08 October 2012

Amway vs Tanamera

Tuan tanah sedang gila survey set bersalin :P

Mula-mula dalam 2 minggu lepas iya-iya rasa nak beli Tanamera.
Hari-hari tengok review menda alah tu.
Tapi bila pikir balik, Tanamera ni lebih tertumpu kepada penjagaan sebelum bersalin.

Penjagaan lepas bersalin dia macam kureng sikit.
For me lah. Untuk orang lain tak sure pulok :P
Dia more tu penjagaan luaran.

TANAMERA POSTNATAL CARE SET 

• Cold Pressed Virgin Coconut Oil 100ML

• Brown Formulation Soap 125G
• Herbal Massage Oil 100ML
• Lavendar Floral Water 70ML
• Feminine Herbal Wash 14 SACHETS X 10GM
• Herbal Bath 14 SACHETS X 10G
• Herbal Tea 14 SACHETS X 2G
• Firming Herbal Blend Paste 14 SACHETS X 15G
• Abdominal Wrap 
• Calming Blend Paste 4 SACHETS X 20G
• Boreh Body Scrub 4 SACHETS X 20GM

TOTAL ITEMS = 11



Penjagaan dalaman cuma ada herbal tea sajo.
Ehhh ada VCO (Virgin Coconut Oil) tu, tapi macam tak berapa nak jamulah.

Setnya nampak murah, RM360 per set.
Kiranya masih harga yang berpatutan untuk set bersalin coz dulu masa Naim saya beli set NR pun dah 4++.

Tapi sila jangan terpedaya dengan set Tanamera ni okeh. hahaha
Ye lah, sebab dalam set tu jumlahnya memang tak mencukupi untuk kegunaan 44 hari.
So sapa yang berminat dengan set ni rasanya perlu beli tambahan jugak untuk produk-produk yang tak mencukupi tu.

Harga tambahan seperti kat bawah ni :-

Minyak Kelapa Dara , RM34 
Herba Pembersih Wanita , RM26.50
Herba Mandian , RM26.50
Minyak Urut Herba ,RM33
Bengkung, RM70 
lulur Badan Herba, rm46 
Sabun Mandi Herba , rm15
Air Bunga Lavender ,rm36

Untuk makluman juga, Herbal Tea untuk diminum tu memang tak ada jual secara loose.
Abih tu cemana ek?
Dalam set hanya ada 14 sachet, 1 uncang boleh guna dua kali @ 1 hari.
So 14 sachet hanya tahan 14 hari.
Selebihnya kena minum teh boh la kot. kahkahkah
Takkan nak kena beli 2 set kan?
360 x 2 = 720? Pheeewwwww

Dahlah herbal tea ni satu-satunya untuk penjagaan dalaman yang berasaskan herba.
How?

Setelah dipikir semasak-masaknya, saya decide nak beli VCO (Virgin Coconut Oil) & Brown Formulation saja from Tanamera.
VCO tu dikatakan dapat mengurangkan luka kat private part if  bersalin normal.
Dan boleh guna untuk sapu pada perut untuk kurangkan stretch mark jugak.
Brown Formulation Soap tu untuk penjagaan kulit ja ;)
Sabun ala-ala scrub if tak silap.

Dalam sehari dua ni rasa nak beli Amwaylah :P hahaha
Sebab tgk review macam menarik kebabom ja.
Dan sebab packaging dia nampak cool gitu.


Tapi yang penting sebab review dia nampak memuaskan.
Herba dia tak sekuat NR, so kurang risau la nak makan if baby kuning nanti.
Rasanya kebanyakan baby sekarang ni memang akan kuning jugak walaupun sikit.
Tambah pulak ibunya darah O, memang konfem-konfem risiko tu lagi besar disamping faktor-faktor pemakanan semasa.

