23 October 2012

Weekend

Jumaat malam abah Naim buat seperaissss!!
Tetiba malam tu dalam pukul 11 dapat sms bagitau suruh amik kat terminal bas Sg Nibong pukul 6 pagi.
Tergezuttt aii. Tapi suka ja.
Sapa tak suka laki balik oooiiiii! haha
Padahal sebelum tu gitau tak boleh balik la, takut dorang check walaupun tak ada aktiviti pun sabtu ahad tu :P
Kononnyalah. Tetiba balik, i shukeeee je ;)

Sabtu ahad haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Since susu Naim pun dah tinggal 2 kotak yang 600g tu, dah husband ada ni haruslah ajak dia pegi beli sesiap.
Memanglah dah tinggal duit tapi nak harap ibu pegi sorang macam reput ja.
Selalu apa-apa pegi ngan husband, so bila nak pegi sorang ni rasa pelik pulak.

So survey kat Tesco dulu kot-kot ada offer.
hmmm tapi tak ada pun.
Dah pusing area susu tu, promoter pun bagilah sample susu Anmum nih.
Satu untuk ibu satu untuk Naim.
Tapi nanti bagi kat kucing ja la, aii tak lalu la nak minum susu bancuh ni :P



Maka, kasik angkut sekali dua kotak besau.
Murah sikitlah harga daripada Tesco.

Untuk 1.8 kg + 200g Free = RM96.00.

Tapi yang last beli hari tu memang berbaloi lagi.
Sekotak 600g baru rm26 saja.
So kalo 1.8kg baru 78.00.
Masa tu beli 2 kotak besar tu jugak.
Kalo tau amik sesiap 4 kotak.



Dah beli banyak nyonya kedai pun bagi free sachet-sachet kecik nih.
Satu sachet lepaslah sekali bancuh.
Then dapat la free gift towel ngan apa tah lagi.


Dan beli sekali diapers Naim.
Murah jugak 45.00 utk bonus pax yang ada 60 lai tu.
Kat Tesco 41.++ tapi 50 lai sajo. Rugi....rugi

Tapi tambah lagi dua pack sajo sebab takut tak boleh pakai lama, dah ada tanda-tanda paha dah ketat ja saiz xl ni.
Hari tu dah beli xxl tapi longgar pulak.
Tu yang bagi Naim pakai xl dulu, tapi now dah nampak fit pulak.
Sebulan dua lagi kena tukar saizlah kot.


Aktiviti Ahad pun haruslah jalan-jalan.
Tapi tak ke mana sangat pun.
Pegi Queensbay sajalah.
Husband nak kena naik bas pegi Johor semula malam tu.
So tak bolehlah lambat-lambat.

Ke Jusco saja kita.
Carik prezent untuk baby girl, Damia. Anak Azreen opis sebelah ni =)
Act dia jemput pegi kenduri, buat besday hari Sabtu tu.
Tapi maklumlah urat banyak putus kot, boleh pulak terlupa.
Ralat pulak rasanya.
So untuk mengurangkan keralatan itu haruslah carik something walaupun tak pegi ;)

Ye lah time besday Naim haritu dorang besar hati datang umah.
So macam tak patut pulak hakuuuu.
Sori naaaa Azreen, serius terlupa betoi :P
Padahal boleh ja pegi Sabtu tu, kalo ingatlah.


Lepas tu singgah kedai jam kat Tesco Extra nun, carik prezent untuk Meyra pulak.
Nak kenuri bulan 11 nih.
Tak taulah boleh pegi ke tak.
Husband tak ada time tu, beratlah pulak nak pegi.
Semangat tak ada. haha

Ada lagi kenuri sedang beratur dalam jadual, maklumlah cuti sekolah kan.
Insyaallah yang mana berkesempatan akan sedaya-upaya ditunaikan.

Masuk dua hari dah husband tak ada depan mata.
Esok dah nak naik kapal.
Komunikasi lepas ni belum nampak lagi cemana dan cara mana.

Boleh call ke.
Boleh mentenet saja ke.
Ataupun tak ada chance berhubung langsung. huhu
Hopefully ada lah cara.

Okehlah adios.

Mode : Rindu abah Naim sangat-sangat ;)