30 September 2011

Cerita Pasal Inner

Lately asyik entry pasal cloth diaper aje kojenye. heheh

Bagi saya, untuk penggunaan cd pada anak, setiap perincian pada tetiap jenis cd perlu diambilkira walaupun tujuan utama bercd adalah untuk penjimatan jangka panjang. Of courselah kan nak jimat!

Tapi dalam masa nak berjimat kononnya, keselesaan dan kesesuaian cd perlu dititikberatkan jugak. Bukan setakat beli cd ikut-ikut suka, ikut patern mana yang berkenan. Kadang-kadang patern yang chumel tu sesuai untuk anak orang tapi mungkin tak sesuai untuk anak kita dan sebaliknya.

Bagi saya, untuk keperluan saya buat masa ni apa yang paling penting adalah saiz cd tu sendiri sebab Naim pun dah 12.5kg! So apa yang saya perlu di sini adalah cd yang  boleh dimaksimakan tempoh pemakaiannya. Sehingga dia dah boleh free diaper mungkin. 

Dan yes! Saya sudah jatuh cinta dengan Bamboolite. Cutting besar, inner & insert bamboo. Kualiti tip top. What else? Harga boleh tahan jugaklah, sekitar rm45-55 tapi memang berbaloi.

Kali ni saya letak pic-pic inner dulu la eh. Inner adalah yang paling penting saya rasa sebab bahagian ni yang akan besentuhan dengan kulit bontot baby. 

Inner Bamboolite adalah almost bamboo. Bamboo sifatnya sejuk. So tak akan bagi rashes pada kulit baby. Shukeeee

:: Bamboolite Pocket ::

Bamboolite Ai2 ni ada pocket tapi insert dia tak diletakkan dalam pocket sebab cutting pocket dia kecik. So just lekat soaker kat atas pocket saja.

Lapisan atas letak top soaker yang ada 2 layers bamboo fleece & suedecloth. Lapisan bawah letak microfiber soaker. Kiranya yang akan bersentuhan dengan kulit baby adalah suedecloth tu lah. Agak kasar sikit berbanding Bamboolite Pocket.  

Dan cutting Ai2 adalah kecik. Tak sesuai untuk Naim. Tapi still boleh muatlah lagi setakat ini.

Bamboolite Ai2 ::

Cozy baby. hmmmm Inner Soft Suede. Tapi tak soft pun. Biasa-biasa aja. Prefer inner bamboo atau microfleece saja selepas ini.

Won't buy this brand anymore! Except for XL size. Itupun tak berapa nak XL. Bamboolite lagi besar. Yang ada tu pakai sajalah labu! 3 lai pulak tuh. huhu

:: Cozy Baby ::

Lunatots. Saya suka nama Luna ni. Tambahan pulak kedai dia ada dekat Sg Dua ni. Tapi cutting agak keciklah pulak. Lebih kurang besar Cozy Baby saja. Tapi tulis 17kg??

Inner dia ok, Soft Microfleece. Dan memang soft. So far tak ada masalah dengan Luna kecuali cutting saja. Next baby mungkin boleh guna dari awal =) *Next baby akan diproses bila Naim umo 2 tahun. ahaks!

:: Luna ::

GfH. Cutting cantik tau. Mungkin next time boleh beli lagi since inner dia pun best. Gebu gila =)

Inner Gfh ni adalah jenis Soft Fleece. Fleece lebih lembut berbanding Suede. Not badlah jenis ni.

:: GfH XL ::

QQ Baby pulak ada banyak jenis. Bagi saya yang jenis minky bamboo ok. Inner dia Soft Bamboo Charcoal. Base bamboo selalunya memang sesuai sangat untuk baby yang sensitif. Dan cutting besar sikit berbanding QQ Baby yang lain.

QQ Baby yang lain tu inner jenis Suede. Agak kurenggglah pada saya. 

Itulah kan, bila dah suka guna Bamboolite, brand lain tu dah jatuh nombor 2.

:: QQ Baby Minky Bamboo ::

:: QQ Baby PUL Printed::

Sekian laporan dari bilik berita. Mekassayyyyy