Setakat ni harga yang paling murah untuk set ni RM270 bersih.
Cukup untuk kegunaan 44 hari.
Bayo duit, tunggu Poslaju mai depan pintu umah saja :P

Meh kita tengok apa yang ada dalam set Tropical Herb Amway nih ;)

KELEBIHAN PRODUK SET BERSALIN AMWAY – TROPICAL HERBS
1. HERBA MANDIAN – Herba dan bunga tropika yang sangat harum untuk menyegarkan semula tubuh dan membangkitkan mood. Herba-hrba lain seperti serai wangi dan daun limau purut melegakan lenguh-lenguh dan sakit otot manakala kunyit dan usnea barbata memberikan khasiat antibakteria dan antifungus untuk menangani masalah kulit yang ringan termasuk kegatalan dan ruam. Herba ini juga boleh diletakkan di dalam periuk sauna ketika bersauna untuk menyegarkan badan.
2. MINYAK URUT HERBA – Minyak yang dicampur khas daripada herba-herba yang direbus secara teliti. Rumusan zaman berzaman yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan, memberikan khasiat antibakteris, antispasmodik, antifungus dan astringen. DIbuat menggunakan minyak kelapa sawati yang kaya dengan vitamin E dan A, ia juga dapat menghangatkan kulit dan merangsang peredaran darah untuk merehatkan otot yang tertekan akibat proses bersalin.
3.  MINYAK BAYI – RUmusan semulajadi yang berkesan untuk mencegah angin dan kembung perut bayi. Ia dirumus menggunakan 100% tumbuhan dan minyak pati tanpa mengandungi menthol atau mentil salisilat. Boleh digunakan setiap hari ke atas bayi, hanya satu atau dua titis setiap penggunaan sudah mencukupi.
4. CAMPURAN PENGHANGAT BADAN – Apabila disapu pada seluruh badan, ia membantu peredaran darah dan mengurangkan bengkak air. Herba-herba yang digunakan dalam campuran ini termasuk halia, biji hitam, buah pala, bunga cengkih dan kunyit.
5. CAMPURAN PENENANG – Mengandungi herba yang menyamankan seperti biji hitam, daun turi dan asam jawa. Ia membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kurang tidur. Calit sedikit pada dahi juga mennyegarkan dan mengurangkan rasa berat di sekitar mata.
6. CAMPURAN PERAMPING PERUT – Tanah liat yang ditulenkan dengan air limau nipis dan herba-herba yang dikisar digunakan bersama dengan bengkung membantu ibu-ibu mengetatkan bahagian abdomen dan membantu mengempiskan perut disamping mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin. Juga berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda hitam pada bahagian perut.
7. HERBA PEMBERSIH WANITA – Melegakan ketidakselesaan disebabkan keradangan di bahagian alat sulit. Campuran herba yang begitu harum ini dapat menhilangkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit. Ia juga tinggi kandungan tanin yang membantu mengecutkan tisu alat sulit dan mempercepatkan penyembuhan. Mengandungi herba-herba seperti sirih,kunyit,manjakani,halia hutan dan daun jambu batu.
8. TEH HERBA – Tonik yang diilhamkan daripada rawatan selepas bersalin yang diamalkan oleh keluarga diraja Perak. Ia digunakan sejurus selepas bersalin untuk membersihkan sistem dan menyingkirkan darah beku dari rahim. Mengandungi kunyit, manjakani, halia, jintan putih dan hitam. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan keradangan tisu vagina.
9. PIL SELEPAS BERSALIN 1 – Pil yang membantu mengembalikan tenaga , melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Menggabungkan herba yang digunakan secara tradisional dalam sistem ayurveda dalam bentuk kapsul sayuran juga shatavari yang meningkatkan pengeluaran susu.
10. PIL SELEPAS BERSALIN 2 – Pil ini membantu ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal secara dalaman an luaran. Mengandungi kombinasi herba yang sangat astrigen untuk membantu pengecutan rahim dan otot vagina.
11. BENGKUNG KAPAS – Digunakan bersama-sama campuran peramping perut, ia memejalkan otot dan kulit perut, menggalakkan postur yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi dan membantu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin disamping mengempiskan perut.
Macam best kan?

I loike ;)