03 October 2011

My 1st Levis

Amboi! Baca tajuk macam jakun je kan. haha

Ahad tengah hari pegi Gurney Plaza.

Ini adalah penangan dapat kupon RM80 masa raya haritu lah. Kalo tak, tak adanya nak beli Levis-levis ni. Jangan silap paham eh, beli selai je pun. ahaks! Itupun dah last day baru decide nak beli. Rugi pulak kalo kupon tu burn. 80 tu. Tolak kupon kena jugak tambah 150. Pokai sudah ini bulan. hahaha Oh bankerku :P

Selama ni beli jeans abis mahal pon cap Giordano tu. Yang lain beli Voir saja. Itupun tunggu sale 50% tinggal rm50++. Baru namanya save bajet. ahaks! Dan boleh dapat banyak lai tahu.


Udah tu apa lagi kan, sementara tunggu kaki seluar Levisku dialter, pegi makan & jalan-jalan dolu ler. Dan akibatnya. hmmm terrrrrsambar pulak 2 lai blouse kat Bum Equipment nun. Bum pon dah mahal eh sekarang.

Oleh kerana dah try blouse ni dan macam dah terbekenan, amik terus 2 lai. Sama je design. Kaler je lain. Lagi 1 kaler hitam. Terbang sudah 190 untuk 2 lai ni. Itupun nasib baik ada 2 kaler ja, kalo ada lebih tak taulah apa nak jadik.

Saya memang peel dah cenggini dari dulu lagi. Kalo berkenan satu-satu benda. tak kiralah baju ke, kasut ke mesti nak amik 2 atau lebih. Semua kaler nak. haha Tambahan pulak sekarang ni payah sikit nak cari blouse yang berkenan kat hati dan mata, so bila dah jumpa tu, dan-dan tamak haloba :P

Then dapatlah voucher Parkson rm10 untuk pembelian >150.

Haruslah dihabiskan hari tu jugak. Lagipun valid seminggu ja, bila pulak nak pegi Parkson lagi. Sekarang husband 'oncall' ja memanjang, nak keluar pun kena tengok time. huhu

:: Nak jugak tu amik pic dalam fitting room ::

Voucher rm10 telah ditransform menjadi ini dengan serta-merta.


Murah je rupanya drying rack brand Anakku ni. 19.90 saja! Brand lain koman-koman pun 40 hinggit. Itu kalo koman. Kalo yang branded dan chumel-chumel lagilah bapak punya mahal.

Memang nak beli lama dah, tapi cam membazir pulak. Tapi since dan murah tu, tambah pulak dah tak tau nk perabis voucher tu kat mana, kasik jalankan aje.