07 October 2011

Update Stock


ehem..ehem

Nak update sikit stock cd yang ada untuk kegunaan Naim buat masa ini.
  • Bamboolite Printed PUL Lite - 6 lai
  • Bamboolite Plain PUL Lite - 2 lai
  • Bamboolite Plain PUL Extra - 2 lai
  • Bamboolite Printed Ai2 - 1 lai
  • Lunatots Plain - 1 lai
  • QQ Baby Minky - 1 lai
  • QQ Printed PUL - 2 lai
  • Cozy Baby Printed PUL - 2 lai
  • Cozy Baby XL - 1 lai
  • GfH XL - 2 lai
  • Autumnz Minky Printed - 1 lai

So total dah ada 21 lai setakat ini. Ada yang berbaloi beli, ada pulak yang macam eiiii ruginya aku pegi beli. ahaks!

Antara brand-brand di atas, saya paling suka Bamboolite Printed Lite & Bamboolite Plain Lite / Extra. Kualiti adalah berbaloi dengan rm yang dilaburkan. Alah membeli menang memakai orang kata.

GfH pun ok jugak sebab cutting besar. Walaupun dia  bukan bamboo tapi inner (yang akan bersentuh dgn bontot baby) dia sangat soft. Best aja bila sentuh, rasa macam kapas. Gebu.

Antara brand yang tak masuk wishing list lepas ni adalah Cozy Baby & QQ Baby Printed PUL (QQ Baby Bamboo ok). Bila dah biasa guna Bamboolite, baru realize yang kualitinya tak setanding dengan Bamboolite especially kat inner. Patutlah perbezaan harga dua kali ganda. 

Bamboolite Ai2 tu nasib baik beli selai ja. Cutting kecik, tak sesuai dengan Naim. Tapi still boleh pakai lagi buat masa ni, cuma muat-muat ajalah. Sebenarnya beli sebab nak try dulu, plus harga dia murah daripada selalu. Clearance stock. 

Lunatots adalah 1st cd yang saya beli untuk percubaan. Kualiti cd semua ok tapi saiz dah muat-muat dengan Naim walaupun dorang bagitau boleh guna sampai berat baby 17kg. Awalnya saya memang ada perancangan nak beli Lunantots saja, tak payah penin pikir-pikir brand lain. 

Tapi dah cuttingnya kecik, kena jugaklah try n error untuk brand-brand lain.

Next time kalo nak tambah lagi kena tambah Bamboolite saja. *eh semalam baru ja kata takmo tambah dah. hahaha