06 July 2011

Persiapan Kawen Part 5

Suka nau saya buat entry berpart-part kan. Haha

Last part ni bersambung dari Part 4

Pelamin
Masa time saya kawin tu, style pelamin cream & kerusi yang tempat sandar dia tinggi tu baru nak hot. Hajat hati memang nak kerusi macam tu, tapi kat kak andam tu tak ada kerusi macam tu lagi. So, ok ja dengan kerusi yang dia ada. Walau macam mana pun saya sangat suka dengan hasil tangan dia. Bunga dia bukan bunga plastik biasa-biasa tu, tapi bunga SSF yang sangat cun dan chumel. Nak pakai bunga hidup tak mampulah, mahal dua kali ganda. Lagipun kalau nak buat pelamin bunga hidup ni, untuk majlis di tempat yang ada aircond sesuailah. Kalau buat kat rumah, cuaca panas-panas memanglah bunga akan cepat layu.

Ramai betul pengantin yang suka buat pelamin sebijik-sebijik ikut warna tema kan. Kalau tema hijau tu, semua serba hijau. Baju hijau, pelamin hijau, cadar hijau, langsir  hijau sampai cat rumah pun hijau. Haha. Sebenarnya tak payah pun semua nak bertema, nampak tenggelam. Cukuplah satu dua perkara ja hijau macam baju & hantaran ke. Atau baju & cenderahati ke.

Pelamin seeloknya yang kontra dengan baju yang pengantin pakai supaya pengantin tak nampak tenggelam bila duduk atas pelamin tu nanti. Ataupun lebih selamat, amik warna-warna cerah dan pastel macam cream. Senang nak match baju warna apa pun.

:: Chumel kan pengantin mini saya - Tak perasan pulak bila dorang bersanding. Haha ::

Bunga telur untuk letak kat kiri kanan pelamin ni mak saya buat sendiri. Cantek tau. Saya tolong sikit ja, lepas tu dah malas. Haha


Kompang
Awalnya tak plan pun nak amik kompang. Ingat nak pakai cd ja. Tapi memikirkan sekali ja nak merasa berjalan diiring paluan kompang, maka amik jugak. Dorang main pun tak lah lama sangat. Saya pun tak perasan lagu apa yang dorang mainkan, mana nak fokus kat kompang dah time ni.

:: Nampak tak pengantin junior kat depan tu? ::
DJ
Sekarang memang dah trend kalau kenuri mesti ada DJ. Kalau tak ada bukan tak boleh, tapi nampak tak meriah. Saya amik dj RTM Penang hari tu, lupalah apa nama dia. Tapi so far ok, dah memang dj so kebolehan dia untuk mengelolakan majlis tu tak payah dipertikaikanlah. Smooth saja. Kos dalam RM350.00.

Sebelum tu dah janji dengan 'seseorang' yang profesionnya bukan dj, tapi masa tu dia baru dok buat part time jadi dj untuk majlis-majlis kawen. Hajat hati nak support orang-orang yang kita kenal. Kebetulan, 4 bulan sebelum majlis, saya dijemput ke majlis sorang kawan. Dia amik 'seseorang' tu sebagai dj majlis dia. Hhmmmm next week tu terus saya cancel nak amik dia jadi dj. Tapi kita bagi reason yang elok-elok lah. Bukan nak kata, tapi that guy memang tak ada talent sebagai dj. Aduhhh gila boring. Baca skrip sebijik-sebijik semua orang boleh kan!

Marhaban, Tahlil & Khatam Al-Quran
Ada jugak acara yang boleh dibuat sekali harung masa kita organize satu-satu majlis kawen macam marhaban, tahlil & khatam Al-Quran. Time saya cuma buat tahlil.

Jurugambar
Jurugambar kitorang pilih lepas buat survey thru internet & verbal. 1st sekali of course tengok hasil dulu, then kena tengok jugak kat harga. At last decide amik 1 photographer dari KL. 3 event, nikah, kenuri & bertandang RM3700 dengan 2 buah photobook. Berkenan sangat dengan dorang punya pic-pic outdoor. Memang superb. Tapi...hmmm tapi tapi ni yang tak menahan!

Gambar & skill memang cantik, tapi hasil bila dah printing..hmmmm hampehh tahap tak terkata, tapi tetap nak mengata. Haha Dahlah nak dapat album pun berzaman. Naim umur 6 bulan baru nak dapat album! Sapa pulak yang nak belek album kawin kalau anak pun keluar kan. Baik belek Naim dengan abah Naim. Hahaha. Hasilnya, belek sorang seround terus simpan dalam almari sampai hari ni. Tunggu Naim besar kalau dia nak tengok abah ngan ibu punya pic kawin. Ataupun tengoklah bila-bila yang terasa nak belek nanti kitorang belek balik.

