12 September 2011

da Latest Price of Susu S26 Progress Gold

Hasil info dari kawan-kawan, weekend semalam terjah kedai ni ha. Mencari susu S26 dengan harga yang paling murah. Sebelum ni beli kat Tesco ja, tapi memandangkan kat Tesco pun harga dah naik mencanak haruslah dicari alternatif lain.



Harga terkini (sehingga 10 Sept 2011) :-
S26 Progress Gold Kotak 1.4kg = Rm 67.50
S26 Progress Gold Kotak 700g + Free 200g  = Rm 38.00
S26 Progress Gold Tin 1.6kg = Rm 69.00

Promosi sampai hujung Oktober 2011 :-
Beli 6 kotak S26 Progress Gold 1.4 kg = FREE 1 kotak yang 1.4kg atau
Beli 12 kotak S26 Progress Gold 1.4 kg = FREE 3 kotak yang 1.4kg (recomended!)
*resit boleh dicombinekan sehingga hujung Oktober nanti.

Cerelac pun murah lagi kat situ. Yang beras + susu kat Tesco ngan Jusco Rm 9.90, dorang baru Rm 9.20.

Susu baby brand lain pun banyak jugak. Bukan S26 ja. Tapi saya tak beleklah brand lain punya price. Kalo tak silap saya, Friso pun ada promo beli 6 free 1 macam S26. So ibu-ibu Friso silalah terjah sebelum terlambat =)

: Joo Hing tu, jangan pegi bakery plak! ::

Saya tak tau kalau-kalau ada tempat lain yang murah lagi. Kalo ada sesapa yang tau, harap dimaklumkan pada saya jugak eh. Untuk area Penanglah especially. Kalo kat KL nun tak kasik tau pun saya tak kecik hati. heheh

Kali ni kitorang beli 6 kotak dulu. Bulan depan kalo kat Tesco tak ada promo gak, sambung beli kat sini lagilah nampaknya. Hari tu time Tesco buat promosi, harga tinggal Rm59.90 untuk tin 1.6kg. Tapi tak surelah boleh dapat harga ni lagi ke tidak since harga susu memang dah serba naik sekarang. Pheewwww


Kedai ni kat Jalan Terengganu, Pulau Pinang. Area umah kedai 2 tingkat betul-betul bertentang dengan flat Taman Free School. Sesapa yang nak pegi, jangan pegi hari Ahad eh. Saya rasa dorang tutup time tu.


Dan, sila simpan resit untuk proses penebusan susu free bulan depan. ahaks!


Sekian, terima kasih.

Motto entry : Sharing is Caring!