 11 nih.
Tak taulah boleh pegi ke tak.
Husband tak ada time tu, beratlah pulak nak pegi.
Semangat tak ada. haha

Ada lagi kenuri sedang beratur dalam jadual, maklumlah cuti sekolah kan.
Insyaallah yang mana berkesempatan akan sedaya-upaya ditunaikan.

Masuk dua hari dah husband tak ada depan mata.
Esok dah nak naik kapal.
Komunikasi lepas ni belum nampak lagi cemana dan cara mana.

Boleh call ke.
Boleh mentenet saja ke.
Ataupun tak ada chance berhubung langsung. huhu
Hopefully ada lah cara.

Okehlah adios.

Mode : Rindu abah Naim sangat-sangat ;)

19 October 2012

Baju Raya Aji Saye! ahaks!

Lunch time hari Jumaat kan panjang sikit.
So kaki pun panjang.
Kaki panjang tak apa kan, jangan tangan yang panjang :P

Aktiviti tengah hari adalah lawatan ke Kompleks Bukit Jambul.
Asal nak raya ja mesti tuju sana sebab baju-baju tradisional, jubah ready made banyak kat sana.

Sebenarnya orang lain yang nak carik jubah, tapi akhirnya dengan aiiii sekali dapat jubah jugak.
Dark pepel, murah-murah ja..

Kasik bayangan saja sudah. Seprise =)
Yang penting boleh pakai time ada perut dan jugak time perut dah tak ada nanti.
Ewahhh konfem ja perut tak ada lepas beranak kan.
Okehlah boleh jugak pakai time perut jadik kecik sikit daripada sekarang.
hahaha

Baju kurung dah tak muat tang perut rasanya, tu yang boleh terjebak beli dress tu.
Tak syok pulak raya-raya pakai blouse dengan seluar.
Macam tak raya pulak rasanya nanti.
Act Tak penah-penah aii pakai dress tau, baik time ngandung or masa tak ngandung pun :P
Ini 1st time try an error.

Esok lusa misi mencari sandal pulak.
Sandal yang ada dah buruk gila, hari-hari kena latu.
Tapi tak tau cara mana nak pegi nih, kalau berdua ja dengan Naim haruslah tak jadik keja nak kena hambat Naim.
Nantilah dipikir-pikirkan ;)

18 October 2012

Naim Ngan Ibu Dah Rindu Abahlah

Cian Naim.
Pagi-pagi celik ja mata dah tanya "Nak amik abah ka?"
Ibu boleh gelak je la, semalam baru ja antar abah, belum 24 jam pun lagi hari ni Naim dah suruh pegi amik abah balik.
huhu cian Naim, rindu abah, tapi tak reti nak luah agaknya.

Dah tu, bila turun bawah dia teringat nak tengok kartun kot kat laptop.
Tengok-tengok atas meja tinggal netbook ibu ja.
Dia tanya " laptop abah mana?"
Selalu kot mana pun dia nak tengok thru laptop abah sebab screen besar n sound kuat sikit.
Tambahan pulak laptop tu kan dah jadik hak milik mutlak Naim.
Dah tak ada urup dah pun kebanyakannya dikerjakan dia.

Tengah hari ni pulak, sajalah tadi tanya dia lagi mana pi laptop abah.
Dia kata "laptop abah dah naik kapai tebang!" heheh
Cutenya anak ibu ni, ingatan tu kuat betoi ;)

Cakap banyak tau anak teruna aii tu.
Lancar pulak tu, jaranglah nak pelat-pelat.
kalo bercakap tu, sebijik-sebijik perkataan dia keluar.

Baru ni jam dinding dalam bilik kitorang tu bateri dah abis, so saya kasik turunlah, nak ganti bateri.
Tapi dah berhari-hari tak berganti-ganti lagi ni.
Asyik lupa je. heheh
Then Naim tengok dinding kosong, jam dah tak ada.
Dan-dan timbul soalan, "Mana jang? *jam.
Ewahhh macam pandai pulak dia nak nengok jam pukul berapa :P

Tapi yang heran tu mana mai tah kekadang dia sebut perkataan tu versi Tenganu.
Sebut ayam  jadik ayang. haha
Nak kata dulu mengidam nak pegi Tenganu tak kesampaian, idok ler pulak :P

huhuhu
Rindu abah Naimlah.
Bila jauh-jauh ni rindu dia lain macam sikit.
Seriously rindu sangat ;)
Take care naaaa abah Naim!
We lebiu alwayysssss.. mmuahhhhhh!! heheh

17 October 2012

Cedihnyaaaaa

Sob sob...Sedihnya
Abah Naim dah berangkat pegi Johor petang tadi.
Ada offshore punya course sampai next week then terus naik kapal. huhu
Insyaallah jumpa lagi dalam 7 minggu.

