21 September 2011

Rumah Terbuka

Weekend baru ni aktiviti membuka mulut dan memenuhkan perut memenuhi undangan rumah terbuka. Yes umah terbukak tu lah. Yang orang panggil datang umah makan-makan tu, uppsss datang khemah lah! Yelah kan makan bawah khemah =)

Ada 3 jemputan hari tu.

Saya tak tahu pulak konsep umah terbukak orang lain macam mana. Tapi bagi saya, keseronokan buat umah terbukak adalah bila :-

-@- Makanan disediakan sendiri ataupun hampir kesemuanya adalah air tangan tuan rumah. Ada kepuasan di situ. Walaupun mak saya yang masak. haha

-@- Jumlah makanan yang boleh dimakan oleh jemputan tidak dihadkan kepada jumlah dan darjat tertentu. Misalnya untuk sedara-mara tuan rumah, satay boleh amik secekak. Tapi untuk jiran-jiran tetangga sorang 2 cucuk saja! Beb kalo sate tu besar-besar lengan ok gak, ni tahap lekat celah gigi. Apa cer??? 

Dan udang yang besar sikit pada syiling 50sen boleh amik sorang sekor saja? Tapi depan orang yang diberi udang sekor tu boleh pulak bagi kat sedara-mara sampai 15 ekor? Kalo macam tu buat rumah terbukak untuk sedara-mara cukuplah kan?

-@- Yang nak bercatu-catu sangat ape ke hal eh tuan rumah ni. Pelik betul. Banyak mana sangatlah orang nak boleh melantak kalo pegi jamuan cenggitu. Kenyang ja perut, senyaplah dia nanti. Takkan nak telan jugak. Heran...heran

-@- Antara faktor utama pentingnya makanan disediakan oleh tuan rumah adalah untuk pastikan kesegaran makanan tu sendiri. Tak adalah kejadian, khemah nampak gah tapi buah tembikai masam, lauk basi dan etc.

-@- Kalo dah rasa tak boleh nak memenuhi tuntutan-tuntutan basic seperti di atas, lebih baik tak payah buat. Atau buat sesikit cukup. Panggil sedara-mara suda!

:: Jom makan! ::


:: Budak belon ::


Boleh pulak nangeh bila belon yang dia pegang terlepas. haha



Naim tak peduli orang lain bila dah dapat belon.


Banyak rupanya pic dia yang tak nampak muka.


Lagi.


Dan lagi.


1 Malaysia!


 Nota : Semua pic di atas tiada kena mengena dengan komplen-komplen yang ada!