13 October 2012

Cop Mohor

Jeng jeng jeng.

Blog den sudah maju :P hakhak
Cer tengok kat pic bawah ni, ada cop mohor ladybug uuuu
Tapi taklah buat sendiri, order sajo.
Nak buat cemana, tak reti.
Ni nak guna cop mohor masa memula pun tergagap-gagap.
Tapi lama-lama nanti expert la kan.


Well, ini pic baju baby =)
Dah dikeluarkan pun dari tong simpanan. heheh
Haruslah recycle baju Naim masa baby dulu.
Save!

Tapi idok ler save sangat pun.
Ada nampak itu pinky-pinky color?
haha ibu Naim sedang gila beli baju pink sekarang memandangkan sudah tahu jantina baby..
Sebelum ni diharamkan beli baju pink untuk Naim.
Pink lite-lite pun tak diluluskan okeh.

Azam awal, kengkonon nak beli selai dua saja buat tambahan habuan nak bawak pegi hospital.
Tapi nak buat cemana, takdir penentu segala! kahkahkah
Rasanya setakat hari ni dah beli belas-belas lai jugak, baru baju sajo.
Amik pun yang besar-besar sikit.
Umur 3-6 bulan.
Boleh pakai lama sikit.
Nak amik yang 6 bulan ke atas macam tak gamak la pulak.
Tak gamak uuuu. 
Takkan nak tengok ja baju-baju tu sampai umur baby 6 bulan kan. haha

Booties n mitten ada jugak saya beli tambahan dalam 7-8 set kot.
Kalo campur dengan yang Naim punya dulu, hmmm pakai seminggu tak basuh pun tak abis kot.
Naim punya dulu mostly blue n white color.
Kali ni ibu dia beli pink n merah sokmo.
Putih pun ada gak sikit.
Waaaa gila pinklah.

Napkin dan barut tak beli dahlah.
Elok-elok lagi yang dok ada.
Lagipun napkin pakai untuk bedung ja. 
Cukuplah 12 lai yang Naim punya tu.

Blanket pun beli selai ja, pink kaler seharusnya!
Dan towel jugak, baru beli 2 lai.
Macam nak kena tambah lagilah.
Coz masa baby dulu kalo ikut macam Naim tetiap hari tukar towel, bila dah besar sikit ni tukar towel dua hari sekali.
So 2 lai adalah tidak mencukupi.
Nanti kita tambah lagi ye baby.
Beli yang plain cap anakku or pureen saja.
Murah sikit, 2 lai 19.90 kalo tak silap.
Lagipun baby tak sesuai beli yang ada sulam-sulamlah.
Coz sulam tu macam keras sikit.
Nanti tercalar pulak.

Act minggu ni sudah almost 26 weeks lebih kurang.
Maknanya dah 6 bulan 1/2.
Tak lama dahlah baby nak keluar.
Sekarang sakan dia tendang perut ibu.
Kadang-kadang tertendang pundi kencing jugak! haha boleh ke?
Entah ler, tapi ada time tu bila sekali dia kick rasa dan-dan nak terkencing. haha

Kadang-kadang, ehhh selalu jugak rasanya.... baby kena kick, kena stunt dengan abang Naim.
isshhhh tak tau nak kasik tau cemana kat abang Naim nih.
Lagi ibu kata sakit baby kena kick, lagi dia nak kick perut ibu ni. 
Ape daaaa :P

Tapi Insyaallah abang Naim akan jadik abang yang penyayang kot nanti.
Coz bila tengok reaksi dia bila tengok realbaby tu macam suka ja.
Tak adalah nak ketuk ke apa ke.
Apapun kita tunggu je la cemana nanti :P

Okeh, sehingga berjumpa lagi nanti.
Banyak rasanya nak hapdet pasal pregnancy kali ni.
Masa pregnant dulu belum ada blog lagi.
Ehhh masa tu dah create dah, tapi tak hapdet pun.
Sampai password pun lupa.

Okeh jumpa lagi! 
Good nite.
Tata titi tutu :P