Phewwww
Lamanya, sabar sajalah menunggu.

Dulu biasa jugak berdepan keadaan macam ni.
Terpisah, jumpa balik, terpisah lagi atas dasar dan alasan tuntutan kerja.
Tapi masa tu belum kawen, masih berkasih-kasihan sampai bertunang saja.
So keadaannya adalah berbeza sebab masa tu kita belum 24 jam bersama.

Memula ingatkan saya kuat, tapi tak sebenarnya.
Merambu-rambu air mata duyungku.
Naim jugak yang steady, siap gelak-gelak lagi.
Ye lah kan dia bukan paham pun :P

Lepas sesi bubbye-bubbye tu, haruslah ibu yang kena amik alih tempat abah drive balik umah.
Naim jadik co-pilot.
Co-pilot tak duduk diam punya.
Geram aiiiii tau

Memula iya-iya dia pakai seat belt.
Tak sempat lepas kawasan airport dah kalut suruh bukak pulak.
Dah tu kejap lompat, kejap berdiri, kejap duduk kat arm rest tengah-tengah tu.
Kejap lagi dia sibuk nak pegi belakang.
Tekan lampu, tekan itu tekan ini. hadoiiiii

Lepas tu dia lompat ke depan balik, boleh pulak nak tarik-tarik stereng sekali dengan ibu.
Dia ingat ibu dia dok main kot.
Siap nak landing atas paha ibu lagi.
Jenuh jugak la tarik perhatian dia kat benda-benda lain takmau kasik dia kacau stereng.
Melelong jugak sikit tadi sementara nak neutralkan itu budak. huishhhh

Lepas ni kena pegi keja sendiri, pegi checkup sendiri. huhu
Selama ni kalo checkup perut tak pernah husband tak ada.
Sedihnya :(

Kalo pegi keja tu, datang time tak larat bawak keta or malas nak parking jauh-jauh, konfem ada husband tolong hantar, tolong amik.
Sekarang kenalah pandai-pandai sendiri.
Habislah lemak-lemak berkrimku ini.
Udahlah semakin perut besar semakin mengah ja napas.
Naik tangga sikit pun mencungap.

Ada jugak yang bertanya, tak kisah ke husband keja jauh-jauh.
Pompuan mana yang tak kisah tu mesti ada something wrong, sama ada dia tak ada perasaan or something else.

Bagi perempuan normal macam saya, of cozlah kalo tak banyak, sikit tu ada jugak keraguan.
Lelaki tu tetap lelaki uuu, walau sebaik manapun dia.
Majoritinya macam gitu.
Pantang ada peluang.
Berbeza dengan perempuan.
Perempuan lebih setia, tambahan pulak kalo dah kawen.
Laki kalo dah kawen pun dia kira kuota dia ada kosong lagi 3.
Bab tu semua nak ikut sunnah kan.
Bab lain, hmmmmm sendiri mau taulah.
** fakta ni : hasil kajian prof. fadelina. hahaha

Pendapat saya, dah laki nak pegi keja je pun kan, nak cari nafkah untuk keluarga, takkan nak halang kalau dah rezeki dan minatnya dalam bidang cenggitu.
So, go on sajolah.
Insyaallah sebagai isteri saya selalu support apa yang beliau buat walaupun saya tak paham sangat pun.

Tapi dah ada green light tu harapnya suamiku tidak menyalahgunakan kepercayaan yang dibagi. Insyaallah.
Harapnya beliau sentiasa ingat dengan tanggungjawab, bukan setakat keperluan material semata.
Pendek kata, sentiasa sedar status diri.
Dah ada keluarga jangan anggap diri tu bujang puleksssss

Saya tak mintak intan permata, tapi kalo dah nak bagi tu aiii terima sajo. haha

Saya mengharapkan suami yang setia sampai bila-bila.
Sebab bila kita dapat pasangan yang setia,
Insyaallah masalah-masalah berangkai lain akan dapat dielakkan.
Am i rite?
:P

Hadoi tak larat mengadap netbook lelama sekarang.
Kerap sakit belakanglah kalo duduk lama-lama ni, kat opis tu lagilah.
Asyik lenguh ja manjang.

