04 October 2011

Bertiga Lebih Baik

Malam tadi bawak Naim pegi Queensbay. Berdua je Naim dengan ibu. Abah tak ikut, ada keja.

Gagah la pasang carseat dulu dalam keta. Berpeluh-peluh nak pasang menatang ni pun. Dah nama jarang-jarang pakai.

Naim baik ja time dalam keta tapi menurun peel maksu dia agaknya. Asal masuk keta, cepat ja dia nak lena. Agaknya sebab sejuk aircond plus keta kan gerak-gerak so dia feel macam dalam buai.

Sampai QB tuju Jusco dulu. Kasik Naim jalan. Tak amik pun troli bebudak tu. Troli chumel tu caj 3.50 untuk sejam. Rasa macam rugi pulak. Lagipun memang nak kasik dia jalan.

Tujuan utamanya nak mencari something untuk newborn maksu saya. Baby girl. Bestnya kan. Baju girl ni selalu chumel-chumel. Tapi kan...

Harat tak kesampaian pun.

Jangan kata nak belek baju, nak jeling harga pun tak sempat.

Takut pulak, kang belek-belek baju Naim hilang tah ke mana. Uish tak sanggup ai!

So teruskan aktiviti jenjalan saja. Dari ujung nih sampai ujung nun. Dah sampai ujung nuuuunnn tu boleh pulak dia buat lembik-lembik badan. Dok "amau amau" Takmo jalan yuuuuu.

Apa lagi, berdukung sakanlah lepas tu.

Sekarang saya sudah serik nak pegi shopping berdua-duaan dengan Naim. At least kena ada orang lagi kalo bawak dia sekali. Kalo tak, hmmmm memang tak jadi kojelah nanti :P

psssttttt : Semputttt dukung budak 12.5kg ni :P Berpeluh-peluh ibu Naim walaupun aircond QB sejuk! Pic pun tak sempat tangkap.