17 October 2012

Cedihnyaaaaa

Sob sob...Sedihnya
Abah Naim dah berangkat pegi Johor petang tadi.
Ada offshore punya course sampai next week then terus naik kapal. huhu
Insyaallah jumpa lagi dalam 7 minggu.

Phewwww
Lamanya, sabar sajalah menunggu.

Dulu biasa jugak berdepan keadaan macam ni.
Terpisah, jumpa balik, terpisah lagi atas dasar dan alasan tuntutan kerja.
Tapi masa tu belum kawen, masih berkasih-kasihan sampai bertunang saja.
So keadaannya adalah berbeza sebab masa tu kita belum 24 jam bersama.

Memula ingatkan saya kuat, tapi tak sebenarnya.
Merambu-rambu air mata duyungku.
Naim jugak yang steady, siap gelak-gelak lagi.
Ye lah kan dia bukan paham pun :P

Lepas sesi bubbye-bubbye tu, haruslah ibu yang kena amik alih tempat abah drive balik umah.
Naim jadik co-pilot.
Co-pilot tak duduk diam punya.
Geram aiiiii tau

Memula iya-iya dia pakai seat belt.
Tak sempat lepas kawasan airport dah kalut suruh bukak pulak.
Dah tu kejap lompat, kejap berdiri, kejap duduk kat arm rest tengah-tengah tu.
Kejap lagi dia sibuk nak pegi belakang.
Tekan lampu, tekan itu tekan ini. hadoiiiii

Lepas tu dia lompat ke depan balik, boleh pulak nak tarik-tarik stereng sekali dengan ibu.
Dia ingat ibu dia dok main kot.
Siap nak landing atas paha ibu lagi.
Jenuh jugak la tarik perhatian dia kat benda-benda lain takmau kasik dia kacau stereng.
Melelong jugak sikit tadi sementara nak neutralkan itu budak. huishhhh

Lepas ni kena pegi keja sendiri, pegi checkup sendiri. huhu
Selama ni kalo checkup perut tak pernah husband tak ada.
Sedihnya :(

Kalo pegi keja tu, datang time tak larat bawak keta or malas nak parking jauh-jauh, konfem ada husband tolong hantar, tolong amik.
Sekarang kenalah pandai-pandai sendiri.
Habislah lemak-lemak berkrimku ini.
Udahlah semakin perut besar semakin mengah ja napas.
Naik tangga sikit pun mencungap.

Ada jugak yang bertanya, tak kisah ke husband keja jauh-jauh.
Pompuan mana yang tak kisah tu mesti ada something wrong, sama ada dia tak ada perasaan or something else.

Bagi perempuan normal macam saya, of cozlah kalo tak banyak, sikit tu ada jugak keraguan.
Lelaki tu tetap lelaki uuu, walau sebaik manapun dia.
Majoritinya macam gitu.
Pantang ada peluang.
Berbeza dengan perempuan.
Perempuan lebih setia, tambahan pulak kalo dah kawen.
Laki kalo dah kawen pun dia kira kuota dia ada kosong lagi 3.
Bab tu semua nak ikut sunnah kan.
Bab lain, hmmmmm sendiri mau taulah.
** fakta ni : hasil kajian prof. fadelina. hahaha

Pendapat saya, dah laki nak pegi keja je pun kan, nak cari nafkah untuk keluarga, takkan nak halang kalau dah rezeki dan minatnya dalam bidang cenggitu.
So, go on sajolah.
Insyaallah sebagai isteri saya selalu support apa yang beliau buat walaupun saya tak paham sangat pun.

Tapi dah ada green light tu harapnya suamiku tidak menyalahgunakan kepercayaan yang dibagi. Insyaallah.
Harapnya beliau sentiasa ingat dengan tanggungjawab, bukan setakat keperluan material semata.
Pendek kata, sentiasa sedar status diri.
Dah ada keluarga jangan anggap diri tu bujang puleksssss

Saya tak mintak intan permata, tapi kalo dah nak bagi tu aiii terima sajo. haha

Saya mengharapkan suami yang setia sampai bila-bila.
Sebab bila kita dapat pasangan yang setia,
Insyaallah masalah-masalah berangkai lain akan dapat dielakkan.
Am i rite?
:P

Hadoi tak larat mengadap netbook lelama sekarang.
Kerap sakit belakanglah kalo duduk lama-lama ni, kat opis tu lagilah.
Asyik lenguh ja manjang.

Saya suka menaip sambil meniarap, tapi keadaan tak mengizinkan.
Baby dalam perut dah masuk 26 weeks.
Almost 7 moths suda.
By da time abah balik nanti baby pun dah tunggu time nak keluar kot.
Kalo operate jugaklah.
Operate 38 weeks dah masuk doc kan.

Kalo normal pertengahan bulan Januari.
Hopefully husband ada time bersalin nanti.
And hope sangat baby keluar secara normal, tapi kuarlah awal sket naaa baby.
Time abah ada lagi cun ;) heheh