Saya suka menaip sambil meniarap, tapi keadaan tak mengizinkan.
Baby dalam perut dah masuk 26 weeks.
Almost 7 moths suda.
By da time abah balik nanti baby pun dah tunggu time nak keluar kot.
Kalo operate jugaklah.
Operate 38 weeks dah masuk doc kan.

Kalo normal pertengahan bulan Januari.
Hopefully husband ada time bersalin nanti.
And hope sangat baby keluar secara normal, tapi kuarlah awal sket naaa baby.
Time abah ada lagi cun ;) heheh

13 October 2012

Cop Mohor

Jeng jeng jeng.

Blog den sudah maju :P hakhak
Cer tengok kat pic bawah ni, ada cop mohor ladybug uuuu
Tapi taklah buat sendiri, order sajo.
Nak buat cemana, tak reti.
Ni nak guna cop mohor masa memula pun tergagap-gagap.
Tapi lama-lama nanti expert la kan.


Well, ini pic baju baby =)
Dah dikeluarkan pun dari tong simpanan. heheh
Haruslah recycle baju Naim masa baby dulu.
Save!

Tapi idok ler save sangat pun.
Ada nampak itu pinky-pinky color?
haha ibu Naim sedang gila beli baju pink sekarang memandangkan sudah tahu jantina baby..
Sebelum ni diharamkan beli baju pink untuk Naim.
Pink lite-lite pun tak diluluskan okeh.

Azam awal, kengkonon nak beli selai dua saja buat tambahan habuan nak bawak pegi hospital.
Tapi nak buat cemana, takdir penentu segala! kahkahkah
Rasanya setakat hari ni dah beli belas-belas lai jugak, baru baju sajo.
Amik pun yang besar-besar sikit.
Umur 3-6 bulan.
Boleh pakai lama sikit.
Nak amik yang 6 bulan ke atas macam tak gamak la pulak.
Tak gamak uuuu. 
Takkan nak tengok ja baju-baju tu sampai umur baby 6 bulan kan. haha

Booties n mitten ada jugak saya beli tambahan dalam 7-8 set kot.
Kalo campur dengan yang Naim punya dulu, hmmm pakai seminggu tak basuh pun tak abis kot.
Naim punya dulu mostly blue n white color.
Kali ni ibu dia beli pink n merah sokmo.
Putih pun ada gak sikit.
Waaaa gila pinklah.

Napkin dan barut tak beli dahlah.
Elok-elok lagi yang dok ada.
Lagipun napkin pakai untuk bedung ja. 
Cukuplah 12 lai yang Naim punya tu.

Blanket pun beli selai ja, pink kaler seharusnya!
Dan towel jugak, baru beli 2 lai.
Macam nak kena tambah lagilah.
Coz masa baby dulu kalo ikut macam Naim tetiap hari tukar towel, bila dah besar sikit ni tukar towel dua hari sekali.
So 2 lai adalah tidak mencukupi.
Nanti kita tambah lagi ye baby.
Beli yang plain cap anakku or pureen saja.
Murah sikit, 2 lai 19.90 kalo tak silap.
Lagipun baby tak sesuai beli yang ada sulam-sulamlah.
Coz sulam tu macam keras sikit.
Nanti tercalar pulak.

Act minggu ni sudah almost 26 weeks lebih kurang.
Maknanya dah 6 bulan 1/2.
Tak lama dahlah baby nak keluar.
Sekarang sakan dia tendang perut ibu.
Kadang-kadang tertendang pundi kencing jugak! haha boleh ke?
Entah ler, tapi ada time tu bila sekali dia kick rasa dan-dan nak terkencing. haha

Kadang-kadang, ehhh selalu jugak rasanya.... baby kena kick, kena stunt dengan abang Naim.
isshhhh tak tau nak kasik tau cemana kat abang Naim nih.
Lagi ibu kata sakit baby kena kick, lagi dia nak kick perut ibu ni. 
Ape daaaa :P

Tapi Insyaallah abang Naim akan jadik abang yang penyayang kot nanti.
Coz bila tengok reaksi dia bila tengok realbaby tu macam suka ja.
Tak adalah nak ketuk ke apa ke.
Apapun kita tunggu je la cemana nanti :P

Okeh, sehingga berjumpa lagi nanti.
Banyak rasanya nak hapdet pasal pregnancy kali ni.
Masa pregnant dulu belum ada blog lagi.
Ehhh masa tu dah create dah, tapi tak hapdet pun.
Sampai password pun lupa.

