19 July 2011

Tahniah Adikku..Ahaks

Tahniah to my beloved brother. Baru konvo semalam kat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Course Dip. Kejuruteraan Mekanikal. Walaupun tak dapat pelajar terbaik still proud of him sebab CGPA keseluruhan dia still higher than 3.5.


Macam lawak pulak tengok dia pakai kasut macam ni. Selalu dia pakai selipar ja.


Oleh kerana saya terlibat jugak dengan urusan konvokesyen USM tiap-tiap tahun, memang nampak banyak jugak perbezaan dari segi pengendalian upacara konvo Poli & USM. Tapi still oklah, dorang baru 6 kali konvo. USM dah 44 kali kan.

Tapi still nak complaint gak sikit. Haha

Time tunggu kat luar dewan tu yang tak bestnya, nak bersesak-sesak. Kesian dekat orang tua-tualah, beratur (macam tak beratur pun) panas-panas. Dewan USM best, bawah bumbung semuanya, so tak lah kena panas matahari.

Bukak ja pintu dewan, semua serbu macam orang nak masuk panggung. At last dorang bukak ja dua-dua pintu. Memang baguslah, tak payah orang beratur lama-lama. Tapi apa tujuan dorang buat kad jemputan tu?? Setiap 1 graduan, 2 tetamu ja yang sepatutnya boleh masuk. Tapi bila dah open macam tu, 10 orang untuk 1 graduan pun lepas. Kena time tempat duduk banyak oklah. Kalau semua pakat serbu, tiba-tiba orang yang ada kad jemputan tak dapat tempat duduk. Haaa jawab.

 

Kenapa eh still ramai yang tak faham etika masuk majlis rasmi. Ada jugak yang masuk pakai selipar. Pakai sandal. Pakai jeans pun ada. Yang nak bawak budak-budak masuk pun ada melambak. Uishhh panduan tu dalam Bahasa Malaysia tapi masih ramai yang tak paham. Tak paham...tak pahammm ai.


Balik tu singgah makan kat BM Tomyam. Kat Bukit Tengah tepi Mobil tu. Orang Seberang familiar kot tempat ni. Kat sini saya suka ikan stim limau dia. Sedap. Tapi..ada je ko kan, tapi-tapi..hahaha

:: Yang ni sedap ::

Tapi kan, kebersihan OUT! Tukang masak boleh pulak masak sambil rokok kat mulut. Kepuih kepuih asap ngan habuk rokok dok keluar. Dah lah dapur pintu terbukak so customer boleh nampak tukang masak kat belakang tu.

Air ada semut tu tak yah cerita la. Pinggan tak bertukar dh berkurun rasanya, sampai dah berserpih-serpih still nak guna lagi. Gelas pun tak pernah tonyoh agaknya, sampai hitamlah keliling atas bawah. Mentanglah gelas, main kocak-kocak aja.

:: Cantikkan pinggan. Akaks! Dalam pic nampak ok jugak..Real..hmmm ::
 Sebelum ni kiranya ni kedai favourite jugak kalau pegi area Seberang. Oleh kerana kebersihan memang OUT, sorilah memang tak pegi dah la lepas ni.