09 September 2011

Raya 3 & 4

Raya ke 3 adalah aktiviti duduk-duduk rumah sambil makan-makan. Opss sebelum tu tengah hari pegi pekan carik lauk untuk masak-masak dulu. Memula terjah Bandar Seri Jempol a.k.a Bandar Baru Serting. Non ado pulak ikan kat sanun. haha

So ke Bahau kita. Lama tak menyinggah pekan koboi tu. Sekarang sudah maju. Dah ada KFClah! Dedulu tak ada. Yang ada pun restoran ala-ala KFC nama Kotashah kalo tak silap saya. Sampai sekarang pun ada lagi, tapi pelanggan dia dah tak seramai dululah sejak dah ada KFC ni.

Raya ke-4 baru ada aktiviti jalan-jalan. Itu pun pegi 2-3 umah ja.

Sasaran pertama adalah Felda Air Itam, N9.


Feeling-feeling hero & heroin filem estet!

Tapi itu bukan baju raya saya. Baju raya....ciss!! Malas nak cerita.

:: Ini kebun ana yang punya. ahaks! ::

:: Macam cantek plak pic ni =) - Ibunda saya yang terchenta ::

:: Inilah satu-satunya atuk saya yang tinggal ::

Lepas tu ke Kuala Pilah pulak kita. Dah bertahun tak pegi raya sana. Banyak yang dah berubah. Pic kat sana lupa pulak nak tangkap. huhu

Dulu kat sana ada kandang kambing. Sekarang semua dah berpagar elok, kandang kambing pun dah tak ada. Tak ada sapa dah nak tengok-tengokkan kambing dah. Zaman dah berubah, dunia dah maju ;P

:: Seri Menanti, N9 ::

Dah abis beraya, bertolak ke kampung semula. Dari Kuala Pilah nak ke kampung atuk saya tu nak dekat 2 jam jugaklah perjalanan dia.

Sebelum balik umah singgah makan dulu kat Bandar Seri Jempol tu. Area Jempol ni je la pilihan kedai-kedai makan yang ada. Bolehlah tahan. Pilihan-pilihan lain adalah getah sekerap & sawit ajalah sepanjang perjalanan.


Pusing punya pusing, singgahlah satu kedai tomyam ni. Menyirap gak darah makan kat sini. Apa yang kitorang order semua datang sejam satu. Bukan jenis serve sekali harung. Kalo turn dorang goreng nasik paprik tu, tetiap meja yang order paprik dapat sekali. Yang datang lambat pun boleh dapat dulu. Mengong.

Dah tu, kitorang yang order menatang-menatang lain tu reput la tunggu pulak.
Dah abis makan, yang tapau bawak balik pun tak siap-siap lagi padahal dah order sejam lepas. Uishhhh tak tahan.

:: Sejam satu makanan yang sampai ::

Malam layan Santau kat tv saja. Lepas tu tido, esoknya sudah mau pulang!