Okeh jumpa lagi! 
Good nite.
Tata titi tutu :P

08 October 2012

Amway vs Tanamera

Tuan tanah sedang gila survey set bersalin :P

Mula-mula dalam 2 minggu lepas iya-iya rasa nak beli Tanamera.
Hari-hari tengok review menda alah tu.
Tapi bila pikir balik, Tanamera ni lebih tertumpu kepada penjagaan sebelum bersalin.

Penjagaan lepas bersalin dia macam kureng sikit.
For me lah. Untuk orang lain tak sure pulok :P
Dia more tu penjagaan luaran.

TANAMERA POSTNATAL CARE SET 

• Cold Pressed Virgin Coconut Oil 100ML

• Brown Formulation Soap 125G
• Herbal Massage Oil 100ML
• Lavendar Floral Water 70ML
• Feminine Herbal Wash 14 SACHETS X 10GM
• Herbal Bath 14 SACHETS X 10G
• Herbal Tea 14 SACHETS X 2G
• Firming Herbal Blend Paste 14 SACHETS X 15G
• Abdominal Wrap 
• Calming Blend Paste 4 SACHETS X 20G
• Boreh Body Scrub 4 SACHETS X 20GM

TOTAL ITEMS = 11



Penjagaan dalaman cuma ada herbal tea sajo.
Ehhh ada VCO (Virgin Coconut Oil) tu, tapi macam tak berapa nak jamulah.

Setnya nampak murah, RM360 per set.
Kiranya masih harga yang berpatutan untuk set bersalin coz dulu masa Naim saya beli set NR pun dah 4++.

Tapi sila jangan terpedaya dengan set Tanamera ni okeh. hahaha
Ye lah, sebab dalam set tu jumlahnya memang tak mencukupi untuk kegunaan 44 hari.
So sapa yang berminat dengan set ni rasanya perlu beli tambahan jugak untuk produk-produk yang tak mencukupi tu.

Harga tambahan seperti kat bawah ni :-

Minyak Kelapa Dara , RM34 
Herba Pembersih Wanita , RM26.50
Herba Mandian , RM26.50
Minyak Urut Herba ,RM33
Bengkung, RM70 
lulur Badan Herba, rm46 
Sabun Mandi Herba , rm15
Air Bunga Lavender ,rm36

Untuk makluman juga, Herbal Tea untuk diminum tu memang tak ada jual secara loose.
Abih tu cemana ek?
Dalam set hanya ada 14 sachet, 1 uncang boleh guna dua kali @ 1 hari.
So 14 sachet hanya tahan 14 hari.
Selebihnya kena minum teh boh la kot. kahkahkah
Takkan nak kena beli 2 set kan?
360 x 2 = 720? Pheeewwwww

Dahlah herbal tea ni satu-satunya untuk penjagaan dalaman yang berasaskan herba.
How?

Setelah dipikir semasak-masaknya, saya decide nak beli VCO (Virgin Coconut Oil) & Brown Formulation saja from Tanamera.
VCO tu dikatakan dapat mengurangkan luka kat private part if  bersalin normal.
Dan boleh guna untuk sapu pada perut untuk kurangkan stretch mark jugak.
Brown Formulation Soap tu untuk penjagaan kulit ja ;)
Sabun ala-ala scrub if tak silap.

Dalam sehari dua ni rasa nak beli Amwaylah :P hahaha
Sebab tgk review macam menarik kebabom ja.
Dan sebab packaging dia nampak cool gitu.


Tapi yang penting sebab review dia nampak memuaskan.
Herba dia tak sekuat NR, so kurang risau la nak makan if baby kuning nanti.
Rasanya kebanyakan baby sekarang ni memang akan kuning jugak walaupun sikit.
Tambah pulak ibunya darah O, memang konfem-konfem risiko tu lagi besar disamping faktor-faktor pemakanan semasa.

