25 October 2012

Bersalin kat Mana?

Today mood keja sudah ke laut sebab esok raya.
So semua staf USM dapat perlepasan, half day.
Pukul 1 dah boleh balik.

Alang-alang balik awal ni teringat pulak nak singgah Hospital Lam Wah Ee.
Nak register utk checkup perut dan bersalin nanti.


Tetengok dokter Quah yang kawan-kawan rekemen tu tak ada hari ni.
Dia ada operation tetiap Isnin ngan Khamis.
So if nak pegi kena amik selain daripada 2 hari tu lah.
Sabtu pun boleh pegi jugak tapi takat pukul 1 saja.
Pukul 7 pagi dorang dah bukak untuk registration tapi dokter pukul 9 baru masuk :P
Standardlah kan.

Act dokter lain pun ada, lelaki jugak.
Tapi ramai yang rekemenkan dokter Quah tu, so kita amik yang itu sajo since dengar katanya dia dah berpengalaman lebih 30 tahun.

Kalo nak bersalin kat Lam Wah Ee ni kena checkup atleast 1 kali.
So sapa-sapa yang last minit pun bole ja if tergerak nak ke sana.

Rate bersalin kat Lam Wah Ee.

Lepas amik pamplet tu terrrrrniat pulak nak pegi Hospital Pantai kat Bayan Baru.
Survey je dulu kan.

Tersangat banyaklah beza daripada rate LWE.
Kalo LWE rm4850 dah dapat bilik single, Pantai untuk bilik single rm7400 beb.
Pengsan. haha
Rasanya lain-lain negeri lain rate kot.
Sebab haritu saya terbaca forum, Pantai negeri lain taklah setinggi nih rate dia.
Well. Penang kan.

Pantai :: Normal Delivery

Pantai : Czer
Tapi tengok Pantai punya situasi tu tenanglah sikit.
Tak macam LWE, orang keluar masuk boleh tahan.
Dah macam government hospital pulak. heheh

Tapi oklah kot kalo dah bajet takat 5k untuk single room =)
Yang crowdednya dekat lobby tang registration ja kot.
Kat area wad tak adalah crowded.

Awal hari tu memang dah pasang niat nak carik dokter pompuan.
Tapi dokter pompuan kat area Sg Ara pulak.
Jauhlah sikit dari umah.
By that time tak sure lagi husband ada kat umah ataupun masih kat tengah laut.
Karang panik pulak bapakku nak drive pegi spital.
Kena pulak time tu dah rasa sakit ke.
haaaa camno.
Dahlah bapak aiii cepat panik. heheh

Pantai memang ada dokter pompuan tapi harga single roomnya mak aiii :P
Island Hosp pun ada dokter pompuan jugak rasanya tapi itulah, jauh nun ke tanjung sana.
Dalam keadaan husband tak tentu ada atau tak time nak bersalin nanti, kita play safe saja.
Amik yang boleh dipercayai,  terdekat dan termurah.

So Sabtu ni lah kot pegi LWE balik if rajin.
Tapi macam kena rajin jugaklah, maleh pulak nak pegi time keja.
Konfem-konfem lambat jugak nanti.
Kalo pegi hari cuti boleh rilex2, tak payah rushing sangat.