Dan sampai ke hari ni saya cuma dapat raw meterial dari main photographer saja. Padahal yang datang 2 orang. Tu pun mula-mula janji nak datang 3-4 orang. Tapi last-last 2 orang je tinggal, still oklah. Dah raw meterial dari sorang lagi photographer kitorang tak dapat, serupa macam sorang jugaklah. Menyampah ok deal dengan stok-stok macam ni, tapi nak buat macam mana. Terlajak kereta boleh jugak nak reverse!

Untuk adik-adikku yang nak deal dengan mana-mana photographer, kalau ada agreement lagi bagus. Main cakap mulut ni payah. Tambah pulak kalau kita ni jenis kesian ja kat orang memanjang. Kalau ikut macam kitorang punya kes, ikut hati yang geram, memang tak payah bayar ja balance RM1200 masa dapat album tu. Tapi kesian la pulak buat orang macam tu, tapi tu lah, dorang sendiri tak kesian kat customer. Dan ramai jugak orang suka pic-pic kitorang dan tanya photographer ni punya contact, tapi nama saya nak rekomen suruh amik photographer ni, SORI! Seriously Not Recomended. Cukuplah pelanggan-pelanggan sebelumnya dan kitorang sendiri yang dah terkena.

Sebelum tu saya & husband ada deal dengan 2-3 photographer kat Penang. Mula-mula memang nak confirm dah dengan sorang photographer ni. Tiba-tiba boleh pulak harga dia up sampai 600 bila hari yang kitorang jumpa nak closed deal. Alasannya akad nikah kitorang hari yang berlainan. Padahal masa perbincangan dia sedia maklum benda tu. Hmmmm Terus cancel.


Videoman
Sesapa yang ada bajet lebih, amiklah perkhidmatan videoman sekali. Yalah rakaman kamera statik mana sama dengan benda-benda bergerak kan. Amik video, baru boleh dengar kemeriahan suasana kenuri kita tu nanti. Lagipun khidmatan videoman tak semahal photographer. Saya amik hari tu dalam RM400-450 untuk akad nikah & hari kenuri belah saya. So, kenangan tu ada dalam dvd sampai ke hari ini.

Outdoor
Kalau berkesempatan dan berkemampuan, sila buat outdoor shooting ok!!

Kalau nak tunggu masa-masa lain, belum tentu lagi nak ada peluang tu. Kalau nak tunggu lepas kawin, nanti body dah tak sama, pic dah tak cantek. Haha

Outdoor hari mula tu buat lepas kenuri ja. Pukul 5 macam tu berangkatlah kitorang 1 batalion pegi area Beach Street kat Jetty nun. Time tu rasanya tak banyak lagi pengantin Melayu buat outdoor kat kat jalanan & bangunan. Kebanyakannya buat kat pantai & bendang. Tu yang awal-awal lagi kitorang decide nak buat kat situ.

Credit to my photographer yang saya tau mempunyai idea-idea yang bernas dan superb. Memang dorang berbakat. Memang pic cantek. Tapi sayang, kualiti printing tak dijaga.

Saja nak tepek pic outdoor kitorang banyak-bayak. Ahaks


Saya sangat suka konsep pic kat bawah ni.


Dan ini jugak! Masa shoot pic ni photographer duduk kat tengah jalan, nasib baik kereta tak banyak sebab hari cuti. Masa tu hujan, sebab tu baju basah. Dan lompatan tu adalah benar-benar kejadian bukan camera trick ok! Sekarang tak surelah husband boleh lompat macam tu lagi tak. Ahaks!!
Masa outdoor kat Teluk Tempoyak ni kebetulan cuaca elok. Langit sangat cun kan. Macam lukisan pulak.


Honeymoon of course
Sadis betul bila pikir bab honeymoon saya dulu. Plan asal nak ke Padang, Indonesia. Tapi terpaksa dibatalkan sebab gempa bumi kat sana beberapa hari sebelum kitorang nikah. Tiket Airasia adalah burn. Rugi okeh. Kalau tak, mesti best jalan-jalan kat sana.

Akibat plan yang dah bertukar, maka seminggu lepas kenduri baru plan nak ke Genting. Penginapan 3 hari 2 malam & tiket indoor outdoor disponsor oleh Pakteh Jalil saya kat sana. Siap bagi bilik hujung lagi sebab nak honeymoon punya pasal. I loike!!

:: Ada orang ingat kitorang hanimun kat London. Apa daaa ::

Lepas Genting, terus lajak pegi Melaka. Tu pun last minit plan. Then terus balik kampung kat N9.


Tamat sudah entry berpart-part ni. ('',)