Setakat ni harga yang paling murah untuk set ni RM270 bersih.
Cukup untuk kegunaan 44 hari.
Bayo duit, tunggu Poslaju mai depan pintu umah saja :P

Meh kita tengok apa yang ada dalam set Tropical Herb Amway nih ;)

KELEBIHAN PRODUK SET BERSALIN AMWAY – TROPICAL HERBS
1. HERBA MANDIAN – Herba dan bunga tropika yang sangat harum untuk menyegarkan semula tubuh dan membangkitkan mood. Herba-hrba lain seperti serai wangi dan daun limau purut melegakan lenguh-lenguh dan sakit otot manakala kunyit dan usnea barbata memberikan khasiat antibakteria dan antifungus untuk menangani masalah kulit yang ringan termasuk kegatalan dan ruam. Herba ini juga boleh diletakkan di dalam periuk sauna ketika bersauna untuk menyegarkan badan.
2. MINYAK URUT HERBA – Minyak yang dicampur khas daripada herba-herba yang direbus secara teliti. Rumusan zaman berzaman yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan, memberikan khasiat antibakteris, antispasmodik, antifungus dan astringen. DIbuat menggunakan minyak kelapa sawati yang kaya dengan vitamin E dan A, ia juga dapat menghangatkan kulit dan merangsang peredaran darah untuk merehatkan otot yang tertekan akibat proses bersalin.
3.  MINYAK BAYI – RUmusan semulajadi yang berkesan untuk mencegah angin dan kembung perut bayi. Ia dirumus menggunakan 100% tumbuhan dan minyak pati tanpa mengandungi menthol atau mentil salisilat. Boleh digunakan setiap hari ke atas bayi, hanya satu atau dua titis setiap penggunaan sudah mencukupi.
4. CAMPURAN PENGHANGAT BADAN – Apabila disapu pada seluruh badan, ia membantu peredaran darah dan mengurangkan bengkak air. Herba-herba yang digunakan dalam campuran ini termasuk halia, biji hitam, buah pala, bunga cengkih dan kunyit.
5. CAMPURAN PENENANG – Mengandungi herba yang menyamankan seperti biji hitam, daun turi dan asam jawa. Ia membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kurang tidur. Calit sedikit pada dahi juga mennyegarkan dan mengurangkan rasa berat di sekitar mata.
6. CAMPURAN PERAMPING PERUT – Tanah liat yang ditulenkan dengan air limau nipis dan herba-herba yang dikisar digunakan bersama dengan bengkung membantu ibu-ibu mengetatkan bahagian abdomen dan membantu mengempiskan perut disamping mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin. Juga berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda hitam pada bahagian perut.
7. HERBA PEMBERSIH WANITA – Melegakan ketidakselesaan disebabkan keradangan di bahagian alat sulit. Campuran herba yang begitu harum ini dapat menhilangkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit. Ia juga tinggi kandungan tanin yang membantu mengecutkan tisu alat sulit dan mempercepatkan penyembuhan. Mengandungi herba-herba seperti sirih,kunyit,manjakani,halia hutan dan daun jambu batu.
8. TEH HERBA – Tonik yang diilhamkan daripada rawatan selepas bersalin yang diamalkan oleh keluarga diraja Perak. Ia digunakan sejurus selepas bersalin untuk membersihkan sistem dan menyingkirkan darah beku dari rahim. Mengandungi kunyit, manjakani, halia, jintan putih dan hitam. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan keradangan tisu vagina.
9. PIL SELEPAS BERSALIN 1 – Pil yang membantu mengembalikan tenaga , melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Menggabungkan herba yang digunakan secara tradisional dalam sistem ayurveda dalam bentuk kapsul sayuran juga shatavari yang meningkatkan pengeluaran susu.
10. PIL SELEPAS BERSALIN 2 – Pil ini membantu ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal secara dalaman an luaran. Mengandungi kombinasi herba yang sangat astrigen untuk membantu pengecutan rahim dan otot vagina.
11. BENGKUNG KAPAS – Digunakan bersama-sama campuran peramping perut, ia memejalkan otot dan kulit perut, menggalakkan postur yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi dan membantu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin disamping mengempiskan perut.
Macam best kan?

I loike ;)