10 October 2011

Dinner

Sebelum entry ini basi, baik update cepat-cepat.

Jumaat malam baru ni ada dinner kat Eastin Hotel. Last year tak pegi, cuti bersalin. So tahun ni haruslah nak pegi.

Door gift kali ni adalah kupon KFC. Lepaslah sorang makan, tapi air kena beli sendiri.


Oleh kerana dinner ini adalah separuh rasmi, maka Naim pun dibawaklah bersama.

Lagipun Naim bawah umo, tak kena bayar.

Abah kena tinggal kat umah. 'Oncall'. ahaks!

Naim pakai kemeja dengan bow tau malam tu. Act baju tu memang dah lama beli, masa kenduri Umie hari tu. Tapi time kenuri takde lah berbow-bow semua. Dah dinner ni memang sesuai la kasik Naim menerai pakai.

* Pic -by Arie


Sila jangan terpedaya melihat pic ini.
Naimpak Naim macam behave je kan.
Pemalu gitu.

Oh no no no!


Keadaan sebenar di tempat kejadian adalah seperti ini.
Tengok tu.
Merata dia jalan.
Duduk diam pun masa 5 minit pertama saja.

Pantang bunyi muzik, cepat ja kaki dia melangkah ke depan.
Siap berjoget-joget lagi!
Nak tergelak gila okeh. haha
Lawak betul. Macam burung penguin ja tiap kali Naim joget :P

:: Nampak tak budak kecik baju hitam yang sedang menapak ke depan tu? ::

Saya suka function-function jenis cenggini. Taklah formal sangat.
Lemas kalo penuh protokol. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Nak makan pun tak senang. Nak bawak anak apatah lagi kan.

Nampak tak nampak tak?
Dah sampai depan nun si kenit debab ni :P


Ewah-ewah boleh landing-landing pulak dia kat depan stage. 
Ni belum masuk bab nak memanjat stage lagi. 

Sampai seriat darah ibu ni ha dia punya lari dari  ujung stage sini sampai hujung sinun. 
Dahlah brake tak makan, buatnya terjun..hmmm penin. Pitam.
Stage tu boleh tahan jugak tinggi.


Bukan setakat stage depan jadi perhatian Naim.
Kolam kat belakang tu pun tak sunyi daripada terjahan Naim.

Dok sebut andi-andi. Siap nak bukak baju lagi nak mandi! heheh
Kalo biar ni, konfem boleh memanjat masuk.

 

Cabutan bertuah kali ni adalah memberat jugak. Kupon Sunshine rm20 sajeee. :P
Lepaslah nak beli seluar dalam 2 lai. 


Awal-awal lagi nama dah naik untuk cabutan tak bertuah.
Semangat pun sudah hilang nak tunggu sampai hujung. Tapi tunggu jugak! haha